Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2013

AKTIVITI : Pertandingan ICT Game Tournament...

JTMK dengan kerjasama Kelab IT PMS telah menganjurkan Pertandingan ICT Game Tournament. Pertandingan ini mempertandingkan beberapa permainan komputer untuk para pelajar dan juga kakitangan. Pertandingan melibatkan kategori individu dan berpasukan.

PENGUMUMAN : Young Writer Competition...

Jabatan Pengajian Am (JPA) menganjurkan pertandingan Young Writer Competition bagi bulan Februari. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar PMS. Tarikh pertandingan adalah pada 18 hingga 28 Februari. Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada Cik Nawwar Adibah (Pensyarah JPA). Berikut adalah arahan untuk pertandingan ;

PENGUMUMAN : Deraf Jadual Peperiksaan Akhir Sesi Disember 2013...

Perhatian kepada semua pelajar JTMK PMS. Deraf jadual peperiksaan akhir untuk semester Disember 2012 ini telah dikeluarkan. Deraf ini telah dipaparkan pada papan kenyataan di JTMK. Pelajar perlu melihat dan meneliti deraf jadual peperiksaan akhir ini bagi memastikan tiada kursus yang diambil bertindih dengan kursus lain. Pastikan juga bahawa nama kelas dan jumlah yang mengambil kursus itu betul, terutamanya bagi pelajar yang mengulang kursus. Jika terdapat sebarang masalah pada deraf jadual, pelajar perlu memaklumkan pada Pegawai Peperiksaan Jabatan, iaitu ; Puan Nik Khairul Bariyyah Binti Abdul Hamid Puan Rabi'atul Adawiyyah Binti Ismail Maklumkan masalah anda secepat mungkin supaya boleh diambil tindakan. Hebahkan kepada semua pelajar JTMK yang lain.

PENGUMUMAN : Pindaan Jadual Waktu JTMK...

Perhatian kepada pelajar JTMK. Terdapat pindaan kecil dalam jadual waktu kelas yang terlibat. Perubahan itu hanyalah pada nama pensyarah yang mengajar kerana akan ada pensyarah baru mengajar kelas anda. Pada pelajar DNS1 S2, AS101 Softskill akan berubah waktu. Tolong rujuk jadual baru untuk kelas anda. Berikut adalah jadual bagi kelas yang terlibat dengan pindaan. Kelas yang tiada, tidak terlibat dengan pindaan.