Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2013

PENGUMUMAN : Perubahan Waktu Majlis Mega Tadarus JTMK...

Untuk maklumat, Majlis Mega Tadarus akan diadakan lebih awal dari tentatif asal, iaitu pelajar perlu berkumpul di Pusat Islam pada pukul 1.30 tengahari untuk solat berjemaah bersama-sama. Sehubungan itu, mohon untuk maklumkan pada semua yang terlibat agar dapat menepati waktu. Sekali lagi diingatkan, kehadiran pelajar yang telah disenaraikan adalah wajib.

PENGUMUMAN : Penguatkuasaan Disiplin...

Semasa perjumpaan pelajar bersama pensyarah di Dewan Besar pada 24 Jun 2013 yang lalu, telah dinyatakan oleh Pegawai Disiplin JTMK, En. Abdullah Azraai bahawa setiap pelajar perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan, termasuklah etika pemakaian dan disiplin pelajar. Bagi memantau tahap disiplin pelajar, satu pemeriksaan mengejut telah diadakan pada 17 Julai 2013. Dalam pemeriksaan ini, sebanyak 88 saman telah dikeluarkan yang melibatkan salah laku etika pemakaian pelajar. Sekali lagi kami ingatkan kepada para pelajar agar sentiasa mematuhi segala peraturan dan arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak pengurusan dan politeknik. Kegagalan untuk mematuhi peraturan akan menyebabkan anda dikenakan tindakan. Unit Disiplin JTMK tidak akan teragak-agak untuk mengenakan tindakan kepada setiap pelajar demi memastikan tahap disiplin pelajar berada di tahap tertinggi. Sehubungan dengan itu, Unit Disiplin JTMK menyarankan agar setiap pelajar yang masih melakukan kesalahan, terutamanya

PENGUMUMAN : Logo Baru...

Seperti yang semua sedia maklum, Kerajaan telah menggabungkan kembali Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menjadi satu kementerian, iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia. Sehubungan itu, perubahan perlu dilakukan pada logo yang digunakan sekarang kerana tidak lagi melibatkan logo KPTM. Berikut adalah logo baru yang perlu digunakan ; Semua warga JTMK boleh menggunakan logo baru ini untuk urusan-urusan yang berkaitan.

PENGUMUMAN : Majlis Mega Tadarus JTMK...

Sempena kehadiran bulan Ramadhan yang mulia ini, JTMK akan menganjurkan Majlis Mega Tadarus JTMK. Berikut adalah makluma majlis; Tarikh : 30 Julai 2013 Masa : 2.00 petang Tempat : Pusat Islam Berikut adalah tentatif program ; Tentatif Program Program Ramadhan –  Majlis Mega Tadarus JTMK 30 Julai 2013 / Selasa 2.00 ptg - 2.30 ptg 2:30 ptg - 3.00 ptg 3:00 ptg - 5.15 ptg 5:15 ptg = 5.30 ptg 5:30 ptg - 6.00 ptg Ketibaan pelajar dan kakitangan JTMK Tadarus Solat Asar Berjemaah Agihan makanan kepada pelajar dan kakitangan Majlis Bersurai Setiap kelas hendaklah melibatkan diri dalam program ini. Sebarang maklumat lanjut, bolehlah rujuk En. Asyran dan juga Penasihat Akademik masing-masing.

PENGUMUMAN : Garis Panduan Pemakaian & Penampilan Pelajar...

Berikut adalah memo dari Pegawai Disiplin PMS, En. Mohd Isa mengenai garis panduan pemakaian dan penampilan bagi pelajar PMS. _________________________________________________________________ Assalammualaikum   makluman kepada semua,     BERIKUT ADALAH BEBERAPA GARIS PANDUAN BERKENAAN CARA PEMAKAIAN DAN PENAMPILAN PELAJAR SEWAKTU DI BILIK KULIAH.     Garis Panduan Pemakaian dan penampilan diri Pelajar Politeknik Muadzam Shah Pahang   Pelajar Lelaki   Kuliah   a)      Berbaju kemeja samada berlengan panjang atau pendek (t-shirt berkolar adalah tidak dibenarkan). b)      Baju perlu dimasukkan ke dalam seluar (TUCK-IN). c)      Berseluar slack panjang. (jeans, denim & coudroy adalah dilarang sama sekali) d)      Berseluar longgar dengan saiz ukur lilit kaki seluar antara 15 -17 inci. e)      Berkasut formal gelap (kulit berwarna gelap atau campuran plastik atau jenis baldu) serta berstokin. (kasut sukan tidak dibenarkan sama sekali)

Selamat Datang Pengarah Baru PMS...

Seperti yang semua sedia maklum, Puan Norlida telah bertukar ke Politeknik Metro Kuantan, dan 15 Julai adalah hari terakhir beliau sebagai Pengarah PMS. Kami di JTMK PMS mengucapkan selamat maju jaya kepada Puan Norlida dan terima kasih atas khidmat beliau selama ini. Kami juga mengalu-alukan kedatangan En. Wan Muhammad Afifi Bin Wan Abdullah ke Politeknik Muadzam Shah. En. Wan Muhammad Afifi adalah Pengarah PMS yang baru berkuatkuasa 16 Julai 2013, dan beliau akan mula berada di PMS pada 17 Julai 2013. Semoga En. Wan Muhammad Afifi selesa berada di PMS. Selamat menjalankan tugas kami ucapkan kepada Pengarah PMS yang baru.

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak....

Saya mewakili warga kerja JTMK PMS ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1434H / 2013M kepada semua pelajar JTMK. Semoga Ramadhan kali ini memberi sejuta keberkatan untuk kita semua. Salam Ramadhan....

PENGUMUMAN : Akaun CIDOS Bagi Pelajar Sesi Kemasukan Jun 2013...

Perhatian kepada pelajar JTMK bagi kemasukan Jun 2013. Pihak Unit ICT telah mendaftarkan akaun CIDOS untuk semua pelajar baru sesi Jun 2013. Anda semua boleh mula mengakses akaun CIDOS anda bermula minggu ini. Jika ada pelajar yang tidak dapat akses akaun CIDOS masing-masing, sila maklumkan ke Unit ICT atau emel kepada hasni@pms.edu.my beserta maklumat berikut; Nama penuh (seperti kad pengenalan) No. kad pengenalan Emel Semester semasa Sesi kemasukan Politeknik asal (jika bertukar politeknik) Maklumat lanjut, boleh hubungi En. Asyran dan Unit ICT.

AKTIVITI : Program 1CiTiZEN (Siri 1) JTMK

Pada 29 & 30 Jun lalu, telah diadakan Program 1 CiTiZEN bagi pelajar JTMK PMS. Program yang melibatkan taklimat mengikut modul bagi etika-etika dalam dunia ICT. Pelajar dari DIP3 B, DNS2 A, DIP2 A, & DIP4 B telah terlibat dalam siri pertama ini. Berikut antara gambar yang sempat dirakam;