Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2013

PENGUMUMAN : Kaji Selidik Keberkesanan PA Sesi Jun 2013...

Setiap pelajar JTMK PMS dikehendaki mengisi kaji selidik keberkesanan Penasihatan Akademik Sesi Jun 2013 di Portal PMS. (Klik sin i untuk pautan). Pelajar boleh mula mengisi kaji selidik ini bermula sekarang dan tarikh tutup adalah pada 6 November 2013. Pelajar WAJIB mengisi penilaian ini bagi mendapatkan maklum balas mengenai Penasihatan Akademik Sesi Jun 2013. Sebarang pertanyaan, sila rujuk Cik Rafizah atau PA masing-masing.

Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir Sesi Jun 2013...

Kami warga JTMK PMS ingin mengucapkan selamat berjaya kepada semua pelajar JTMK PMS dalam menghadapi peperiksaan akhir bagi sesi Jun 2013. Semoga semua pelajar dapat menjawab soalan dengan baik.

PENGUMUMAN : Bengkel Kerjaya Semester Akhir...

PMS akan menganjurkan Bengkel Kerjaya Semester Akhir bagi semua pelajar semester akhir yang terlibat, termasuk pelajar JTMK. Sehubungan itu, semua pelajar perlu menghadiri bengkel pada ; Tarikh : 10 Oktober 2013 Masa : 8.30 pagi - 1.00 tengahari Tempat : DKU Kehadiran adalah WAJIB. Tolong maklumkan pada semua pelajar semester akhir (DIP5 A, DIP5 B, & TIP5 A).

PENGUMUMAN : Pembentangan Kali Kedua Projek Akhir Pelajar...

Satu sesi pembentangan projek akhir pelajar telah diadakan pada 3 Oktober lalu. Dan dari pembentangan tersebut, 6 kumpulan dikehendaki membuat pembentangan kali kedua bagi memilih wakil JTMK ke Hari Inovasi PMS (IEDA). Pelajar yang dipilih akan membentangkan semula projek mereka pada; Tarikh : 8 Oktober 2013 Masa : 3.00 - 5.00 petang Tempat : Bilik Mesyuarat JTMK Berikut adalah 6 kumpulan yang terpilih; Mohon mereka yang terlibat membuat persiapan sebaiknya untuk pembentangan kedua nanti. Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk penyelia masing-masing.

PENGUMUMAN : Jadual Peperiksaan Akhir Sesi Jun 2013...

Pihak JTMK telah meletakkan jadual rasmi Peperiksaan Akhir Sesi Jun 2013 bagi pelajar JTMK. Pelajar boleh melihat jadual untuk kelas masing-masing di JTMK atau melalui  ( http://politeknik.gov.my ). Sebarang masalah, sila rujuk dengan Penyelaras Peperiksaan Jabatan, ; Pn. Nik Khairul Bariyyah En. Tun Mohd Hatimazwan

AKTIVITI : Lawatan Akademik Kakitangan UniKL ke JTMK PMS...

Pada 02 Oktober lalu, seramai 4 orang kakitangan UniKL telah melakukan lawatan akademik ke JTMK PMS. Lawatan ini adalah lawatan balas dari pihak UniKL bagi meneruskan lagi perbincangan bagi kolaborasi di antara JTMK PMS dengan UniKL . Mereka tiba di JTMK sekitar jam 9.30 pagi dan mereka dijamu dengan sarapan sebelum sesi mesyuarat diadakan di antara mereka dan pensyarah JTMK. JTMK diketuai oleh KP DIP, Pn. Harzulaili dan KP DNS, Pn. Fazilah. Mesyuarat dimulakan dengan penerangan mengenai JTMK dan PMS oleh Cik Rafizah. Kemudian mesyuarat diteruskan dengan agenda utama iaitu perbincangan mengenai pemetaan kurukulum di antara pelajar JTMK dengan kurikulum ijazah IT di UniKL. Ini bagi memudahkan urusan pemindahan kredit jika pelajar JTMK PMS berminat melanjutkan pengajian je peringkat ijazah di UniKL. Pada sebelah petang, pihak UniKL telah memberikan taklimat kepada pelajar tahun akhir DIP dan DNS mengenai program ijazah mereka. Taklimat ini turut dihadiri oleh pensyarah JTMK. Semoga

AKTIVITI : Hari Terbuka JTMK

JTMK dengan kerjasama Unit Keusahawanan PMS telah menganjurkan Hari Terbuka & Seminar Pengaturcaraan Dalam Automasi Dan Industri Robotik. Berikut adalah maklumat program; Tarikh : 01 Oktober 2013 (Selasa) Masa : 8.00 am - 5.00 pm Tempat : DKU (Seminar) & Perkarangan JTMK (Hari Terbuka) Program bermula sekitar jam 9.00 pagi dengan perasmian oleh timbalan Pengarah PMS, Pn. Khuzaimah yang juga turut dihadiri oleh Ahli Mesyuarat Pengurusan yang terdiri daripada Ketua-ketua Jabatan dan Ketua-ketua Unit. Turut diundang adalah penceramah bagi seminar. Selesai perasmian, tetamu dibawa menjamu selera dan melawat gerai jualan di JTMK. Pada masa yang sama, berlangsung pertandingan CISCO Aspire Game. Pertandingan ini berlangsung di Makmal MSKD1. Pertandingan ini dikelolakan oleh En. Abd Aziz dan En. Riki. Sepanjang hari, pelajar terlibat dengan gerai jualan di sekitar JTMK. Pelbagai acara sampingan telah diadakan bagi memeriahkan majlis seperti kuiz keusahawa