Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2014

PENGUMUMAN : Lawatan Akademik Ke Mesiniaga...

JTMK PMS akan mengadakan lawatan akademik ke Mesiniaga Berhad, iaitu sebuah syarikat yang terlibat dengan industri rangkaian. Lawatan pertama akan diadakan seperti ketetapan berikut; Tarikh : 13 Februari 2014 (Khamis) Lokasi : Mesiniaga Berhad, Subang Jaya Pelajar terlibat : Pelajar DNS Berikut adalah senarai pelajar yang telah dipilih untuk ke lawatan pertama ini;

AKTIVITI : Sesi Bergambar Jabatan...

Berikut saya kongsikan lagi beberapa gambar kakitangan JTMK semasa sesi bergambar jabatan pada 16 Januari 2014 lalu.

AKTIVITI : Taklimat Khas MQA Bagi Pelajar DNS...

Semalam (10 Januari 2013) telah diadakan satu taklimat khas mengenai persediaan ke arah audit MQA. Taklimat diadakan jam 3.00 petang di DKU. Semua pelajar DNS terlibat dengan taklimat ini. Taklimat dimulakan dengan ucapan daripada Ketua Jabatan, Pn. Zamra Derahman. Kemudian, Ketua Program DNS, Pn. Fazilah mengambil giliran utnuk menerangkan dengan lebih terperinci mengenai lawatan audit MQA pada 12 & 13 Mac 2014 nanti. Taklimat terakhir adalah dari Cik Norwahida yang menceritakan pengalamannya sewaktu diaudit oleh MQA di Politeknik Kuching sebelum ini. Berikut antara gambar yang sempat dirakam;

AKTIVITI : Bengkel Teknologi Rangkaian IPv4...

Pada 4 Januari lalu, JTMK telah menganjurkan Bengkel Teknologi Rangkaian IPv4 kepada pelajar-pelajar integrasi rangkaian (BNS). Seramai lebih kurang 50 orang pelajar hadir dan telah diagihkan kepada 2 makmal (MKR1 & MKR2). Antara topik yang diterangkan adalah mengenai pengalamatan IPv4. Berikut antara suasana yang dirakam ketika bengkel berlangsung;

PENGUMUMAN : Ujian Inventori Personaliti Sidek (IPS)

Perhatian kepada semua pelajar semester 1 JTMK sesi Disember 2013. Anda diwajibkan hadir ke program Ujian Inventori Personaliti Sidek (IPS) pada ketetapan berikut; Tarikh : 9 Januari 2014 (Khamis) Masa : 2.00 - 4.00 petang Tempat : Dewan Kuliah Utama (DKU) Peserta : DIP1 A, DIP1 B, DNS1 A, DNS1 B, & EIP1 A Setiap pelajar wajib membawa buku ITD Manakala bagi kelas ENS1 A, Ujian Inventori Personaliti Sidek (IPS) ini akan diadakan pada ketetapan berikut; Tarikh : 13 Januari 2014 (Isnin) Masa : 3.00 - 5.00 petang Tempat : Bilik Seminar Unit Psikologi Peserta : ENS1 A Setiap pelajar wajib membawa buku ITD Sila rujuk PA masing-masing untuk maklumat lanjut.