Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2014

PENGUMUMAN : Maklum Balas Pelajar Untuk Semester Pendek 2014...

Pihak JTMK PMS ingin mendapatkan maklum balas pelajar bagi pelaksanaan semester pendek (Short sem) bagi tahun ini. Semester pendek ini akan bermula selepas tamat minggu peperiksaan dan akan berlansung selama 6 minggu. Sehubungan itu, pihak JTMK PMS ingin mendapatkan maklum balas jika ada pelajar yang berminat untuk mengikuti semester pendek ini. Berikut adalah antara peraturan dan ketetapan berkaitan semester pendek; Terbuka kepada pelajar JTMK PMS semester 1 hingga 6 Setiap pelajar boleh memohon untuk 2 subjek sahaja. Untuk setiap subjek, minimum pelajar adalah 10 orang. jika tidak mencukupi, subjek itu tidak akan ditawarkan. Keutamaan kepada pelajar yang ingin repeat subjek dan yang ingin menamatkan semester Subjek yang dipilih tidak mempunyai pra-syarat bagi kursus yang diambil semester ini. Setiap permohonan pelajar akan dipertimbangkan oleh pihak jabatan, namun pihak jabatan berhak menolak permohonan itu jika tidak menepati syarat Untuk mendapatkan makluman lebih terp

Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Sesi Disember 2013...

Hari ini merupakan hari pertama Peperiksaan Akhir Sesi Disember 2013. Peperiksaan berlangsung dari 7 hingga 24 April 2014. Kami dari warga JTMK PMS ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan. Semoga semua pelajar JTMK PMS dapat menjawab setiap soalan dengan baik dan tepat. Pastikan anda bersedia sepenuhnya untuk menjawab peperiksaan kerana ianya penentu masa depan anda semua. Good luck.. Selamat berjaya...

AKTIVITI : Educational Innovative Development Activities 2014 (EIDA 2014)...

PMS telah menganjurkan Educational Innovative Development Activities 2014 (EIDA 2014) pada 31 Mac hingga 1 April 2014. Ekspo ini diadakan di Dewan Besar PMS dan melibatkan para pelajar dari semua jabatan utama. JTMK PMS telah menghantar 4 penyertaan untuk kategori Inovasi Teknologi dan 2 penyertaan untuk kategori Rancangan Perniagaan yang merangkumi pelajar dari kursus FP621 Programming Project, FN621 Networking Project, dan FP601 Cyberpreneurship. Berikut adalah keputusan bagi penyertaan pelajar untuk kali ini; KATEGORI INOVASI TEKNOLOGI PINGAT PESERTA TAJUK PROJEK EMAS MUHAMMAD SYARIFF BIN ARIPIN HOME SECURE APPLICATION NUR AZILARINA BINTI MOHD TERMEZAI AZAN FAIZ BIN AHMAD NOOR RISHINDRA RAO A/L SUBRUMANIUM IVORY INN REGISTRATION SYSTEM MUHAMMAD WAZIF BIN MUSTAFA MOHAMAD NORAZMIRUL ASHYRAFF BIN AZIZI PERAK ENGKU AMEERULBAHRI BIN ENGKU YUSOFF