Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2014

Selamat Tinggal 2014...

Hari ini merupakan hari terakhir bagi tahun 2014. Seperti yang kita semua sedia maklum, 2014 adalah tahun yang penuh mencabar untuk negara kita. Banyak peristiwa dan coretan yang berlaku sepanjang tahun ini. Begitu juga di JTMK PMS. Pelbagai cerita telah dikongsikan sepanjang 2014 ini. Berikut adalah rangkuman peristiwa di JTMK PMS sepanjang 2014 ini. AKTIVITI Pelbagai aktiviti telah dijalankan dan disertai sepanjang tahun 2014, sama ada ianya melibatkan kurikulum ataupun aktiviti sampingan. Antara aktiviti yang dianjurkan adalah; Bengkel Teknologi Rangkaian IPv4 Lawatan Akademik Ke Mesiniaga Network Security Seminar Educational Innovative Development Activities (EIDA) CISCO Netriders 2014 Majlis Tadarus Al-Quran JTMK Hari Terbuka JTMK Majlis Bersama Jabatan - JTMK Sihat Selain itu, penyertaan Tee Wan Chin ke ASEAN Skills Competition di Hanoi, Vietnam telah mengharumkan nama JTMK PMS. Tee Wan Chin telah ditemani oleh En. Asyran. En. Asyran dan Pn. Safiani juga terli

PENGUMUMAN : Operasi Kembali Ke Kampus PMS...

PMS   PRIHATIN MASALAH ANDA OPERASI KEMBALI KE KAMPUS POLITEKNIK MUADZAM SHAH ( OK PMS ) Makluman kepada semua pelajar yang bermasalah untuk pulang ke PMS akibat bencana banjir yang melanda Pantai Timur. Pihak Politeknik Muadzam Shah berhasrat menyediakan bas untuk membawa pelajar PMS Pantai Timur yang terkandas untuk kembali ke PMS .  Sehubungan dengan itu, kepada pelajar terlibat dengan banjir dan masih berada di Kelantan dan Terengganu boleh mendapatkan khidmat bas PMS yang akan beroperasi seperti berikut : KELANTAN HARI    :    AHAD TARIKH    :   4.1.2015 TEMPAT MENUNGGU   :   POLITEKNIK KOTA BHARU (PKB) ( 8.00 PG – 10.00 PG )                                        :   KFC JERTEH ( 12.00 TGH – 2.00 PTG ) TERENGGANU HARI   :    SELASA TARIKH   :   6.1.2015 TEMPAT MENUNGGU    :   POLITEKNIK KUALA TERENGGANU (PKT) ( 8.00 PG – 10.00 PG )                                      :   POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN (PSMZA )    ( 12.00   TGH

PENGUMUMAN : Penangguhan Tarikh Pilihanraya MPP...

Untuk makluman kepada semua pelajar, tarikh Pilihanraya MPP yang dijadualkan pada 30 Disember 2014 akan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Mohon untuk dihebahkan kepada semua pelajar. Sebarang makluman lanjut, boleh rujuk PA masing-masing.

PENGUMUMAN : Pengumuman Pengarah Berkaitan Banjir...

Pengarah PMS telah menbuat kenyataan rasminya melalui Pegawai HEP, En. Isa berkaitan dengan masalah banjir yang sedang melanda. Pengarah menjelaskan bahawa kelas akan berjalan seperti dijadualkan dan tidak ada pengangguhan kelas akibat banjir. Bagi pelajar yang terjejas, mereka akan diberi kelonggaran sehingga keadaan mengizinkan untuk mereka kembali ke PMS. Namun, pelajar perlu mendapatkan surat pengesahan daripada ketua kampung atau pihak polis yang mengatakan bahawa kediaman pelajar terjejas akibat banjir dan terdapat halangan untuk pelajar pulang ke PMS. Mohon kepada semua pelajar maklumkan kepada rakan-rakan yang terlibat dengan banjir ini. Pihak PMS, khususnya kami di JTMK mendoakan agar semuanya akan berjalan dengan lancar dan selamat. *Untuk makluman, permohonan laporan polis ini adalah salah satu prosedur yang diperlukan bagi urusan memberi kelonggaran kepada pelajar. Tanpa laporan polis ini, pelajar boleh dianggap tidak hadir ke kuliah tanpa sebab.

PENGUMUMAN : Maklumat Pilihanraya MPP...

NOTIS PEMBERITAHUAN PILIHAN RAYA PILIHANRAYA JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR POLITEKNIK TAHUN 2015 Calon Exco Majlis Perwakilan Pelajar dikehendaki bagi tahun 2015 .   Oleh itu, semua pelajar adalah dialu-alukan untuk menawarkan diri sebagai calon Pilihanraya Kampus. MAKLUMAT PILIHAN RAYA Ø PENYIARAN NOTIS PILIHANRAYA TARIKH    : 27 NOVEMBER 2014 (KHAMIS)                 Ø PENAMAAN CALON TARIKH    : 17 DISEMBER 2014 (RABU)                 TEMPAT : RUANG KAFETARIA (ASRAMA) MASA      : 9.00 PAGI – 4.30 PETANG ·        Terdiri daripada 3 Orang (Calon, Pencadang, Penyokong) Ø PENGUMUMAN CALON LAYAK BERTANDING DAN AKTIVITI BERKEMPEN                  TARIKH    : 22-29 DISEMBER 2014 TEMPAT : SEKITAR KAMPUS PMS MASA      : 8.00 PAGI - 11.00 MALAM Ø TARIKH MENGUNDI                 TARIKH    : 30 DISEMBER 2014 (SELASA) TEMPAT : DEWAN BESAR MASA      : 8.00 PAGI – 1.00 PETANG Ø PENGUMUMAN KEPUTUSAN PILIHANRAYA                TARIKH

AKTIVITI : Majlis Bersama Jabatan - JTMK Sihat...

Pada 12 Disember 2014, JTMk telah menganjurkan Majlis Bersama Jabatan bagi semu apelajar dan pensyarah JTMK. Program dibahagikan kepada 2 slot, iaitu slot pagi dengan permainan bola tampar dan slot petang dengan taklimat dari pihak JTMK. Para pelajar berkumpul di Kompleks Sukan sejam pukul 8 pagi. Program dimulakan dengan taklimat ringkas dari Pengarah Program, En. Haris dan diikuti dengan ucapan Ketua Jabatan. Sebelum memulakan pertandingan bola tampar, sedikit senaman ringkas dikendalikan oleh En. Haris. Tahniah kepada EIP3 A dan DNS3 A kerana menjadi juara bagi acara lelaki dan perempuan. Tahniah sekali lagi kepada EIP3 A kerana menjadi Juara Keseluruhan setelah mencampur kiraan mata kategori lelaki dan perempuan. Pada sebelah petang, majlius taklimat dimulakan dengan bacaan doa dari En. Muzafar. Ketua Jabatan, Pn. Zamra telah menyampaikan ucapan aluannya dan diikuti dengan taklimat daripada Ketua Program DIP, Pn. Harzulaili. Diikuti pula dengan taklimat disiplin oleh En. Hari

PENGUMUMAN : Majlis Bersama Jabatan Sesi Disember 2013...

Pihak JTMK akan menganjurkan Majlis Bersama Jabatan bagi seluruh warga JTMK mengikut ketetapan berikut; Tarikh : 12 Disember 2014 Masa : 8.00 pagi hingga 4.30 petang Tempat : Kompleks Sukan & Dewan Besar Majlis dipecahkan kepada dua acara. Pada sebelah pagi, semua warga JTMK akan terlibat dengan pertandingan sukan iaitu perlawanan bola tampar. Setiap kelas perlu menghantar 2 pasukan, iaitu 1 pasukan lelaki dan 1 pasukan perempuan. Perlawanan akan berlangsung di Kompleks Sukan. Pada sebelah petang pula, akan diadakan sesi taklimat oleh Ketua Jabatan dan pensyarah yang terlibat. Taklimat akan diadakan di Dewan Besar. Semua pelajar WAJIB hadir pada acara pagi dan petang. Kehadiran akan diambil. Berikut adalah tentatif bagi Majlis Bersama Jabatan ; Tentatif Majlis Bersama Jabatan JTMK Sihat 2015 12 Disember 2014 / Jumaat (8.00pg – 12.00tgh) Komplek Sukan PMS 8.15 pg - 8:30 pg Ketibaan pelajar dan kakitangan JTMK di Kompleks Sukan PMS.