Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2016

Selamat Datang Puan Atijah...

Warga JTMK PMS ingin mengucapkan selamat datang kepada Puan Atijah Binti Marsithi, Ketua Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi yang baru. Puan Atijah telah memulakan tugas rasminya pada 14 Mac 2016. Untuk makluman, Puan Atijah adalah Pensyarah DH48 yang sebelum ini berkhidmat di Politeknik Merlimau Melaka. Semoga kedatangan Puan Atijah akan dapat membantu memacu kejayaan yang lebih gemilang untuk JTMK PMS. Diharapkan juga semua warga JTMK dapat memberi kerjasama dan komitmen yang baik untuk sama-sama memajukan lagi JTMK. Tidak dilupakan, ucapan jutaan terima kasih kepada Puan Harzulaili yang telah memangku tanggungjawab sebagai Ketua Jabatan selama hampir setahun ini. Segala khidmat Puan Harzulaili sangat-sangat dihargai. Terima kasih sekali lagi.

AKTIVITI : JTMK Juara SUKMAS 2016...

Ucara penutup Sukan PMS (SUKMAS) telah diadakan pada 8 Mac 2016 di Kompleks Sukan. Alhamdulillah, berkat kerjasama dan semangat yang telah ditunjukkan warga JTMK secara keseluruhannya, JTMK telah dinobatkan sebagai Juara SUKMAS 2016... Pelbagai acara telah dipertandingkan dan mendapat penyertaan dari pelajar dan kakitangan. JTMK telah berjaya memenangi beberapa acara utama dan mendapat kutipan mata tertinggi. Pihak pengurusan JTMK mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan SUKMAS kali ini. Tahniah kepada semua pelajar yang telah berjuang hingga membawa kejayaan gemilang ini. Terima kasih juga kepada kakitangan dari unit-unit lain yang bergabung dengan JTMK sepanjang acara kali ini. Unit-unit yang terlibat adalah Unit HEP, UIDM, Pengurusan dan pejabat TPA. Terima kasih sekali lagi kami ucapkan kepada semua. Untuk rekod, JTMK adalah naik juara bagi SUKMAS 2015, iaitu edisi pertama pertandingan. Tahun ini kita telah berjaya menjadi juara dan merupaka

AKTIVITI : JTMK Open Day...

JTMK telah menganjurkan Open Day untuk sesi Disember 2015 pada 17 Februari 2016 di Dataran JTMK. Pelbagai barangan telah diniagakan oleh pelajar yang mengikuti kursus FP601 Cyberpreneurship bagi sesi Disember 2016 ini. Beberapa hadiah juga disediakan kepada para pelajar yang terlibat. Berikut adalah antara gambar yang dirakam sekitar acara.

PENGUMUMAN : Taklimat Pembentangan Akhir FP621 & FN621...

Kepada semua pelajar JTMK yang mengambil kursus FP621 Programming Project dan FN621 Networking Project, satu sesi taklimat akan diadakan pada ; Tarikh : 10 Mac 2015 (Khamis) Masa : 3.00 petang Lokasi : Dewan Kuliah Utama (DKU) KEHADIRAN ADALAH WAJIB Sehubungan itu, mohon untuk dimaklumkan kepada semua pelajar JTMK yang terlibat untuk hadir ke sesi taklimat yang telah ditetapkan. Sebarang maklumat lanjut, sila rujuk Pn. Rabi'atul Adawiyyah dan En. Riki Riswandi.