Langkau ke kandungan utama

Selamat Datang & Selamat Kembali Ke JTMK PMS...

8 Julai 2012 - Pendaftaran Kamsis untuk pelajar baru
9 Julai 2012 - Pendaftaran Pengajian untuk pelajar baru
10 & 11 Julai 2012 - Pendaftaran Kamsis untuk pelajar lama

Pihak JTMK PMS mengucapkan selamat datang kepada pelajar baru yang akan mendaftar untuk sesi Jun 2012 ini, dan kepada pelajar lama, selamat kembali ke JTMK.

Kepada pelajar baru, semoga anda dapat menyesuaikan diri dengan suasana di PMS. Pihak pengurusan telah melakukan yang terbaik untuk memastikan keselesaan anda mendaftar di PMS ni. InsyaAllah, segala urusan akan berjalan dengan lancar.

Kepada pelajar lama, semoga anda akan dapat belajar dengan lebih selesa mulai semester ini. Terdapat banyak perubahan yang bakal anda lihat pada JTMK. Antaranya adalah penambahan dan pertukaran pensyarah, dan pertambahan jumlah lab komputer. Malah, komputer yang akan digunakan juga adalah komputer baru. Diharap setiap pelajar dapat memanfaatkan dan menjaga kemudahan ini dengan baik.

Akhir kata, sekali lagi kami ucapkan selamat datang dan selamat kembali kepada semua pelajar JTMK PMS.

Ulasan

  1. Encik , kat kertas tulis 11/7 (semua senior)
    guane kat sini 10/7 bg JTMK , yg mane satu betol?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AKTIVITI : Techcreavery Innovation Challange 2015...

Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) dengan kerjasama Malaysia Development Corportion (MDeC) telah menganjurkan TechCreavery Innovation Challange 2015 pada 12 dan 13 Oktober 2015 yang lalu. Program yang menghimpunkan projek akhir pelajar dari seluruh politeknik yang terlibat ini telah diadakan di MDeC, Cyberjaya. Pertandingan dimulakan dengan peringkat saringan yang telah diadakan melalui Youtube. Peserta dari seluruh politeknik perlu menyediakan video berkenaan projek mereka dan dimuat naik ke Youtube sebelum 3 Oktober 2015 untuk sesi penilaian. JTMK PMS telah memilih 4 kumpulan terbaik untuk menyertai program ini. Keempat-empat kumpulan ini telah berjaya melepasi sesi kelayakan melalui Youtube, dan sekaligus layak ke peringkat separuh akhir yang diadakan pada 12 Oktober 2015.  Senarai peserta separuh akhir mengikut kategori Beberapa aktiviti telah disediakan sepanjang program seperti kursus dan bengkel. JTMK PMS diwakili oleh 4 kumpulan pelajar semester akhir yang mem...

AKTIVITI : Majlis Perasmian Bilik Gerakan Kelab Teknologi Maklumat...

Pada 13 November 2018, Tuan Pengarah telah dijemput untuk merasmikan Bilik Gerakan Kelab Teknologi Maklumat (KTM). Bilik ini akan menjadi pusat gerakan utama bagi KTM. Tuan Pengarah telah menyempurnakan gimik pelancaran pada majlis tersebut. Majlis turut dihadiri Ketua jabatan, Ketua Program dan para pensyarah.

PENGUMUMAN : Senarai Nama Wakil Ke Hari Inovasi & Pelajar Yang Perlu Bentang Semula Projek...

Perhatian kepada pelajar DIP6, QIP6, & DIP5. Pihak JTMK telah memilih kumpulan dari kursus F5228 Project & FP621 Programming Project untuk mewakili JTMK ke Pertandingan Projek Akhir Pelajar sempena Hari Inovasi PMS 2012. Pihak penganjur telah menetapkan hanya 5 wakil dari setiap jabatan yang akan bertanding. Berikut adalah senarai nama pelajar yang terpilih ; Sehubungan dengan itu, satu sesi taklimat ringkas akan diadakan kepada pelajar yang terpilih. Berikut adalah maklumat bagi sesi taklimat tersebut; Tarikh   :  05 / 11 / 2012 Masa    :  3.30 petang Tempat :  Pejabat JTMK Setiap pelajar yang terpilih WAJIB hadir ke sesi taklimat kerana pertandingan akan diadakan pada 7 November 2012. Selain itu, pihak JTMK juga telah membuat keputusan untuk memanggil semula 9 kumpulan untuk membuat pembentangan semula projek mereka. Sesi pembentangan semula juga akan diadakan pada 07 November 2012. Berikut adalah senarai nama kumpulan yang...