Langkau ke kandungan utama

AKTIVITI : Sedekad PMS...



Hari ini telah diadakan satu majlis khas bagi memperingati perjalanan dan sejarah penubuhan PMS yang genap sedekad pada tahun ini. Majlis ringkas ini diadakan di Dewan Besar PMS dan dihadiri oleh seluruh warga kerja PMS. Turut diundang adalah Pengetua Kolej Vokasional Muadzam Shah, wakil MARDI, wakil dari penduduk dan beberapa individu lain.

Majlis dimulakan sekitar jam 9.30 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Pahang & Politeknik Malaysia, dan kemudiannya diikuti dengan bacaan doa oleh Ustad Taha. Kemudian, penceramah jemputan iaitu Ustad Mahmud menyampaikai ceramah bertajuk Menjadi Pekerja Cemerlang. Pelbagai input diberikan sepanjang 2 jam ceramah berlangsung.

Selesai ceramah, cabutan bertuah menyerikan lagi majlis. Montaj sejarah PMS dari tahun 2003 hingga 2013 juga dipersembahkan. Pengarah PMS, En. Wan Afifi kemudian menyampaikan ucapan dan sekaligus melancarkan gimik Sedekad PMS. Pengarah juga menyampaikan penghargaan kepada 7 individu yang menjadi kakitangan paling awal berkhidmat di PMS.

Para hadirin dijamu dengan makan tengahari sambil didendangkan dengan lagu Sedekad PMS ciptaan dan nyanyian khas dari En. Azri.

Semoga PMS akan terus maju dan menempa pelbagai kejayaan selepas ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AKTIVITI : Techcreavery Innovation Challange 2015...

Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) dengan kerjasama Malaysia Development Corportion (MDeC) telah menganjurkan TechCreavery Innovation Challange 2015 pada 12 dan 13 Oktober 2015 yang lalu. Program yang menghimpunkan projek akhir pelajar dari seluruh politeknik yang terlibat ini telah diadakan di MDeC, Cyberjaya. Pertandingan dimulakan dengan peringkat saringan yang telah diadakan melalui Youtube. Peserta dari seluruh politeknik perlu menyediakan video berkenaan projek mereka dan dimuat naik ke Youtube sebelum 3 Oktober 2015 untuk sesi penilaian. JTMK PMS telah memilih 4 kumpulan terbaik untuk menyertai program ini. Keempat-empat kumpulan ini telah berjaya melepasi sesi kelayakan melalui Youtube, dan sekaligus layak ke peringkat separuh akhir yang diadakan pada 12 Oktober 2015.  Senarai peserta separuh akhir mengikut kategori Beberapa aktiviti telah disediakan sepanjang program seperti kursus dan bengkel. JTMK PMS diwakili oleh 4 kumpulan pelajar semester akhir yang mem...

AKTIVITI : Majlis Perasmian Bilik Gerakan Kelab Teknologi Maklumat...

Pada 13 November 2018, Tuan Pengarah telah dijemput untuk merasmikan Bilik Gerakan Kelab Teknologi Maklumat (KTM). Bilik ini akan menjadi pusat gerakan utama bagi KTM. Tuan Pengarah telah menyempurnakan gimik pelancaran pada majlis tersebut. Majlis turut dihadiri Ketua jabatan, Ketua Program dan para pensyarah.

PENGUMUMAN : Senarai Nama Wakil Ke Hari Inovasi & Pelajar Yang Perlu Bentang Semula Projek...

Perhatian kepada pelajar DIP6, QIP6, & DIP5. Pihak JTMK telah memilih kumpulan dari kursus F5228 Project & FP621 Programming Project untuk mewakili JTMK ke Pertandingan Projek Akhir Pelajar sempena Hari Inovasi PMS 2012. Pihak penganjur telah menetapkan hanya 5 wakil dari setiap jabatan yang akan bertanding. Berikut adalah senarai nama pelajar yang terpilih ; Sehubungan dengan itu, satu sesi taklimat ringkas akan diadakan kepada pelajar yang terpilih. Berikut adalah maklumat bagi sesi taklimat tersebut; Tarikh   :  05 / 11 / 2012 Masa    :  3.30 petang Tempat :  Pejabat JTMK Setiap pelajar yang terpilih WAJIB hadir ke sesi taklimat kerana pertandingan akan diadakan pada 7 November 2012. Selain itu, pihak JTMK juga telah membuat keputusan untuk memanggil semula 9 kumpulan untuk membuat pembentangan semula projek mereka. Sesi pembentangan semula juga akan diadakan pada 07 November 2012. Berikut adalah senarai nama kumpulan yang...