Langkau ke kandungan utama

PENGUMUMAN : Program 1CiTiZEN...



Apa itu 1Citizen?
1Citizen adalah satu program yang dijalankan dengan kerjasama SKMM, Prestariang dan JPP yang bertindak memberikan kursus percuma kepada pengguna internet di Malaysia ini untuk mengelakkan dari menjadi mangsa buli serta mendidik mereka menjadi pengguna yang beretika. Penglibatan JPP sekaligus menjadikan ia sebuah program wajib untuk setiap Politeknik Malaysia, tidak ketinggalan Politeknik Muadzam Shah. 

1Citizen adalah Satu program yang memupuk sifat bertanggungjawab dan berhemah dalam menggunakan teknologi digital khususnya dalam penggunaan internet, disamping itu, ia juga menjadi medan untuk memupuk semangat kenegaraan , kerjasama dan kebertanggungjawaban semasa berinteraksi di dalam dunia siber yang tiada sempadan ini ..

1Citizen ini juga dapat menyedarkan pengguna internet di Malaysia daripada menjadi mangsa siber. Statistik tahun 2010 dan 2011 menunjukkan bilangan jenayah siber di malaysia pada 2010 tinggi adalah kerana rakyat malaysia belum sedar akan wujudnya jenayah siber yangi mengakibatkan kerugian yang amat besar.

1Citizen ini juga mengajar rakyat Malaysia menggunakan internet untuk memperluaskan perniagaan mereka.. Dengan adanya blog/website percuma yang disediakan didalam GMBO(Get Malaysia Bussiness Online) , mereka boleh memperkenalkan barangan dan perkhidmatan mereka secara meluas didalam internet.. Ini sekaligus menaikkan nama syarikat dan keuntungan sesebuah perniagaan. 

Untuk mengenali lebih lanjut mengenai 1 Citizen,layari  http://www.1citizen.com.my/

Berikut adalah jadual dan pelajar yang akan terlibat dengan program 1Citizen ini;


Kelas

Date
DIP3 B
29-30/06/2013
DIP2B
6-7/7/2013
DNS2 A
29-30/06/2013
DNS2 B
6-7/7/2013
DIP4 B
29-30/06/2013
DIP3 A
6-7/7/2013
DIP2 A
29-30/06/2013
DIP4 A
6-7/7/2013

Sebarang keterangan lanjut, sila hubungi PA masing-masing.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AKTIVITI : Techcreavery Innovation Challange 2015...

Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) dengan kerjasama Malaysia Development Corportion (MDeC) telah menganjurkan TechCreavery Innovation Challange 2015 pada 12 dan 13 Oktober 2015 yang lalu. Program yang menghimpunkan projek akhir pelajar dari seluruh politeknik yang terlibat ini telah diadakan di MDeC, Cyberjaya. Pertandingan dimulakan dengan peringkat saringan yang telah diadakan melalui Youtube. Peserta dari seluruh politeknik perlu menyediakan video berkenaan projek mereka dan dimuat naik ke Youtube sebelum 3 Oktober 2015 untuk sesi penilaian. JTMK PMS telah memilih 4 kumpulan terbaik untuk menyertai program ini. Keempat-empat kumpulan ini telah berjaya melepasi sesi kelayakan melalui Youtube, dan sekaligus layak ke peringkat separuh akhir yang diadakan pada 12 Oktober 2015.  Senarai peserta separuh akhir mengikut kategori Beberapa aktiviti telah disediakan sepanjang program seperti kursus dan bengkel. JTMK PMS diwakili oleh 4 kumpulan pelajar semester akhir yang mem...

AKTIVITI : Majlis Perasmian Bilik Gerakan Kelab Teknologi Maklumat...

Pada 13 November 2018, Tuan Pengarah telah dijemput untuk merasmikan Bilik Gerakan Kelab Teknologi Maklumat (KTM). Bilik ini akan menjadi pusat gerakan utama bagi KTM. Tuan Pengarah telah menyempurnakan gimik pelancaran pada majlis tersebut. Majlis turut dihadiri Ketua jabatan, Ketua Program dan para pensyarah.

PENGUMUMAN : Senarai Nama Wakil Ke Hari Inovasi & Pelajar Yang Perlu Bentang Semula Projek...

Perhatian kepada pelajar DIP6, QIP6, & DIP5. Pihak JTMK telah memilih kumpulan dari kursus F5228 Project & FP621 Programming Project untuk mewakili JTMK ke Pertandingan Projek Akhir Pelajar sempena Hari Inovasi PMS 2012. Pihak penganjur telah menetapkan hanya 5 wakil dari setiap jabatan yang akan bertanding. Berikut adalah senarai nama pelajar yang terpilih ; Sehubungan dengan itu, satu sesi taklimat ringkas akan diadakan kepada pelajar yang terpilih. Berikut adalah maklumat bagi sesi taklimat tersebut; Tarikh   :  05 / 11 / 2012 Masa    :  3.30 petang Tempat :  Pejabat JTMK Setiap pelajar yang terpilih WAJIB hadir ke sesi taklimat kerana pertandingan akan diadakan pada 7 November 2012. Selain itu, pihak JTMK juga telah membuat keputusan untuk memanggil semula 9 kumpulan untuk membuat pembentangan semula projek mereka. Sesi pembentangan semula juga akan diadakan pada 07 November 2012. Berikut adalah senarai nama kumpulan yang...