Langkau ke kandungan utama

PENGUMUMAN : Perjalanan Hari Pendaftaran Pelajar Senior JTMK PMS Sesi Jun 2013...

Perhatian kepada semua pelajar JTMK semester 2 hingga 6 bagi sesi Jun 2013. Setelah dibincangkan dalam mesyuarat jabatan, dan telah dipersetujui oleh Ketua Jabatan, ada beberapa perubahan yang diambil. Berikut adalah senarai terkini tentatif dan perjalanan sesi pendaftaran pelajar senior JTMK bagi sesi Jun 2013...

19 Jun 2013
(Rabu)
2.00 - 4.00 petang
- Sesi Pendaftaran Pelajar Senior JTMK
20 Jun 2013
(Khamis)
9.00 - 5.00 petang
- Pertandingan Sukan Antara Kelas JTMK (Futsal  Bola Jaring)
21 Jun 2013
(Jumaat)
10.00 - 12.00 tengahari
- Gotong-royong Perdana PMS

3.00 - 5.00 petang
- Pendaftarann Kursus Pelajar JTMK Sesi Jun 2013 (Senior & Junior)

Sesi Pendaftaran Pelajar Senior
  • Pelajar senior perlu mendaftar dengan PA masing-masing di pejabat JTMK
  • Pastikan bawa slip pendaftaran SPMP dan juga slip bayaran yuran.

Pertandingan Sukan Antara Kelas JTMK
  • Setiap kelas perlu menyediakan satu pasukan futsal dan satu pasukan bola jaring.
  • Peraturan pertandingan adalah seperti yang dinyatakan dalam makluman sebelum ini (Klik Sini)
  • Semua pelajar perlu berkumpul di Kompleks Sukan pada 20 Jun 2013, jam 9 pagi.
  • Sama ada bermain atau tidak, semua pelajar perlu berada di Kompleks Sukan. Kehadiran akan diambil.

Gotong-royong Perdana PMS
  • Semua pelajar akan dibahagikan kepada beberapa lokasi untuk bersama-sama melakukan gotong-royong sekitar PMS.
  • Semua pelajar wajib terlibat. Kehadiran akan diambil.

Pendaftaran Kursus Pelajar JTMK Sesi Jun 2013
  • Pendaftaran kursus hanya akan diadakan pada 21 Jun 2013, jam 3.00 hingga 5.00 petang. Setiap pelajar perlu mendaftar kursus dengan PA masing-masing pada waktu tersebut.
  • Ketua Jabatan memaklumkan bahawa tidak akan ada sesi pendaftaran kursus lain selepas ini. Dan sistem untuk PA mendaftar kursus bagi pelajar JTMK akan ditutup pada Isnin (24 Jun 2013).
  • Jika pelajar gagal mendaftar kursus pada 21 Jun 2013 nanti, secara automatik pelajar akan mendapat F bagi kursus tersebut. Pelajar boleh merujuk buku Arahan-arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian untuk mendapat kepastian. Buku ini digunakan di seluruh politeknik.





 Pelajar perlu mengikuti tentatif baru yang dinyatakan di atas bagi mengelak berlakunya masalah pada pendaftaran. Tentatif ini adalah untuk pelajar semester 2 hingga 6 JTMK sahaja, dan tidak melibatkan pelajar senior jabatan lain. Jadi, sila abaikan tentatif lain yang bercanggahan dari tentatif ini.

 Mohon untuk maklumkan kepada pelajar JTMK yang lain agar tidak ada pelajar yang terlepas dari maklumat penting ini.

Diharap semua pelajar dapat beri kerjasama bagi menjayakan sesi pendaftaran sesi Jun 2013 ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AKTIVITI : Techcreavery Innovation Challange 2015...

Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) dengan kerjasama Malaysia Development Corportion (MDeC) telah menganjurkan TechCreavery Innovation Challange 2015 pada 12 dan 13 Oktober 2015 yang lalu. Program yang menghimpunkan projek akhir pelajar dari seluruh politeknik yang terlibat ini telah diadakan di MDeC, Cyberjaya. Pertandingan dimulakan dengan peringkat saringan yang telah diadakan melalui Youtube. Peserta dari seluruh politeknik perlu menyediakan video berkenaan projek mereka dan dimuat naik ke Youtube sebelum 3 Oktober 2015 untuk sesi penilaian. JTMK PMS telah memilih 4 kumpulan terbaik untuk menyertai program ini. Keempat-empat kumpulan ini telah berjaya melepasi sesi kelayakan melalui Youtube, dan sekaligus layak ke peringkat separuh akhir yang diadakan pada 12 Oktober 2015.  Senarai peserta separuh akhir mengikut kategori Beberapa aktiviti telah disediakan sepanjang program seperti kursus dan bengkel. JTMK PMS diwakili oleh 4 kumpulan pelajar semester akhir yang mem...

AKTIVITI : Majlis Perasmian Bilik Gerakan Kelab Teknologi Maklumat...

Pada 13 November 2018, Tuan Pengarah telah dijemput untuk merasmikan Bilik Gerakan Kelab Teknologi Maklumat (KTM). Bilik ini akan menjadi pusat gerakan utama bagi KTM. Tuan Pengarah telah menyempurnakan gimik pelancaran pada majlis tersebut. Majlis turut dihadiri Ketua jabatan, Ketua Program dan para pensyarah.

PENGUMUMAN : Senarai Nama Wakil Ke Hari Inovasi & Pelajar Yang Perlu Bentang Semula Projek...

Perhatian kepada pelajar DIP6, QIP6, & DIP5. Pihak JTMK telah memilih kumpulan dari kursus F5228 Project & FP621 Programming Project untuk mewakili JTMK ke Pertandingan Projek Akhir Pelajar sempena Hari Inovasi PMS 2012. Pihak penganjur telah menetapkan hanya 5 wakil dari setiap jabatan yang akan bertanding. Berikut adalah senarai nama pelajar yang terpilih ; Sehubungan dengan itu, satu sesi taklimat ringkas akan diadakan kepada pelajar yang terpilih. Berikut adalah maklumat bagi sesi taklimat tersebut; Tarikh   :  05 / 11 / 2012 Masa    :  3.30 petang Tempat :  Pejabat JTMK Setiap pelajar yang terpilih WAJIB hadir ke sesi taklimat kerana pertandingan akan diadakan pada 7 November 2012. Selain itu, pihak JTMK juga telah membuat keputusan untuk memanggil semula 9 kumpulan untuk membuat pembentangan semula projek mereka. Sesi pembentangan semula juga akan diadakan pada 07 November 2012. Berikut adalah senarai nama kumpulan yang...