Langkau ke kandungan utama

PENGUMUMAN : Penguatkuasaan Disiplin...

Semasa perjumpaan pelajar bersama pensyarah di Dewan Besar pada 24 Jun 2013 yang lalu, telah dinyatakan oleh Pegawai Disiplin JTMK, En. Abdullah Azraai bahawa setiap pelajar perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan, termasuklah etika pemakaian dan disiplin pelajar. Bagi memantau tahap disiplin pelajar, satu pemeriksaan mengejut telah diadakan pada 17 Julai 2013. Dalam pemeriksaan ini, sebanyak 88 saman telah dikeluarkan yang melibatkan salah laku etika pemakaian pelajar.

Sekali lagi kami ingatkan kepada para pelajar agar sentiasa mematuhi segala peraturan dan arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak pengurusan dan politeknik. Kegagalan untuk mematuhi peraturan akan menyebabkan anda dikenakan tindakan. Unit Disiplin JTMK tidak akan teragak-agak untuk mengenakan tindakan kepada setiap pelajar demi memastikan tahap disiplin pelajar berada di tahap tertinggi.

Sehubungan dengan itu, Unit Disiplin JTMK menyarankan agar setiap pelajar yang masih melakukan kesalahan, terutamanya dari segi etika pemakaian (termasuk rambut panjang & berfesyen), agar menggunakan cuti pertengahan semester ini untuk mempersiapkan diri mengikut peraturan yang betul. Sekembalinya pelajar dari cuti pertengahan semester, beberapa siri pemeriksaan akan diadakan secara berterusan. Mana-mana pelajar yang ditahan kerana melanggar peraturan akan dikenakan denda yang maksimum.

Sebarang permasalahan atau soalan, sila rujuk En. Abdullah Azraai atau Penasihat Akademik masing-masing.

(Klik sini untuk melihat garis panduan pemakaian pelajar)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AKTIVITI : Techcreavery Innovation Challange 2015...

Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) dengan kerjasama Malaysia Development Corportion (MDeC) telah menganjurkan TechCreavery Innovation Challange 2015 pada 12 dan 13 Oktober 2015 yang lalu. Program yang menghimpunkan projek akhir pelajar dari seluruh politeknik yang terlibat ini telah diadakan di MDeC, Cyberjaya. Pertandingan dimulakan dengan peringkat saringan yang telah diadakan melalui Youtube. Peserta dari seluruh politeknik perlu menyediakan video berkenaan projek mereka dan dimuat naik ke Youtube sebelum 3 Oktober 2015 untuk sesi penilaian. JTMK PMS telah memilih 4 kumpulan terbaik untuk menyertai program ini. Keempat-empat kumpulan ini telah berjaya melepasi sesi kelayakan melalui Youtube, dan sekaligus layak ke peringkat separuh akhir yang diadakan pada 12 Oktober 2015.  Senarai peserta separuh akhir mengikut kategori Beberapa aktiviti telah disediakan sepanjang program seperti kursus dan bengkel. JTMK PMS diwakili oleh 4 kumpulan pelajar semester akhir yang mem...

AKTIVITI : Majlis Perasmian Bilik Gerakan Kelab Teknologi Maklumat...

Pada 13 November 2018, Tuan Pengarah telah dijemput untuk merasmikan Bilik Gerakan Kelab Teknologi Maklumat (KTM). Bilik ini akan menjadi pusat gerakan utama bagi KTM. Tuan Pengarah telah menyempurnakan gimik pelancaran pada majlis tersebut. Majlis turut dihadiri Ketua jabatan, Ketua Program dan para pensyarah.

PENGUMUMAN : Senarai Nama Wakil Ke Hari Inovasi & Pelajar Yang Perlu Bentang Semula Projek...

Perhatian kepada pelajar DIP6, QIP6, & DIP5. Pihak JTMK telah memilih kumpulan dari kursus F5228 Project & FP621 Programming Project untuk mewakili JTMK ke Pertandingan Projek Akhir Pelajar sempena Hari Inovasi PMS 2012. Pihak penganjur telah menetapkan hanya 5 wakil dari setiap jabatan yang akan bertanding. Berikut adalah senarai nama pelajar yang terpilih ; Sehubungan dengan itu, satu sesi taklimat ringkas akan diadakan kepada pelajar yang terpilih. Berikut adalah maklumat bagi sesi taklimat tersebut; Tarikh   :  05 / 11 / 2012 Masa    :  3.30 petang Tempat :  Pejabat JTMK Setiap pelajar yang terpilih WAJIB hadir ke sesi taklimat kerana pertandingan akan diadakan pada 7 November 2012. Selain itu, pihak JTMK juga telah membuat keputusan untuk memanggil semula 9 kumpulan untuk membuat pembentangan semula projek mereka. Sesi pembentangan semula juga akan diadakan pada 07 November 2012. Berikut adalah senarai nama kumpulan yang...