Langkau ke kandungan utama

PENGUMUMAN : Garis Panduan Pemakaian & Penampilan Pelajar...

Berikut adalah memo dari Pegawai Disiplin PMS, En. Mohd Isa mengenai garis panduan pemakaian dan penampilan bagi pelajar PMS.


_________________________________________________________________


Assalammualaikum
 
makluman kepada semua,
 
 
BERIKUT ADALAH BEBERAPA GARIS PANDUAN BERKENAAN CARA PEMAKAIAN DAN PENAMPILAN PELAJAR SEWAKTU DI BILIK KULIAH.
 
 
Garis Panduan Pemakaian dan penampilan diri Pelajar Politeknik Muadzam Shah Pahang
 
Pelajar Lelaki
 
  1. Kuliah
 
a)    Berbaju kemeja samada berlengan panjang atau pendek (t-shirt berkolar adalah tidak dibenarkan).
b)    Baju perlu dimasukkan ke dalam seluar (TUCK-IN).
c)    Berseluar slack panjang. (jeans, denim & coudroy adalah dilarang sama sekali)
d)    Berseluar longgar dengan saiz ukur lilit kaki seluar antara 15 -17 inci.
e)    Berkasut formal gelap (kulit berwarna gelap atau campuran plastik atau jenis baldu) serta berstokin. (kasut sukan tidak dibenarkan sama sekali)
f)    Pemakaian ‘neck tie’ amatlah digalakkan.
g)    Bagi kuliah kokurikulum Polibriged dan kelab beruniform (t-shirt berkolar kosong, seluar track dan kasut sukan) yang ditentukan oleh Jabatan/Unit berkaitan.
h)    Berbaju Melayu mesti bersongkok serta bersampin pada hari Jumaat dan amat digalakkan.
i)     Berbaju batik setiap hari Khamis amat digalakkan.
j)     Dilarang bertatu atau melukis apa-apa bentuk simbol pada mana-mana bahagian anggota badan.
k)    Dilarang memakai apa-apa barang perhiasan. (cincin, gelang, rantai dan lain-lain)
l)     Dilarang menyimpan jambang, janggut (tidak lebih 1 inci) dan misai menutupi bibir.
m)  Memakai tali pinggang yang mempunyai saiz kepala tidak melebihi 1.5 inci serta tidak berfesyen
 
  1. Rambut
 
a)  Rambut hendaklah sentiasa pendek, tersisir rapi dan kemas. Paras belakang  tidak melebihi paras kolar baju, paras tepi tidak melebihi paras telinga dan paras depan tidak melepasi paras dahi
b) Sebarang fesyen seperti afro, punk, berekor, diwarnakan dan botak tidak dibenarkan
 
 
Pelajar Perempuan
 
1.   Kuliah
 
a)    Hanya baju kurung atau busana muslimah yang dibenarkan. Termasuk waktu  
     kuliah malam.
b)    Memakai tudung yang sempurna beserta anak tudung (muslim). Menutupi  
     bahagian dada.
c)    Berkasut menutup seluruh bahagian kaki serta berstokin (bertapak rata).
d)    Selipar, terompah, kasut bertumit tinggi (yang runcing) tidak dibenarkan. Kasut yang berladam logam yang berbunyi juga tidak dibenarkan.
e)    Dikehendaki berpakaian sopan. (bagi pelajar bukan muslim)
f)    Pemakaian skirt mestilah melepasi paras lutut. (bagi pelajar bukan muslim)
g)    Berlengan panjang atau sekurang-kurangnya tiga (3) suku.(bagi pelajar bukan muslim)
h)    Bagi kuliah kokurikulum polibriged dan kelab mengunakan uniform yang ditentukan oleh Jabatan/Unit berkaitan.
i)     Memakai uniform yang ditentukan jabatan pada hari tertentu.
j)     Berbaju batik pada setiap Khamis amatlah digalakkan.
k)    Pemakaian baju mesti melepasi paras punggung dan tidak ketat (bagi pelajar bukan muslim)
l)     Seluar slack, berkain belah dan kemeja tidak dibenarkan (pelajar muslim)
m)  Pakaian tidak berfesyen menampakkan bentuk tubuh, tidak jarang, tidak nipis dan memakai kain dalam.
n)    Berkuku pendek (kemas dan bersih) tanpa warna @ varnish kecuali inai pada kuku sahaja.
o)    Dilarang membuat corak (samada menggunakan inai atau pewarna lain)  pada mana-mana bahagian anggota badan.
p)    Dilarang memakai barang perhiasan secara berlebihan.(cincin, gelang, rantai dan lain-lain).
 
 
 
 
MOHD ISA BIN ABDUL RAHIM
Pegawai hal Ehwal Pelajar
( Kebajikan & Disiplin )
Politeknik Muadzam Shah
Pahang Darul Makmur
Tel : 09-4502005 ext 1655
fax : 09-4502009

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AKTIVITI : Techcreavery Innovation Challange 2015...

Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) dengan kerjasama Malaysia Development Corportion (MDeC) telah menganjurkan TechCreavery Innovation Challange 2015 pada 12 dan 13 Oktober 2015 yang lalu. Program yang menghimpunkan projek akhir pelajar dari seluruh politeknik yang terlibat ini telah diadakan di MDeC, Cyberjaya. Pertandingan dimulakan dengan peringkat saringan yang telah diadakan melalui Youtube. Peserta dari seluruh politeknik perlu menyediakan video berkenaan projek mereka dan dimuat naik ke Youtube sebelum 3 Oktober 2015 untuk sesi penilaian. JTMK PMS telah memilih 4 kumpulan terbaik untuk menyertai program ini. Keempat-empat kumpulan ini telah berjaya melepasi sesi kelayakan melalui Youtube, dan sekaligus layak ke peringkat separuh akhir yang diadakan pada 12 Oktober 2015.  Senarai peserta separuh akhir mengikut kategori Beberapa aktiviti telah disediakan sepanjang program seperti kursus dan bengkel. JTMK PMS diwakili oleh 4 kumpulan pelajar semester akhir yang mem...

AKTIVITI : Majlis Perasmian Bilik Gerakan Kelab Teknologi Maklumat...

Pada 13 November 2018, Tuan Pengarah telah dijemput untuk merasmikan Bilik Gerakan Kelab Teknologi Maklumat (KTM). Bilik ini akan menjadi pusat gerakan utama bagi KTM. Tuan Pengarah telah menyempurnakan gimik pelancaran pada majlis tersebut. Majlis turut dihadiri Ketua jabatan, Ketua Program dan para pensyarah.

AKTIVITI : Kejayaan JTMK PMS Di Pertandingan Inovasi...

JTMK PMS telah menyertai 2 pertandingan inovasi yang melibatkan projek akhir pelajar pada Mac dan Mei. Kedua-dua penyertaan ini telah menghasilkan keputusan yang cukup cemerlang. I-Compex 2017 Program  :  National Innovation and Invention Competition through Exhibition 2017 (I-COMPEX) Tarikh     :  22-23 Mac 2017 Tempat    :  Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah Peserta    : Produk : iCar Lock           Pelajar :                    1) Umi Amira Azhar (DIP)                    2) Nur Zafira Jamil (DIP)           Penyelia : Pn. Roziyaliney Muhammad Produk : iHomestay           Pelajar :      ...