Langkau ke kandungan utama

PENGUMUMAN : Maklumat Pilihanraya MPP...


NOTIS PEMBERITAHUAN PILIHAN RAYA
PILIHANRAYA JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR
POLITEKNIK TAHUN 2015

Calon Exco Majlis Perwakilan Pelajar dikehendaki bagi tahun 2015.  Oleh itu, semua pelajar adalah dialu-alukan untuk menawarkan diri sebagai calon Pilihanraya Kampus.


MAKLUMAT PILIHAN RAYA

Ø PENYIARAN NOTIS PILIHANRAYA
TARIKH   : 27 NOVEMBER 2014 (KHAMIS)               

Ø PENAMAAN CALON
TARIKH   : 17 DISEMBER 2014 (RABU)               
TEMPAT : RUANG KAFETARIA (ASRAMA)
MASA     : 9.00 PAGI – 4.30 PETANG
·       Terdiri daripada 3 Orang (Calon, Pencadang, Penyokong)

Ø PENGUMUMAN CALON LAYAK BERTANDING DAN AKTIVITI BERKEMPEN                
TARIKH   : 22-29 DISEMBER 2014
TEMPAT : SEKITAR KAMPUS PMS
MASA     : 8.00 PAGI - 11.00 MALAM

Ø TARIKH MENGUNDI               
TARIKH   : 30 DISEMBER 2014 (SELASA)
TEMPAT : DEWAN BESAR
MASA     : 8.00 PAGI – 1.00 PETANG

Ø PENGUMUMAN KEPUTUSAN PILIHANRAYA              
TARIKH   : 30 DISEMBER 2014 (SELASA)
TEMPAT : DEWAN BESAR
MASA     : 4.30 PETANG




KERUSI

Kerusi yang dipertandingkan terbahagi kepada KERUSI UMUM dan KERUSI JABATAN. KERUSI UMUM akan dipilih oleh semua pelajar politeknik. Bilangan KERUSI UMUM adalah sebanyak tujuh (7) kerusi, seperti berikut:-

i)                   Yang Di Pertua (1 kerusi)
ii)                Naib Yang Di Pertua (2 kerusi)
iii)              Setiausaha Kehormat (1 kerusi)
iv)              Naib Setiausaha Kehormat (1 kerusi)
v)                 Bendahari Kehormat (1 kerusi)
vi)              Naib Bendahari Kehormat (1 kerusi)

KERUSI JABATAN akan dipilih oleh pelajar Jabatan Akademik masing-masing sahaja. Bilangan KERUSI JABATAN yang dipertandingkan adalah sebanyak 3 buah kerusi bagi setiap Jabatan Akademik, yang akan mengisi kerusi-kerusi Biro seperti berikut :-


i)                   Biro Akademik dan Latihan
ii)                Biro Multimedia dan Penerbitan
iii)              Biro Sukan dan Rekreasi
iv)              Biro Kerohanian & Moral
v)                 Biro Perpaduan & Integrasi
vi)              Biro Kebajikan & Sosial
vii)            Biro Kebudayaan & Warisan
viii)         Biro Komunikasi Korporat
ix)              Biro Perhubungan & Pengantarabangsaan
x)                 Biro Sahsiah & Disiplin




Borang-borang penamaan calon boleh diperolehi di Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Jabatan Akademik. (Borang Penamaan calon yang telah lengkap diisi perlu            di hantar ke Pusat Penamaan Calon pada hari penamaan calon.                      Syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh setiap calon yang ingin bertanding dalam Pilihanraya Kampus adalah seperti berikut:-

1.     Calon menyediakan seorang pencadang dan seorang penyokong yang terdiri daripada pelajar yang tidak bertanding.

2.     Setiap calon dikehendaki membayar deposit sebanyak RM 20.00 sahaja.

3.     Hanya pelajar yang berdaftar sepenuh masa sahaja boleh dicalonkan untuk bertanding dalam pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar.

4.     Pelajar semester Satu (1) program Diploma yang belum pernah menduduki peperiksaan pertama di mana-mana Politeknik tidak dibenarkan menjadi calon.

5.     Pelajar semester Satu (1) lepasan Sijil institusi Kemahiran dibenarkan menjadi calon dengan mengambil kira HPNM tidak kurang dari 3.00.

6.     HPNM pelajar Diploma Politeknik tidak kurang daripada 2.75.

7.     Pelajar yang tidak mengikuti pengajian di dalam kampus dalam tempoh masa setahun (Latihan Industri atau sebagainya) tidak digalakkan menjadi calon.

8.     Pelajar yang sedang menunggu keputusan perbicaraan tatatertib atau sedang menunggu perbicaraan tatatertib tidak layak bertanding.


                                                           
PERATURAN KEMPEN

I)                   Tempoh Berkempen akan ditetapkan dan dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya Kampus Politeknik.
II)                Calon-calon diberi peluang berucap selewat-lewatnya jam 11.00 malam.
III)              Calon-calon dan wakilnya dilarang membuat kecaman peribadi terhadap
Individu perseorangan. Tidak menyentuh isu-isu sensitif yang boleh mengancam keselamatan Negara.

IV)             Bahan kempen dan risalah hendaklah mendapat kebenaran dari Jawatankuasa Pilihan Raya.

V)                Poster hanya boleh digantung sahaja di mana-mana kawasan kampus.

VI)             Calon wajib menurunkan semua poster dan membersihkan kawasan kempen dalam tempoh 24 jam selepas keputusan diumumkan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan wang pertaruhan tidak dipulangkan dan dikenakan tindakan tatatertib.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AKTIVITI : Techcreavery Innovation Challange 2015...

Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) dengan kerjasama Malaysia Development Corportion (MDeC) telah menganjurkan TechCreavery Innovation Challange 2015 pada 12 dan 13 Oktober 2015 yang lalu. Program yang menghimpunkan projek akhir pelajar dari seluruh politeknik yang terlibat ini telah diadakan di MDeC, Cyberjaya. Pertandingan dimulakan dengan peringkat saringan yang telah diadakan melalui Youtube. Peserta dari seluruh politeknik perlu menyediakan video berkenaan projek mereka dan dimuat naik ke Youtube sebelum 3 Oktober 2015 untuk sesi penilaian. JTMK PMS telah memilih 4 kumpulan terbaik untuk menyertai program ini. Keempat-empat kumpulan ini telah berjaya melepasi sesi kelayakan melalui Youtube, dan sekaligus layak ke peringkat separuh akhir yang diadakan pada 12 Oktober 2015.  Senarai peserta separuh akhir mengikut kategori Beberapa aktiviti telah disediakan sepanjang program seperti kursus dan bengkel. JTMK PMS diwakili oleh 4 kumpulan pelajar semester akhir yang mem...

AKTIVITI : Majlis Perasmian Bilik Gerakan Kelab Teknologi Maklumat...

Pada 13 November 2018, Tuan Pengarah telah dijemput untuk merasmikan Bilik Gerakan Kelab Teknologi Maklumat (KTM). Bilik ini akan menjadi pusat gerakan utama bagi KTM. Tuan Pengarah telah menyempurnakan gimik pelancaran pada majlis tersebut. Majlis turut dihadiri Ketua jabatan, Ketua Program dan para pensyarah.

PENGUMUMAN : Senarai Nama Wakil Ke Hari Inovasi & Pelajar Yang Perlu Bentang Semula Projek...

Perhatian kepada pelajar DIP6, QIP6, & DIP5. Pihak JTMK telah memilih kumpulan dari kursus F5228 Project & FP621 Programming Project untuk mewakili JTMK ke Pertandingan Projek Akhir Pelajar sempena Hari Inovasi PMS 2012. Pihak penganjur telah menetapkan hanya 5 wakil dari setiap jabatan yang akan bertanding. Berikut adalah senarai nama pelajar yang terpilih ; Sehubungan dengan itu, satu sesi taklimat ringkas akan diadakan kepada pelajar yang terpilih. Berikut adalah maklumat bagi sesi taklimat tersebut; Tarikh   :  05 / 11 / 2012 Masa    :  3.30 petang Tempat :  Pejabat JTMK Setiap pelajar yang terpilih WAJIB hadir ke sesi taklimat kerana pertandingan akan diadakan pada 7 November 2012. Selain itu, pihak JTMK juga telah membuat keputusan untuk memanggil semula 9 kumpulan untuk membuat pembentangan semula projek mereka. Sesi pembentangan semula juga akan diadakan pada 07 November 2012. Berikut adalah senarai nama kumpulan yang...