Langkau ke kandungan utama

Selamat Tinggal 2014...

Hari ini merupakan hari terakhir bagi tahun 2014. Seperti yang kita semua sedia maklum, 2014 adalah tahun yang penuh mencabar untuk negara kita. Banyak peristiwa dan coretan yang berlaku sepanjang tahun ini.

Begitu juga di JTMK PMS. Pelbagai cerita telah dikongsikan sepanjang 2014 ini. Berikut adalah rangkuman peristiwa di JTMK PMS sepanjang 2014 ini.

AKTIVITI

Pelbagai aktiviti telah dijalankan dan disertai sepanjang tahun 2014, sama ada ianya melibatkan kurikulum ataupun aktiviti sampingan.

Antara aktiviti yang dianjurkan adalah;
Selain itu, penyertaan Tee Wan Chin ke ASEAN Skills Competition di Hanoi, Vietnam telah mengharumkan nama JTMK PMS. Tee Wan Chin telah ditemani oleh En. Asyran. En. Asyran dan Pn. Safiani juga terlibat dalam penyertaan pameran inovasi di Seoul, Korea Selatan.

 Di Hanoi, Vietnam.

Di Seoul, Korea Selatan.

Sememangnya kejayaan ini menjadi kebanggaan warga JTMK PMS. Semoga pada tahun 2015 nanti, akan ada lebih banyak lagi kejayaan yang gemilang.


TAHNIAH

Pada tahun 2014, beberapa orang kakitangan JTMK PMS menerima kelahiran cahaya mata baru. Berikut adalah kakitangan yang menerima cahaya mata baru sepanjang 2014;
  • En. Riki Riswandi
  • En. Azrin Azli & Pn. Fatimah Zahra
  • Pn. Nik kHairul Bariyyah
  • Pn. Rosuzaini
  • En. Asyran & Pn. Safiani
  • En. Haris Fadillah & Pn. Roziyaliney
  • Pn. Nor Ain
Tahniah di atas kelahiran cahaya mata baru ini. Semoga keluarga JTMK PMS akan menjadi semakin besar.


SELAMAT TINGGAL & SELAMAT DATANG

Pada tahun 2014, hanya Pn. Norita menjadi satu-satunya pensyarah yang meninggalkan JTMK PMS. Pn. Norita kini bertugas di Kolej Komuniti Paya Besar, Kuantan. Semoga Pn. Norita sentiasa maju jaya.

Pada 2014 ini pula, JTMK PMS menerima 8 orang pensyarah baru, iaitu;
  • En. Azrin Azli Bin Suhaimi -Bertukar dari Politeknik Tuanku Syed Sirajudin, Perlis
  • Pn. Fatimah Zahra Binti W. Razali - Bertukar dari Politeknik Tuanku Syed Sirajudin, Perlis
  • Pn. Faezah Binti Mohd Sa'oad - Bertukar dari Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang
  • Cik Norazila Binti Samuri - Bertukar dari Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang
  • Cik Nor Dalila Binti Abdullah - Pensyarah lantikan baru
  • Cik Maisatul Akma Binti Mat Tahir - Bertukar dari Kolej Komuniti Padang Terap, Kedah
  • Pn. Azra Binti Mohd Amirruddin - Bertukar dari Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang
  • En. Muzafar Bin Mat Yusof - Bertukar dari Kolej Komuniti Pekan, Pahang
Selamat datang diucapkan kepada semua.

Dengan segala aktiviti dan kejayaan yang dicapai sepanjang tahun 2014, tentu sekali kita mengharapkan kejayaan lebih gemilang bakal menyusul pada 2015 nanti. Bersama-samalah kita memajukan dan mengharumkan nama JTMK PMS.

Semoga 2015 menjadi gemilang untuk kita semua.

Selamat tinggal 2014...

Selamat datang 2015...






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AKTIVITI : Techcreavery Innovation Challange 2015...

Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) dengan kerjasama Malaysia Development Corportion (MDeC) telah menganjurkan TechCreavery Innovation Challange 2015 pada 12 dan 13 Oktober 2015 yang lalu. Program yang menghimpunkan projek akhir pelajar dari seluruh politeknik yang terlibat ini telah diadakan di MDeC, Cyberjaya. Pertandingan dimulakan dengan peringkat saringan yang telah diadakan melalui Youtube. Peserta dari seluruh politeknik perlu menyediakan video berkenaan projek mereka dan dimuat naik ke Youtube sebelum 3 Oktober 2015 untuk sesi penilaian. JTMK PMS telah memilih 4 kumpulan terbaik untuk menyertai program ini. Keempat-empat kumpulan ini telah berjaya melepasi sesi kelayakan melalui Youtube, dan sekaligus layak ke peringkat separuh akhir yang diadakan pada 12 Oktober 2015.  Senarai peserta separuh akhir mengikut kategori Beberapa aktiviti telah disediakan sepanjang program seperti kursus dan bengkel. JTMK PMS diwakili oleh 4 kumpulan pelajar semester akhir yang mem...

AKTIVITI : Majlis Perasmian Bilik Gerakan Kelab Teknologi Maklumat...

Pada 13 November 2018, Tuan Pengarah telah dijemput untuk merasmikan Bilik Gerakan Kelab Teknologi Maklumat (KTM). Bilik ini akan menjadi pusat gerakan utama bagi KTM. Tuan Pengarah telah menyempurnakan gimik pelancaran pada majlis tersebut. Majlis turut dihadiri Ketua jabatan, Ketua Program dan para pensyarah.

PENGUMUMAN : Senarai Nama Wakil Ke Hari Inovasi & Pelajar Yang Perlu Bentang Semula Projek...

Perhatian kepada pelajar DIP6, QIP6, & DIP5. Pihak JTMK telah memilih kumpulan dari kursus F5228 Project & FP621 Programming Project untuk mewakili JTMK ke Pertandingan Projek Akhir Pelajar sempena Hari Inovasi PMS 2012. Pihak penganjur telah menetapkan hanya 5 wakil dari setiap jabatan yang akan bertanding. Berikut adalah senarai nama pelajar yang terpilih ; Sehubungan dengan itu, satu sesi taklimat ringkas akan diadakan kepada pelajar yang terpilih. Berikut adalah maklumat bagi sesi taklimat tersebut; Tarikh   :  05 / 11 / 2012 Masa    :  3.30 petang Tempat :  Pejabat JTMK Setiap pelajar yang terpilih WAJIB hadir ke sesi taklimat kerana pertandingan akan diadakan pada 7 November 2012. Selain itu, pihak JTMK juga telah membuat keputusan untuk memanggil semula 9 kumpulan untuk membuat pembentangan semula projek mereka. Sesi pembentangan semula juga akan diadakan pada 07 November 2012. Berikut adalah senarai nama kumpulan yang...