Langkau ke kandungan utama

PENGUMUMAN : Maklumat Pertandingan Futsal & Bola Jaring Pelajar JTMK...

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, JTMK akan menganjurkan pertandingan futsal dan bola jaring antara kelas di kalangan pelajar JTMK. Berikut merupakan maklumat pertandingan;


  • Tarikh : 19 & 20 Jun 2013
  • Tempat : Kompleks Sukan, PMS
  • Masa : 9.00 pagi hingga 5.00 petang


Hadiah akan diberikan kepada Juara dan Naib Juara bagi setiap acara. Dan Juara pertandingan akan beraksi dalam perlawanan khas, iaitu menentang pasukan staff. Perlawanan khas itu akan diadakan selepas selesai perlawanan akhir.

Berikut pula adalah peraturan dan maklumat permainan bagi futsal dan bola jaring;


Futsal

  • Penyertaan adalah kepada pelajar lelaki JTMK PMS
  • Penyertaan adalah mengikut kelas masing-masing
  • Perlawanan melibatkan 5 sebelah. Setiap pasukan perlu mendaftar seramai 7 orang pemain (5 pemain utama, 2 pemain simpanan)
  • Jika pelajar lelaki dalam kelas tidak mencukupi, setiap kelas boleh menggunakan khidmat pemain import, iaitu pemain dari jabatan lain. Maksimum adalah seramai 2 pemain import dalam setiap pasukan. 
  • Perlawanan akan berlangsung selama 20 minit (10 minit separuh masa pertama, 10 minit separuh masa kedua)



Bola Jaring

  • Penyertaan adalah kepada pelajar perempuan JTMK PMS
  • Penyertaan adalah mengikut kelas masing-masing
  • Perlawanan melibatkan 7 sebelah. Setiap pasukan perlu mendaftar seramai 9 orang pemain (7 pemain utama, 2 pemain simpanan)
  • Pasukan bola jaring juga dibenarkan menggunakan khidmat pemain import, iaitu pemain dari jabatan lain. Maksimum adalah seramai 2 pemain import dalam setiap pasukan. 
  • Perlawanan akan berlangsung selama 14 minit (7 minit separuh masa pertama, 7 minit separuh masa kedua)


Sebarang persoalan dan permasalahan , sila rujuk kepada En. Abdullah Azraai dan En. Saiful Bahri.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AKTIVITI : Techcreavery Innovation Challange 2015...

Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) dengan kerjasama Malaysia Development Corportion (MDeC) telah menganjurkan TechCreavery Innovation Challange 2015 pada 12 dan 13 Oktober 2015 yang lalu. Program yang menghimpunkan projek akhir pelajar dari seluruh politeknik yang terlibat ini telah diadakan di MDeC, Cyberjaya. Pertandingan dimulakan dengan peringkat saringan yang telah diadakan melalui Youtube. Peserta dari seluruh politeknik perlu menyediakan video berkenaan projek mereka dan dimuat naik ke Youtube sebelum 3 Oktober 2015 untuk sesi penilaian. JTMK PMS telah memilih 4 kumpulan terbaik untuk menyertai program ini. Keempat-empat kumpulan ini telah berjaya melepasi sesi kelayakan melalui Youtube, dan sekaligus layak ke peringkat separuh akhir yang diadakan pada 12 Oktober 2015.  Senarai peserta separuh akhir mengikut kategori Beberapa aktiviti telah disediakan sepanjang program seperti kursus dan bengkel. JTMK PMS diwakili oleh 4 kumpulan pelajar semester akhir yang mem...

AKTIVITI : Majlis Perasmian Bilik Gerakan Kelab Teknologi Maklumat...

Pada 13 November 2018, Tuan Pengarah telah dijemput untuk merasmikan Bilik Gerakan Kelab Teknologi Maklumat (KTM). Bilik ini akan menjadi pusat gerakan utama bagi KTM. Tuan Pengarah telah menyempurnakan gimik pelancaran pada majlis tersebut. Majlis turut dihadiri Ketua jabatan, Ketua Program dan para pensyarah.

AKTIVITI : Kejayaan JTMK PMS Di Pertandingan Inovasi...

JTMK PMS telah menyertai 2 pertandingan inovasi yang melibatkan projek akhir pelajar pada Mac dan Mei. Kedua-dua penyertaan ini telah menghasilkan keputusan yang cukup cemerlang. I-Compex 2017 Program  :  National Innovation and Invention Competition through Exhibition 2017 (I-COMPEX) Tarikh     :  22-23 Mac 2017 Tempat    :  Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah Peserta    : Produk : iCar Lock           Pelajar :                    1) Umi Amira Azhar (DIP)                    2) Nur Zafira Jamil (DIP)           Penyelia : Pn. Roziyaliney Muhammad Produk : iHomestay           Pelajar :      ...