Langkau ke kandungan utama

AKTIVITI : Majlis Bersama Jabatan - JTMK Sihat...

Pada 12 Disember 2014, JTMk telah menganjurkan Majlis Bersama Jabatan bagi semu apelajar dan pensyarah JTMK. Program dibahagikan kepada 2 slot, iaitu slot pagi dengan permainan bola tampar dan slot petang dengan taklimat dari pihak JTMK.

Para pelajar berkumpul di Kompleks Sukan sejam pukul 8 pagi. Program dimulakan dengan taklimat ringkas dari Pengarah Program, En. Haris dan diikuti dengan ucapan Ketua Jabatan. Sebelum memulakan pertandingan bola tampar, sedikit senaman ringkas dikendalikan oleh En. Haris.

Tahniah kepada EIP3 A dan DNS3 A kerana menjadi juara bagi acara lelaki dan perempuan. Tahniah sekali lagi kepada EIP3 A kerana menjadi Juara Keseluruhan setelah mencampur kiraan mata kategori lelaki dan perempuan.

Pada sebelah petang, majlius taklimat dimulakan dengan bacaan doa dari En. Muzafar. Ketua Jabatan, Pn. Zamra telah menyampaikan ucapan aluannya dan diikuti dengan taklimat daripada Ketua Program DIP, Pn. Harzulaili. Diikuti pula dengan taklimat disiplin oleh En. Haris. Program diakhiri dengan penyampaian hadiah bagi pertandingan bola tampar yang diadakan di sebelah pagi.

Tahniah kepada semua pemenang. Terima kasih kepada semua yang telah memeriahkan acara Majlis Bersama Jabatan kali ini.

Berikut antara gambar yang sempat dirakam sepanjang program berlangsung;























































































































Ulasan

  1. Masuk separuh akhir tp dpt saguhati.. mcm mana tu? cer komen..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AKTIVITI : Kejayaan JTMK PMS Di Pertandingan Inovasi...

JTMK PMS telah menyertai 2 pertandingan inovasi yang melibatkan projek akhir pelajar pada Mac dan Mei. Kedua-dua penyertaan ini telah menghasilkan keputusan yang cukup cemerlang. I-Compex 2017 Program  :  National Innovation and Invention Competition through Exhibition 2017 (I-COMPEX) Tarikh     :  22-23 Mac 2017 Tempat    :  Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah Peserta    : Produk : iCar Lock           Pelajar :                    1) Umi Amira Azhar (DIP)                    2) Nur Zafira Jamil (DIP)           Penyelia : Pn. Roziyaliney Muhammad Produk : iHomestay           Pelajar :      ...

AKTIVITI : Techcreavery Innovation Challange 2015...

Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) dengan kerjasama Malaysia Development Corportion (MDeC) telah menganjurkan TechCreavery Innovation Challange 2015 pada 12 dan 13 Oktober 2015 yang lalu. Program yang menghimpunkan projek akhir pelajar dari seluruh politeknik yang terlibat ini telah diadakan di MDeC, Cyberjaya. Pertandingan dimulakan dengan peringkat saringan yang telah diadakan melalui Youtube. Peserta dari seluruh politeknik perlu menyediakan video berkenaan projek mereka dan dimuat naik ke Youtube sebelum 3 Oktober 2015 untuk sesi penilaian. JTMK PMS telah memilih 4 kumpulan terbaik untuk menyertai program ini. Keempat-empat kumpulan ini telah berjaya melepasi sesi kelayakan melalui Youtube, dan sekaligus layak ke peringkat separuh akhir yang diadakan pada 12 Oktober 2015.  Senarai peserta separuh akhir mengikut kategori Beberapa aktiviti telah disediakan sepanjang program seperti kursus dan bengkel. JTMK PMS diwakili oleh 4 kumpulan pelajar semester akhir yang mem...

AKTIVITI : Digital Innovation & Creativity Exibition 2018 (DICE2018)...

JTMK telah menganjurkan Digital innovation & Creativity Exibition 2018 (DICE2018). DICE merupakan projek yang dianjurkan bagi membolehkan para pelajar kursus DFT6014 INTEGRATED PROJECT membentangkan produk bagi projek akhir mereka. DICE 2018 telah diadakan pada 27 September 2018 di Tingkat 1, Perpustakaan Siber PMS.DICE perupakan penjenamaan semula Program Pembentangan Projek Akhir Pelajar (sebelum ini dikenali sebagai ITEX). Setiap kumpulan pelajar akan dinilai oleh 2 orang panel. Panel pertama adalah pensyarah JTMK sendiri. Manakala panel kedua adalah panel yang dijemput khas daripada industri dan universiti. Panel yang dijemput adalah; Dr. Mohd Hazeli Bin Mohamed Zabil Pensyarah Kanan Kejuruteraan Perisian, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Wakil IEEE Malaysia Society, Computer Chapter En. Mutahir Bin Mohamed Ariff Pensyarah Jabatan Grafik & Multimedia, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Muhammad Shakirin Bin Samin Wakil syarikat Amtis Solution Sdn. ...