Langkau ke kandungan utama

AKTIVITI : CISCO Netriders Malaysia 2014 Competition

Untuk makluman warga PMS, Program DNS JTMK PMS telah menghantar pasukan Netriders PMS 2014 ke Pertandingan CISCO Netriders Malaysia 2014 yang berlansung di TATI University College pada 10 Mei 2014 yang lalu.

Seramai 8 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar DNS semester 3 dan 5 telah menyertai pertandingan ini yang merupakan platform bagi menguji kemahiran pelajar dalam bidang rangkaian dari IPT seluruh Malaysia.

Berikut merupakan keputusan akhir:

Kategori Degree (CCNA)
  Champion - TAR UC
First Runner Up - UM
Second Runner Up - UTAR

Kategori Diploma (CCENT)
Champion - Politeknik Mukah Sarawak
First Runner Up - GMI
Second Runner Up - Kolej Yayasan Pelajaran Mara

Kategori Instructor (NetExcellence)
Champion - UITM
First Runner Up - Politeknik Muadzam Shah (Norwahida Saamri)

Meskipun Pasukan Netriders PMS gagal untuk mendapat sebarang tempat dalam kategori degree dan diploma, tetapi kami berbangga dengan kejayaan PMU yang berjaya menggondol Juara bagi kategori Diploma.

Kehadiran kami sebagai Kontinjen Politeknik Semalaysia yang terdiri dari pasukan PMS, PMU, PKS, PSP, PUO, PSIS, dan PTSS banyak memberi impak positif kepada kami sendiri khususnya, dan juga membuka mata warga IPT lain secara amnya akan cabaran yang mampu kami berikan. 

Pengalaman yang diperolehi amat berharga buat pelajar dalam meneruskan minat mereka dalam bidang rangkaian, dan mempersiapkan diri mereka untuk menghadapi cabaran yang mendatang.

Pasukan Netriders PMS 2014 ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat Pengarah, TPA, TPSA, KJ JTMK, KP DNS, warga JTMK, Hal Ehwal Pelajar (yang telah menaja Pasukan Netriders PMS 2014), dan seluruh warga PMS akan sokongan padu yang diberikan.

Semoga Pasukan Netriders PMS akan mendapat kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

Terima kasih.

~Netriders PMS 2014~
 


 
 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AKTIVITI : Kejayaan JTMK PMS Di Pertandingan Inovasi...

JTMK PMS telah menyertai 2 pertandingan inovasi yang melibatkan projek akhir pelajar pada Mac dan Mei. Kedua-dua penyertaan ini telah menghasilkan keputusan yang cukup cemerlang. I-Compex 2017 Program  :  National Innovation and Invention Competition through Exhibition 2017 (I-COMPEX) Tarikh     :  22-23 Mac 2017 Tempat    :  Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah Peserta    : Produk : iCar Lock           Pelajar :                    1) Umi Amira Azhar (DIP)                    2) Nur Zafira Jamil (DIP)           Penyelia : Pn. Roziyaliney Muhammad Produk : iHomestay           Pelajar :      ...

AKTIVITI : Digital Innovation & Creativity Exibition 2018 (DICE2018)...

JTMK telah menganjurkan Digital innovation & Creativity Exibition 2018 (DICE2018). DICE merupakan projek yang dianjurkan bagi membolehkan para pelajar kursus DFT6014 INTEGRATED PROJECT membentangkan produk bagi projek akhir mereka. DICE 2018 telah diadakan pada 27 September 2018 di Tingkat 1, Perpustakaan Siber PMS.DICE perupakan penjenamaan semula Program Pembentangan Projek Akhir Pelajar (sebelum ini dikenali sebagai ITEX). Setiap kumpulan pelajar akan dinilai oleh 2 orang panel. Panel pertama adalah pensyarah JTMK sendiri. Manakala panel kedua adalah panel yang dijemput khas daripada industri dan universiti. Panel yang dijemput adalah; Dr. Mohd Hazeli Bin Mohamed Zabil Pensyarah Kanan Kejuruteraan Perisian, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Wakil IEEE Malaysia Society, Computer Chapter En. Mutahir Bin Mohamed Ariff Pensyarah Jabatan Grafik & Multimedia, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Muhammad Shakirin Bin Samin Wakil syarikat Amtis Solution Sdn. ...

PENGUMUMAN : Peta Lalu Lintas Hari Pendaftaran Pelajar Senior Sesi Jun 2016...

Pendaftaran Pelajar Senior JTMK Sesi Jun 2016 akan diadakan pada 16 Jun 2016. Pelajar akan mendaftar kamsis di Poly Biz Mall pada sebelah pagi dan daftar pengajian di jabatan pada sebelah petang. Sehubungan itu, bagi melancarkan perjalanan lalu lintas pada hari tersebut, mohon para pelajar senior yang terlibat untuk memaklumkan pada ibu bapa yang menghantar agar mematuhi arahan lalu lintas yang telah disediakan. Keseluruhan jalan di sekitar bangunan akademik dan kamsis akan diakses secara sehala sahaja. Ibu bapa boleh meletakkan kenderaan di kawasan yang telah ditetapkan. Berikut adalah peta perjalanan semasa hari pendaftaran berlangsung; Mohon untuk dimaklumkan kepada semua pelajar senior yang akan mendaftar agar dapat melancarkan perjalanan lalu lintas pada hari tersebut.