Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2012

Selamat Hari Raya AidilAdha 1433H / 2012M...

Saya mewakili warga kerja JTMK ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aldiladha 1433H / 2012M kepada semua warga PMS, khususnya pelajar JTMK. Semoga Aldiladha kali ini mengajar kita semua erti pengorbanan yang sebenar. InsyaALLAH...

AKTIVITI : Sesi Pembentangan Projek Ahir Pelajar...

Semalam telah diadakan sesi pembentangan projek akhir pelajar. Sesi pembentangan ini adalah untuk menilai sistem dan persembahan pelajar bagi projek akhir mereka melalui kursus F5228 Project & FP621 Programming Project... Seramai 33 kumpulan dari FP621 Programming Project dan 56 kumpulan dari F5228 Project yang terlibat dengan pembentangan. Ini merupakan jumlah terbanyak bagi sesi pembentangan yang diadakan oleh JTMK PMS. Proses penilaian berjalan dengan lancar. Disebabkan jumlah kumpulan yang banyak, proses penilaian berakhir agak lambat dari sepatutnya. Apa pun, semuanya dapat disiapkan juga. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Berikut adalah antara gambar sepanjang sesi pembentangan semalam...

PENGUMUMAN : Sesi Pembentangan Projek Akhir Pelajar...

JTMK akan menganjurkan sesi pembentangan projek akhir pelajar bagi kursus F5228 Project & FP621 Programming Projek seperti berikut; Tarikh : 23 Oktober 2012 (Selasa) Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang Tempat  Dewan Utama, PMS. Semua pelajar dijemput hadir bagi memeriahkan sesi pembentangan projek akhir ini.

PENGUMUMAN : Jadual Waktu Peperiksaan Akhir Sesi Jun 2012...

Berikut adalah jadual waktu peperiksaan akhir untuk sesi Jun 2012. Pelajar boleh menyemak tarikh dan masa kursus masing-masing kerana terdapat perubahan untuk beberapa kursus yang terlibat. Pastikan pelajar tidak terkeliru bagi mengelak masalah pada hari peperiksaan. Harap maklum...