Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Ucapan

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2016M/1437H...

Kami warga JTMK PMS ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2016M/1437H pada semua pelajar dan kakitangan PMS, khususnya JTMK. Semoga Aridilfitri kali ini meninggalkan sejuta kenangan terindah buat kita semua. Ada mata pandanglah keindahan, Ada mulut berbudilah pertuturan, Ada hati berilah kesayangan, Ada salah dan silap sudilah maafkan. Terlebih bisa tutur bicara, Disimpan jangan ampun dipinta, Syawal dinanti kan kunjung tiba, Ikhlas dari kami yang kacak & jelita. Selamat Hari Raya Aidilfitri... Maaf Zahir Batin...

Selamat Datang Puan Atijah...

Warga JTMK PMS ingin mengucapkan selamat datang kepada Puan Atijah Binti Marsithi, Ketua Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi yang baru. Puan Atijah telah memulakan tugas rasminya pada 14 Mac 2016. Untuk makluman, Puan Atijah adalah Pensyarah DH48 yang sebelum ini berkhidmat di Politeknik Merlimau Melaka. Semoga kedatangan Puan Atijah akan dapat membantu memacu kejayaan yang lebih gemilang untuk JTMK PMS. Diharapkan juga semua warga JTMK dapat memberi kerjasama dan komitmen yang baik untuk sama-sama memajukan lagi JTMK. Tidak dilupakan, ucapan jutaan terima kasih kepada Puan Harzulaili yang telah memangku tanggungjawab sebagai Ketua Jabatan selama hampir setahun ini. Segala khidmat Puan Harzulaili sangat-sangat dihargai. Terima kasih sekali lagi.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1436H/2015M...

Saya mewakili seluruh warga kerja JTMK ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pelajar JTMK PMS. Semoga Aidilfitri kali ini disambut dengan penuh kesyukuran. Selamat Hari Raya Aidilfitri... Maaf Zahir Batin...

Al-Fatihah MH17...

Kami mewakili warga JTMK PMS ingin mengucapkan takziah kepada keluarga dan saudara bagi mangsa tragedi MH17. Semoga semuanya tabah menghadapi dugaan ini. Al-Fatihah untuk semua mangsa beragama Islam. Takziah untuk mangsa bukan Islam.

Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Sesi Disember 2013...

Hari ini merupakan hari pertama Peperiksaan Akhir Sesi Disember 2013. Peperiksaan berlangsung dari 7 hingga 24 April 2014. Kami dari warga JTMK PMS ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan. Semoga semua pelajar JTMK PMS dapat menjawab setiap soalan dengan baik dan tepat. Pastikan anda bersedia sepenuhnya untuk menjawab peperiksaan kerana ianya penentu masa depan anda semua. Good luck.. Selamat berjaya...

Semoga Berjaya DNS...

Akhirnya, masa yang ditunggu telah tiba. Esok, 12 Mac 2014, akan menjadi titik tolak kepada kejayaan DNS JTMK PMS. InsyaAllah... Kami warga JTMK mengucapkan selamat berjaya kepada semua yang terlibat dengan Audit MQA yang akan berlangsung selama 2 hari bermula esok. Semoga kita mencapai akreditasi yang sempurna untuk program DNS. Selamat datang panel MQA... Selamat berjaya warga DNS JTMK PMS...

Selamat Datang Pelajar Baru JTMK PMS...

Kami di JTMK mengucapkan selamat datang kepada pelajar baru semester 1 DIP & DNS ke Politeknik Muadzam Shah. Pelajar mula mendaftar hari ini dan akan terlibat dengan sesi minggu suaikenal sehingga Jumaat. Sesi kuliah akan bermula minggu hadapan.

Selamat Pengantin Baru En. Asyran & Pn. Safiani...

Seluruh warga JTMK mengucapkan selamat pengantin baru kepada dua orang pensyarah JTMK, En. Asyran Zarizi dan Pn. Safiani. Mereka selamat diijabkabulkan pada 16 November 2013, dan majlis persandingan pada 17 November 2013. Semoga anda berdua berbahagia selamanya.  Selamat pengantin baru...

Selamat Bercuti....

Setelah 2 minggu mengharungi peperiksaan akhir bagi sesi Jun 2013, akhirnya pelajar JTMK PMS mula bercuti bermula hari ni. Banyakkan berdoa agar anda semua mendapat keputusan terbaik untuk peperiksaan kali ni. Gunakan cuti kali ini sebaik mungkin. Jaga keselamatan dan kesihatan diri. Jangan terlalu berseronok hingga memudaratkan diri. Banyakkan membantu keluarga. Bagi pelajar yang akan mengharungi semester akhir semester depan, anda boleh mula persiapan untuk projek akhir anda. Jangan terlalu banyak membuang masa sehingga mengabaikan keperluan anda dalam pelajar. Akhir sekali, bagi pelajar yang akan menamatkan pengajian mereka, kamii di JTMK PMS mengucapkan selamat maju jaya kepada semua. Gunakan ilmu yang anda dapat sebaik-baiknya. Jadilah insan yang berbakti pada ibu bapa, keluarga, dan masyarakat. Selamat bercuti...

Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir Sesi Jun 2013...

Kami warga JTMK PMS ingin mengucapkan selamat berjaya kepada semua pelajar JTMK PMS dalam menghadapi peperiksaan akhir bagi sesi Jun 2013. Semoga semua pelajar dapat menjawab soalan dengan baik.

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Saya mewakili seluruh keluarga JTMK ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf Zahir Batin kepada semua. Semoga Syawal kali ni memberi sejuta makna kepada kita semua. Hayati pengerti kemenangan yang sebenar dalam perjuangan kita. Selamat Hari Raya... Maaf Zahir Batin...

Selamat Datang Pengarah Baru PMS...

Seperti yang semua sedia maklum, Puan Norlida telah bertukar ke Politeknik Metro Kuantan, dan 15 Julai adalah hari terakhir beliau sebagai Pengarah PMS. Kami di JTMK PMS mengucapkan selamat maju jaya kepada Puan Norlida dan terima kasih atas khidmat beliau selama ini. Kami juga mengalu-alukan kedatangan En. Wan Muhammad Afifi Bin Wan Abdullah ke Politeknik Muadzam Shah. En. Wan Muhammad Afifi adalah Pengarah PMS yang baru berkuatkuasa 16 Julai 2013, dan beliau akan mula berada di PMS pada 17 Julai 2013. Semoga En. Wan Muhammad Afifi selesa berada di PMS. Selamat menjalankan tugas kami ucapkan kepada Pengarah PMS yang baru.

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak....

Saya mewakili warga kerja JTMK PMS ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1434H / 2013M kepada semua pelajar JTMK. Semoga Ramadhan kali ini memberi sejuta keberkatan untuk kita semua. Salam Ramadhan....

Jerebu : Jaga Kesihatan Diri...

Jerebu yang melanda Muadzam Shah ketika ini boleh mendatangkan masalah kesihatan kepada semua. Sehubungan itu, setiap pelajar perlu sentiasa menjaga kesihatan diri dan patuh kepada arahan yang diberikan.