Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2012

AKTIVITI : Taklmat Sesi Pembentangan Akhir Projek Akhir Pelajar...

Semalam, 25/09/2012, telah diadakan taklimat khas mengenai sesi pembentangan akhir untuk projek akhir pelajar. Taklimat yang diadakan di DKU itu disampaikan oleh Pn. Rabi'atul Adawiyyah. Antara maklumat yang disampaikan adalah mengenai sesi pembentangan akhir nanti. Pelajar diterangkan mengenai perjalanan program dan keperluan yang perlu disediakan oleh pelajar. Selain itu, pelajar juga diterangkan mengenai format dan cara penulisan laporan akhir projek mereka. Pelajar ditunjukkan contoh laporan dan juga dokumen yang berkaitan. Secara keseluruhan sesi taklimat ini berjalan lancar dan kehadiran pelajar adalah memuaskan.

PENGUMUMAN : Lawatan Industri Ke Stesyen Satelit Bumi TM Kuantan...

JTMK akan mengadakan lawatan industri ke Stesyen Satelit Bumi TM di Kuantan. Berikut adalah maklumat lawatan : Tarikh : 4 Oktober 2012 Lokasi : Stesyen Satelit Bumi TM di Beserah, Kuantan. Peserta : 40 orang pelajar dari DIP3 S1, DIP3S2, & DNS3S1 Masa berkumpul : 6.15 pagi Lokasi berkumpul : Hadapan Pusat Islam Sehubungan dengan itu, di sini saya paparkan senarai nama pelajar yang terlibat dengan lawatan industri tersebut. PROGRAM NO. PENDAFTARAN NAMA DIP3 S1 19DIP11F1001 SYAHIRA HILAL BT ALI SHAFUDDIN DIP3 S1 19DIP11F1006 ERIC LAU WAN KWAN DIP3 S1 19DIP11F1007 RAJA NOR AMIRAH BINTI RAJA HUSSIN DIP3 S1 19DIP11F1011 HAFIZUDDIN BIN ROSLAN  DIP3 S1 19DIP11F1016 ZULAIKHA BT SAMSUDIN DIP3 S1 19DIP11F1028 NUR SHARIZZA BT YUSRI DIP3 S1 19DIP11F1053 MUHAMAD NURSYAFIQ BIN BAKARUDDIN DIP3 S1 19DIP11F1054 NUR IZZATI BINTI ABD AZIZ DIP3 S1 19DIP11F1061

PENGUMUMAN : Sesi Pembentangan Akhir Projek Pelajar...

Perhatian kepada semua pelajar semester 5 & 6 JTMK yang mengambil kursus FP621 Programming Project & F5228 Project. Sesi pembentangan akhir projek pelajar akan diadakan pada 23 Oktober 2012 . Oleh itu, pelajar diingatkan untuk bersedia dari sekarang, terutamanya projek anda yuang lengkap sepenuhnya menjelang sesi pembentangan nanti. Diingatkan juga kepada pelajar untuk tidak pulang awal ke kampung pada minggu pembentangan akhir tersebut. Sehubungan dengan itu, satu sesi taklimat khas akan diadakan bagi menerangkan mengenai sesi pembentangan itu nanti. Berikut adalah maklumat untuk taklimat khas ; Tarikh : 25 September 2012 Masa : 3.00 petang (Waktu perjumpaan bersama penyelia) Tempat : Dewan Kuliah Utama (DKU). Kehadiran pelajar adalah WAJIB . Kedatangan akan diambil.

Tahniah ! Misi Derma Darah Berjaya...

Tahniah buat warga PMS, terutamanya pelajar JTMK yang terlibat dengan Derma Darah Perdana hari ini. PMS telah berjaya mencapai target 160 orang penderma darah untuk hari ni apabila jumlah terakhir ialah 162 orang.