Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2017

AKTIVITI : Pembentangan Akhir Projek Pelajar Sesi Jun 2017...

Pelajar-pelajar semester akhir JTMK yang mengikuti kursus DFT6124 Project telah terlibat dengan sesi pembentangan akhir projek pelajar pada 19 September 2017 yang lalu. Seramai 63 kumpulan pelajar dari program DIP & DNS telah membentangkan projek akhir mereka di Tingkat 1, Perpustakaan Siber PMS. Pelbagai bentuk projek telah dibangunkan dan dibentangkan bagi memenuhi kriteria pemarkahan bagi kursus DFT6124 Project. Pelajar dinilai oleh 2 orang pensyarah yang terlibat sebagai panel penilai. Kumpulan yang terbaik akan membentangkan kembali projek mereka di hadapan panel khas pada minggu berikutnya. Berikut antara gambar semasa sesi pembentangan diadakan.

AKTIVITI : Kursus CISCO IT Essentials...

JTMK PMS dengan kerjasama Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) telah menganjurkan Kursus CISCO IT Essentials pada 11 hingga 15 September 2017. Seramai 30 pelajar JTMK dari politeknik seluruh Malaysia telah berkumpul selama 5 hari bagi mengikuti kursus ini. Pelajar diajar tentang asas komputer sepertimana yang telah terkandung dalam silibus DFC0133 Introduction To Computer System. Selain teori, pelajar juga ditunjukkan dengan cara kerja dan praktikal bagi asas baik pulih komputer. Para pelajar juga akan dinilai berdasarkan ujian yang perlu dijawab. Pelajar juga diberi sijil khas bagi yang berjaya lulus dalam peperiksaan khas yang diadakan.

AKTIVITI : JTMK Open Day Sesi Jun 2017...

Seperti semester sebelumnya, JTMK telah menganjurkan JTMK Open Day Sesi Jun 2017 pada 24 Ogos 2017 yang lalu. Program yang melibatkan gerai jualan ini telah berlangsung di perkarangan JTMK. Lebih 40 kumpulan yang terdiri daripada pelajar semester 3 dan 5 ini telah terlibat dengan gerai jualan. Mereka juga dinilai bagi kursus Cyberpreneurship. Penganjuran kali ini juga telah dimeriahkan dengan acara sampingan seperti anugerah gerai terbaik dan juga cabutan bertuah. Penganjuran program ini semakin mendapat perhatian dikalangan para pelajar PMS, khususnya JTMK sendiri. Ini dapat dilihat dengan sambutan yang begitu menggalakkan dari para pengunjung.Malah, rata-rata pengunjung memuji penganuran yang dilihat meriah dengan pelbagai bentuk barangan jualan. Semoga program JTMK Open Day akan sentiasa mendapat sambutan di semester-semester akan datang.

AKTIVITI : Teknousahawan Siri 2/2017...

Pada 22 & 23 Ogos lalu, JTMK PMS telah menganjurkan program Teknousahawan Siri 2/2017. Program taklimat ini telah diadakan di DKU PMS dan melibatkan pelajar yang mengambil kursus Cyberpreneurship. Taklimat telah disampaikan oleh pihak industri yang dijemput khas oleh pihak jabatan, iaitu YM Tengku Kamarulzaman Bin Tengku Mahmud Muhyidin. Antara fokus utama dalam program taklimat ini adalah mengenai pemasaran melalui internet. Pelajar diterangkan dan diajar cara yang berkesan untuk membuat promosi dan pemasaran menggunakan medium internet. Selain itu, pelajar juga berkesempatan membuat beberapa latihan sepertimana yang diterangkan oleh penceramah. Semoga program ini dapat memberi input tambahan kepada para pelajar, malah mampu membuka peluang untuk para pelajar yang berminat untuk aktif dalam bidang keusahawanan.

AKTIVITI : Majlis Anugerah AKJ & Sambutan Aidilfitri JTMK 2017...

Pada 20 Julai 2017 yang lalu, JTMK PMS telah menganjurkan Majlis Anugerah AKJ & Sambutan Aidilfitri JTMK 2017. Majlis yang diadakan di Foyer JTMK ini dianjurkan dengan begitu meriah. Majlis dimulakan dengan penyampaian sijil untuk penerima anugerah AKJ bagi sesi Disember 2016. Seramai 50 orang pelajar telah diraikan dalam majlis yang disempurnakan sendiri Ketua Jabatan JTMK, Puan Atijah Marsithi. Selesai majlis anugerah AKJ, para pelajar terus diaraikan dengan sambutan Aidilfitri peringat jabatan. Setiap kelas telah menyediakan pelbagai juadah yang berbeza. Disamping enu utama yang disediakan oleh pihak jabatan, pelajar juga dapat merasa makanan dari kelas-kelas berlainan. Majlis turut diserikan dengan hadiah gerai tercantik. Hadiah telah dimenangi oleh pelajar DNS5 B. Tahniah diucapkan kepada pelajar yang telah mendapat anugerah AKJ. Moga semua pelajar dapat meneruskan kecemerlangan yang telah dicapai.

AKTIVITI : Career Awareness Roadshow...

Pada 14 Julai 2017 yang lalu, pihak JTMK PMS bersama-sama dengan Malaysia Digital Economic Corporation (MDEC) telah menganjurkan Career Awareness Roadshow. Program sehari ini telah diadakan di Dewan Kuliah Utama (DKU). Majlis telah dirasmikan oleh Pengarah PMS, Encik Wan Muhammad Afifi. Roadshow ini telah menjemput beberapa pihak dari industri untuk berkongsi dengan wakil pelajar semester 2 hingga 5 JTMK PMS berkaitan dengan industri IT dan digital yang boleh diterokai oleh para pelajar. Segala perkongsian ini nyata sekali telah memberi banyak input berguna kepada para pelajar, terutamanya bagi mereka yang akan menamatkn pengajian diploma mereka tidak lama lagi. Semoga segala input yang disampaikan dapat dipraktikkan oleh pelajar nanti.

AKTIVITI : Bengkel Web Technology...

JTMK PMS telah menganjurkan Bengkel Web Technology pada 11 & 12 Julai 2017 yang lalu. Bengkel ini melibatkan pelajar yang mengambil kurus pengaturcaraan web. Penceramah jemputan pada bengkel ini adalah pihak rakan industri JTMK PMS, Durian Tunggal Solution. Seramai 3 orang penceramah yang diketuai oleh saudara Mohd Syahmi telah mengelolakan bengkel dengan menarik. Bengkel yang berlansung selama 2 hari ini nyata berjaya menarik minat pelajar dalam mempelajari ilmu baru melalui cara penyampaian yang berbeza. Rata-rata pelajar yang terlibat menunjukkan maklum balas yang baik sepanjang program berlangsung. Terima kasih diucapkan kepada pihak Durian Tunggal Solution atas ilmu yang dikongsikan bersama pelajar yang terlibat. Semoga akan ada peluang lagi aktiviti menarik dianjurkan bersama-sama dengan pihak Durian Tunggal Solution.  

AKTIVITI : Durian Tunggal Solution Sebagai Rakan Industri JTMK PMS...

Pada 11 Julai 2017, JTMK PMS telah menyampaikan sijil pengiktirafan sebagai rakan industri kepada syarikat IT, Durian Tunggal Solution. Durian Tunggal Solution dipilih sebagai rakan industri kepada program pengajian Diploma Digital Teknologi (DDT) JTMK PMS. Majlis penyampaian sijil ini telah disempurnakan oleh Pengarah. Sijil diserahkan kepada CEO Durian Tunggal Solution sendiri, iaitu saudara Mohd Syahmi. Saudara Syahmi adalah Alumni JTMK PMS. Beliau merupakan pelajar DIP bagi sesi 2010-2012. Beliau sememangnya dikenali kerana sumbangannya kepada politeknik sepanjang belajar di PMS. Sekarang, beliau baru sahaja menamatkan pengajian ijazahnya di UTeM, Melaka dan pada masa yang sama telah berjaya membangunkan syarikat IT miliknya bersama-sama rakan-rakan lain. Semoga kerjasama yang terjalin di antara JTMK PMS dan Durian Tunggal Solution ini dapat memberi input dan impak yang berguna kepada para pelajar JTMK PMS, khususnya pelajar program DDT.

AKTIVITI : Kejayaan JTMK PMS Di Cabaran Inovasi Inklusif...

Pada 16 & 17 Mei yang lalu, JTMK PMS telah berjaya terpilih untuk ke peringkat akhir Cabaran Inovasi Inklusif 2017 Zon Pantai Timur bersempena Program Berimpak Tinggi 6 (HIP6) - Inovasi Inklusif Anjuran Yayasan Inovasi Malaysia di Kuala Terengganu. JTMK PMS menghantar 2 kumpulan projek iaitu Frinklec dan PH Meter Sensor bagi kategori IPTA/IPTS. Selepas selesai sesi penilaian, kumpulan Frinklec telah dinobatkan pemenang tempat ketiga bagi kategori IPTA/IPTS. Mereka membawa pulang trofi, sijil dan wang berjumlah RM1000. Ini adalah satu pencapai yang membanggakan, terutama selepas mereka juga berjaya membawa pulang hadiah minggu lalu di I-RIA UUM. Berikut adalah nama ahli kumpulan Frinklec yang berjaya mendapat tempat ketiga. Produk : FrinkleC           Pelajar :                        1) Nadia Syahira binti Zohari                        2) Faiezah binti Marmin                        3) Siti Norzinxie Binti Azman           Penyelia :                          Pn. Nik Khair

AKTIVITI : Kejayaan JTMK PMS Di Pertandingan Inovasi...

JTMK PMS telah menyertai 2 pertandingan inovasi yang melibatkan projek akhir pelajar pada Mac dan Mei. Kedua-dua penyertaan ini telah menghasilkan keputusan yang cukup cemerlang. I-Compex 2017 Program  :  National Innovation and Invention Competition through Exhibition 2017 (I-COMPEX) Tarikh     :  22-23 Mac 2017 Tempat    :  Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah Peserta    : Produk : iCar Lock           Pelajar :                    1) Umi Amira Azhar (DIP)                    2) Nur Zafira Jamil (DIP)           Penyelia : Pn. Roziyaliney Muhammad Produk : iHomestay           Pelajar :                    1) Umi Amira Azhar (DIP)                    2) Nurzarinah Zakaria (DIP)           Penyelia : Cik Rafizah Ab Rahman Produk : Light LED Controler (LiLeC)           Pelajar :                    1) Noor Diana Zolkeple (DNS)                    2) Mazmie fairuza syahira binti azmi (DNS)                    2) Shaza Athirah Mohd Isa (DNS)      

AKTIVITI : JTMK Open Day (Siri 1) 2017..

JTMK telah menganjurkan JTMK Open Day (Siri 1) 2017 pada 16/02/2017 di perkarangan JTMK. Seramai lebih 120 pelajar melalui 41 buah gerai telah menyediakan pelbagai jenis produk jualan sepanjang program berlangsung. Selain itu, cabutan bertuah serta hadiah juga disediakan kepada pelajar yang terlibat. Pelbagai gerai jualan telah menarik minat warga PMS untuk sama-sama hadir memeriahkan program yang dianjurkan ini. Program turut dilawati oleh Ahli Mesyuarat Pengurusan (AMP) PMS, yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Akademik, Tn. Hj. Nor Rahim. Rata-rata pengunjung memberikan komen positif terhadap penganjura kali ini yang dilihat lebih meriah berbanding sebelum ini. Walaupun dalam suasana hujan sedikit, ini tidak menghalang para pelajar untuk meningkatkan kemahiran berniaga mereka melalui pelbagai bentuk promosi yang menarik. Terima kasih kepada semua yang telah sama-sama menjayakan program ini. Semoga program ini akan terus dianjurkan pada masa akan datang. Berikut adalah antar

PENGUMUMAN : JTMK Open Day (Siri 1) 2017...

JTMK akan menganjurkan Open Day (Siri 1) 2017 seperti berikut; Tarikh : 16 Februari 2017 (Khamis) Masa : 9.00 pagi hingga 3.00 petang Tempat : Foyer JTMK Seramai 120 orang pelajar yang mengikuti kursus Cyberpreneurship akan membuka gerai dan menjual pelbagai jenis barangan dan makanan. Sebanyak 41 buah gerai akan disediakan. Semua pihak dijemput untuk hadir bagi sama-sama memeriahkan hari open Day (Siri 1) 2017 . Berikut adalah antara poster promosi yang disediakan pelajar.

JTMK Terbaik 2016...

Tahun 2016 akan kekal diingati sebagai tahun berjaya untuk JTMK PMS. Pelbagai kejayaan telah dirangkul sepanjang tahun 2016. Berikut adalah antara aktiviti yang telah dilaksanakan dan kejayaan yang dicapai. AKTIVITI JTMK Open Day Ideation & Innovation Workshop and iMSC 2016- IHL MSC Malaysian Startup Challenge JTMK IT Exibition (ITEx) Techcreavery 2016 PENCAPAIAN 1 ) Sukan Politeknik Muadzam Shah (Sukmas) Tarikh : Sepanjang Februari dan Mac 2016 Tempat : Kompleks Sukan PMS Pencapaian : Juara Keseluruhan (24 Emas, 16 Perak, 18 Gangsa = 298 Mata) Olahragawan dan Olahragawati Sukmas 2 ) Ideation & Innovation Workshop and iMSC 2016- IHL MSC Malaysian Startup Challenge Tarikh : 29 Jun 2016 Tempat : Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC), Cyberjaya Pencapaian :  Tempat ke-2 dan ke-5 3 ) Techcreavery 2016 Tarikh : 17 - 18 Oktober 2016 Tempat : MDEC, Cyberjaya Pencapaian :  Johan kategori Hardware Johan Kategori ICON