Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2015

AKTIVITI : Lawatan Industri Ke Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM)...

Pada 27 Ogos yang lalu, satu lawatan industri telah diadakan ke Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM) di Kuala Lumpur. Seramai 27 orang pelajar dari DIP dan DNS telah terlibat dengan lawatan ini. Antara maklumat yang boleh digunakan oleh pelajar adalah mengenai fungsi ARSM itu sendiri, terutamanya dari segi penggunaan satelit terhadap kemajuan industri tertentu di Malaysia. Banyak input baru boleh digunakan oleh para pelajar, terutamanya bagi membantu pemahaman mereka dalam membangunkan projek akhir pelajar. Berikut antara gambar yang sempat dirakam sepanjang lawatan berlangsung;

AKTIVITI : Pembentangan Proposal Projek Akhir Pelajar...

Pada 20 Ogos yang lalu, telah diadakan sesi pembentangan proposal projek akhir pelajar bagi kursus FP521 Project Analysis & Design dan FN521 Network Project Analysis & Design. Kira-kira 54 kumpulan pelajar DIP dan DNS terlibat dengan pembentangan ini. Berikut adalah antara gambar yang sempat dirakamkan sepanjang sesi pembentangan berlangsung;