Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2017

AKTIVITI : Majlis Anugerah AKJ & Sambutan Aidilfitri JTMK 2017...

Pada 20 Julai 2017 yang lalu, JTMK PMS telah menganjurkan Majlis Anugerah AKJ & Sambutan Aidilfitri JTMK 2017. Majlis yang diadakan di Foyer JTMK ini dianjurkan dengan begitu meriah.

Majlis dimulakan dengan penyampaian sijil untuk penerima anugerah AKJ bagi sesi Disember 2016. Seramai 50 orang pelajar telah diraikan dalam majlis yang disempurnakan sendiri Ketua Jabatan JTMK, Puan Atijah Marsithi.

Selesai majlis anugerah AKJ, para pelajar terus diaraikan dengan sambutan Aidilfitri peringat jabatan. Setiap kelas telah menyediakan pelbagai juadah yang berbeza. Disamping enu utama yang disediakan oleh pihak jabatan, pelajar juga dapat merasa makanan dari kelas-kelas berlainan. Majlis turut diserikan dengan hadiah gerai tercantik. Hadiah telah dimenangi oleh pelajar DNS5 B.

Tahniah diucapkan kepada pelajar yang telah mendapat anugerah AKJ. Moga semua pelajar dapat meneruskan kecemerlangan yang telah dicapai.



AKTIVITI : Career Awareness Roadshow...

Pada 14 Julai 2017 yang lalu, pihak JTMK PMS bersama-sama dengan Malaysia Digital Economic Corporation (MDEC) telah menganjurkan Career Awareness Roadshow. Program sehari ini telah diadakan di Dewan Kuliah Utama (DKU). Majlis telah dirasmikan oleh Pengarah PMS, Encik Wan Muhammad Afifi.

Roadshow ini telah menjemput beberapa pihak dari industri untuk berkongsi dengan wakil pelajar semester 2 hingga 5 JTMK PMS berkaitan dengan industri IT dan digital yang boleh diterokai oleh para pelajar. Segala perkongsian ini nyata sekali telah memberi banyak input berguna kepada para pelajar, terutamanya bagi mereka yang akan menamatkn pengajian diploma mereka tidak lama lagi. Semoga segala input yang disampaikan dapat dipraktikkan oleh pelajar nanti.



AKTIVITI : Bengkel Web Technology...

JTMK PMS telah menganjurkan Bengkel Web Technology pada 11 & 12 Julai 2017 yang lalu. Bengkel ini melibatkan pelajar yang mengambil kurus pengaturcaraan web. Penceramah jemputan pada bengkel ini adalah pihak rakan industri JTMK PMS, Durian Tunggal Solution. Seramai 3 orang penceramah yang diketuai oleh saudara Mohd Syahmi telah mengelolakan bengkel dengan menarik.

Bengkel yang berlansung selama 2 hari ini nyata berjaya menarik minat pelajar dalam mempelajari ilmu baru melalui cara penyampaian yang berbeza. Rata-rata pelajar yang terlibat menunjukkan maklum balas yang baik sepanjang program berlangsung.

Terima kasih diucapkan kepada pihak Durian Tunggal Solution atas ilmu yang dikongsikan bersama pelajar yang terlibat. Semoga akan ada peluang lagi aktiviti menarik dianjurkan bersama-sama dengan pihak Durian Tunggal Solution.




AKTIVITI : Durian Tunggal Solution Sebagai Rakan Industri JTMK PMS...

Pada 11 Julai 2017, JTMK PMS telah menyampaikan sijil pengiktirafan sebagai rakan industri kepada syarikat IT, Durian Tunggal Solution. Durian Tunggal Solution dipilih sebagai rakan industri kepada program pengajian Diploma Digital Teknologi (DDT) JTMK PMS. Majlis penyampaian sijil ini telah disempurnakan oleh Pengarah. Sijil diserahkan kepada CEO Durian Tunggal Solution sendiri, iaitu saudara Mohd Syahmi.

Saudara Syahmi adalah Alumni JTMK PMS. Beliau merupakan pelajar DIP bagi sesi 2010-2012. Beliau sememangnya dikenali kerana sumbangannya kepada politeknik sepanjang belajar di PMS. Sekarang, beliau baru sahaja menamatkan pengajian ijazahnya di UTeM, Melaka dan pada masa yang sama telah berjaya membangunkan syarikat IT miliknya bersama-sama rakan-rakan lain.

Semoga kerjasama yang terjalin di antara JTMK PMS dan Durian Tunggal Solution ini dapat memberi input dan impak yang berguna kepada para pelajar JTMK PMS, khususnya pelajar program DDT.