Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2013

PENGUMUMAN : DERAF JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN AKHIR SESI JUN 2013...

Perhatian kepada semua pelajar JTMK. Pihak Penyelaras Peperiksaan JTMK telah memaparkan deraf jadual waktu peperiksaan akhir sesi Jun 2013 di papan kenyataan pelajar. Setiap pelajar perlu meneliti deraf jadual peperiksaan untuk kursus masing-masing. Jika ada pertindihan atau ada masalah lain, sila maklumkan segera kepada ; Pn. Nik Khairul Bariyyah En. Tun Mohd Hatimazwan Pelajar juga boleh melihat deraf jadual waktu peperiksaan akhir ini melalui capaian laman web Jabatan Pengajian Politeknik (http://politeknik.gov.my) pada pautan PELAJAR > DERAF JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN AKHIR POLITEKNIK SESI JUN 2013. Deraf ini hanya akan sah pada 26 Ogos hingga 6 September sahaja. Sebarang masalah, sila maklumkan sebelum 6 September 2013.

AKTIVITI : Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri JTMK 2013...

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri JTMK 2013 telah berlangsung dengan meriah pada 19 Ogos 2013. Majlis yang diadakan di Dewan Besar PMS dipenuhi dengan hiasan warna warni sempena tema 'Riang Ria Raya JTMK'. Majlis diserikan dengan kehadiran isteri Pengarah PMS, yang mewakili Pengarah, Timbalan Pengarah, Ketua-ketua Jabatan dan Ketua-ketua Unit PMS. Mereka juga bertindak selaku juri bagi pertandingan hiasan pelajar. Majlis turut diserikan dengan persembahan pelajar yang mendengdangkan beberapa lagu hari raya. Pelajar juga berpeluang menyampaikan ucapan raya mereka melalui DJ yang bertugas. Berikut adalah antara gambar yang sempat dirakam sepanjang majlis berlangsung;

PENGUMUMAN : Rumah Terbuka JTMK 2013....

JTMK akan menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri JTMK 2013 pada; Tarikh : 19 Ogos 2013 Tempat : Dewan Besar PMS Setiap kelas akan mempunyai gerai masing-masing. Pelajar perlu menyediakan makanan seperti yang telah ditetapkan pada gerai masing-masing. Pelajar juga perlu menghias gerai masing-masing bagi menghidpukan suasana rumah terbuka Aidilfitri. Gerai akan dinilai dan akan dipertandingkan. Pelajar perlu menyediakan gerai masing-masing bermula jam 8.00 pagi. Hidangan dan gerai perlu siap sebelum jam 10.00 pagi kerana juri untuk memberi markah akan mula hadir sekitar jam 11.00 pagi. Juri terdiri dari Ahli Mensyuarat Pengurusan PMS, antaranya Pengarah, Timbalan Pengarah, Ketua Jabatan, dan Ketua Unit. Semua pelajar JTMK WAJIB berada di dewan sepanjang majlis berlangsung kerana kedatangan akan diambil. Sebarang persoalan, sila rujuk Penasihat Akademik masing-masing. Riang Ria Raya JTMK 2013...

PENGUMUMAN : Carta Organisasi JTMK....

Berikut adalah carta organisasi JTMK yang terbaru. Pelajar boleh merujuk carta organisasi ini untuk kegunaan yang berkaitan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Saya mewakili seluruh keluarga JTMK ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf Zahir Batin kepada semua. Semoga Syawal kali ni memberi sejuta makna kepada kita semua. Hayati pengerti kemenangan yang sebenar dalam perjuangan kita. Selamat Hari Raya... Maaf Zahir Batin...

AKTIVITI : Majlis Mega Tadarus JTMK...

Majlis Mega Tadarus JTMK telah diadakan pada 30 Julai 2013 yang lalu. Majlis bermula dengan solat Zohor berjemaah. Selesai solat, sesi tazkirah telah disampaikan oleh Ustaz Taha dari JPA. Pelajar kemudian dibahagikan mengikut kumpulan kecil yang diketuai oleh seorang pensyarah. Pelajar dan pensyarah membaca mengikut giliran dalam kumpulan berdasarkan surah yang telah ditetapkan. Sesi tadarus berjalan dengan lancar dan majlis khatam diketuai oleh En. Johanas. Majlis diakhiri dengan solat Asar berjemaah. Makanan untuk berbuka puasa kemudian diagihkan kepada semua pelajar yang terlibat. Berikut antara gambar yang sempat dirakam sepanjang majlis;