Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2016

AKTIVITI : IT Exibition 2016...

JTMK PMS telah menganjurkan IT Exibition (ITEx) 2016 pada 05 dan 06 Oktober 2016 yang lalu. Program ini melibat dua acara utama iaitu Pembentangan Projek Akhir Pelajar yang diadakan pada 05 Oktober, manakala Seminar Kerjaya IT diadakan pada 06 Oktober 2016. Program ini diadakan di Dewan Besar, PMS. Bagi Pembentangan Projek Akhir Pelajar, sebanyak 60 kumpulan projek daripad kursus DFT6124 Project dan FN621 Networking Project terlibat bagi membentangkan projek mereka. Mereka dinilai oleh 2 orang pensyarah jabatan dan 10 terbaik dipilih untuk penilaian kedua bersama pihak industri pada 06 Oktober 2016. Pihak jabatan juga telah menyediakan hadiah bagi 4 kumpulan terbaik DIP dan 4 kumpulan terbaik DNS. Berikut adalah keputusan yang telah diperolehi; Pada 06 Oktober 2016, seminar kerjaya telah disampaikan oleh En. Khairul Nizar, wakil dari pihak MZK Academy Sdn. Bhd. Banyak input penting telah disampaikan berkaitan kerjaya IT kepada para pelajar, yang juga merupakan pelaar semester ak

PENGUMUMAN : Pindaan Tarikh Pembentangan Akhir Projek Akhir Pelajar.

Perhatian kepada pelajar kursus FN621 Network Project dan DFT6124 Project. Sesi pembentangan akhir projek yang dijadualkan pada 29 September 2016 telah DITUNDA ke tarikh lain. Berikut adalah tarikh baru untuk sesi pembentangan; ·          4 Oktober 2016 o    Taklimat dan persiapan tempat di Dewan Besar o    3.00 hingga 5.00 petang o    Semua kumpulan WAJIB hadir. ·          5 Oktober 2016 o    Sesi Pembentangan Projek Akhir (IT Exibition) o    8.00 pagi hingga 4.00 petang o    Dewan Besar PMS ·          6 Oktober 2016 o    Sesi pembentangan kedua bersama wakil industri o    10 kumpulan terpilih Sehubungan itu, pelajar boleh berjumpa dengan Supervisor untuk penilaian dan perbincangan   seperti biasa pada 29 September 2016. Sebarang permasalahan, sila rujuk Supervisor masing-masing, atau boleh juga dapatkan maklumat terbaru melalui Pn. Rabi’atul Adawiyyah atau En. Riki Riswandi.

PENGUMUMAN : Pertandingan "Fotografi dan Videografi"...

Majlis Perwakilan Pelajar PMS akan menganjurkan Pertandingan "Fotografi dan Videografi" sempena Sambutan Kemerdekaan Ke-59 Politeknik Muadzam Shah. Program akan berlangsung seperti berikut; Fotografi dan Videografi = 19 - 29 Ogos 2016 Videografi = 1 kumpuan (4 orang) setiap jabatan Fotografi = 2 peserta setiap jabatan Borang penyertaan perlu dihantar sebelum 29 Ogos 2016 (Jumaat) Pelajar yang berminat boleh dapatkan borang pendaftaran dan syarat penyertaan melalui En. Riki dan En. Izul.

PENGUMUMAN : Program Sukan Tradisional Politeknik Muadzam Shah (SUTRAMAS) & Karnival Semarak Warisan 1 Malaysia 2016...

Program Sukan Tradisional Politeknik Muadzam Shah (SUTRAMAS) & Karnival Semarak Warisan 1 Malaysia 2016 akan berlangsung bermula 1 Ogos hingga 24 Ogos 2016. Program ini akan melibatkan pelajar dan kakitangan PMS, sama seperti SUKMAS sebelum ini. Antara acara yang akan dipertandingkan adalah; Congkak Futsal Kain Pelekat Galah Panjang Dam Haji Konda Kondi Lagu Klasik Sehubungan itu, para pelajar yang berminat dan berkebolehan dialu-alukan untuk menyertai program ini. Pelajar boleh berhubungan dengan wakil jabatan yang telah dilantik untuk proses pendaftaran. Diharapkan kerjasama semua warga JTMK akan menobatkan JTMK selaku juara keseluruhan SUTRAMAS, mengulangi kejayaan gemilang SUKMAS pada semester lepas. Berikut senarai acara dan PIC yang terlibat;

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2016M/1437H...

Kami warga JTMK PMS ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2016M/1437H pada semua pelajar dan kakitangan PMS, khususnya JTMK. Semoga Aridilfitri kali ini meninggalkan sejuta kenangan terindah buat kita semua. Ada mata pandanglah keindahan, Ada mulut berbudilah pertuturan, Ada hati berilah kesayangan, Ada salah dan silap sudilah maafkan. Terlebih bisa tutur bicara, Disimpan jangan ampun dipinta, Syawal dinanti kan kunjung tiba, Ikhlas dari kami yang kacak & jelita. Selamat Hari Raya Aidilfitri... Maaf Zahir Batin...

PENGUMUMAN : Learn & Earn Program...

Pihak Politeknik Malaysia telah melaksanakan perbincangan kolaborasi dengan pihak   eRezeki (MDEC) untuk platform crowd sourcing serta pengendalian serta pelaksanaan di Politeknik Malaysia.    Untuk pelaksanaan pertama,   Program Learn & Earn Program   akan dilaksanakan pada bulan   Julai/ Ogos   terbuka kepada semua graduan Politeknik Malaysia   yang masih belum mendapat peluang bekerja. Pelajar akan mengikuti beberapa siri latihan kemahiran dan akan menjana pendapatan pada   platform crowd-sourcing .   Bagi yang berminat, bolehlah hubungi pegawai yang terlibat.

AKTIVITI : Ideation & Innovation Workshop and iMSC 2016- IHL MSC Malaysian Startup Challenge...

JTMK PMS telah menghantar 14 orang pelajar untuk menyertai program Ideation & Innovation Workshop and iMSC 2016- IHL MSC Malaysian Startup Challenge yang dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Politeknik. Berikut adalah maklumat program; Tarikh : 29 Jun 2016 (Rabu) Tempat : Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC), Cyberjaya Peserta : 12 orang pelajar DIP semester 5 dan 2 orang pelajar DNS sem 5 Dalam program ini, pelajar diberi penerangan mengenai inovasi dan pelajar juga diberi tugasan dan perlu melalui proses pembentangan. Pembentangan ini dinilai dan diberikan hadiah. Peserta JTMK PMS telah berjaya mendapat tempat ke-2 dan ke-5 dari keseluruhan peserta yang terlibat. Tahniah dari kami warga JTMK atas kejayaan anda. Pemenang tempat ke-2 Pemenang tempat ke-5

PENGUMUMAN : Bantuan Makanan Percuma PMS...

Pihak PMS sekali lagi akan memberi bantuan makanan percuma kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan. Permohonan telah dibuka bermula 20 Jun 2016 sehingga 5 Julai 2016. Pelajar dimohon untuk mengisi borang tersebut di link berikut:   https://form.jotform.me/61668125742459  . Borang yang telah lengkap disi mestilah  dicetak dan wajib dihantar bersama pengesahan sokongan permohonan oleh Penasihat Akademik (PA) dan dokumen lampiran utama sebelum atau pada  5 Julai 2016 (Selasa), 3 petang  kepada Penyelaras Kebajikan jabatan (PN ROSUZAINI BT ISA) Pelajar boleh meneliti syarat permohonan yang ditetapkan. Sebarang maklumat lanjut, sila rujuk Penasihat Akademik masing-masing.

PENGUMUAN : NBOS TVET : Talent Development in Digital Technology Competition

 Politeknik Malaysia dengan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) akan menganjurkan pertandingan NBOS TVET : Talent Development in Digital Technology Competition. Pertandingan inii dibuka kepada semua pelajar politeknik. Peserta diminta menghasilkan video berdurasi 2 minit yang menceritakan tentang program baru JTMK, iaitu Diploma Digital Technology (DDT). Hadiah menarik menanti pemenang. Pelajar boleh melayari google drive berikut untuk menggunakan material sedia ada bagi pembangunan video tersebut. Photo dan video tambahan berkaitan program DDT boleh dilaksanakan. https://goo.gl/UHihxb Sebarang maklumat lanjut, boleh hubungi pihak JTMK.

PENGUMUMAN : Peta Lalu Lintas Hari Pendaftaran Pelajar Senior Sesi Jun 2016...

Pendaftaran Pelajar Senior JTMK Sesi Jun 2016 akan diadakan pada 16 Jun 2016. Pelajar akan mendaftar kamsis di Poly Biz Mall pada sebelah pagi dan daftar pengajian di jabatan pada sebelah petang. Sehubungan itu, bagi melancarkan perjalanan lalu lintas pada hari tersebut, mohon para pelajar senior yang terlibat untuk memaklumkan pada ibu bapa yang menghantar agar mematuhi arahan lalu lintas yang telah disediakan. Keseluruhan jalan di sekitar bangunan akademik dan kamsis akan diakses secara sehala sahaja. Ibu bapa boleh meletakkan kenderaan di kawasan yang telah ditetapkan. Berikut adalah peta perjalanan semasa hari pendaftaran berlangsung; Mohon untuk dimaklumkan kepada semua pelajar senior yang akan mendaftar agar dapat melancarkan perjalanan lalu lintas pada hari tersebut.

PENGUMUMAN : Carta Orgnisasi JTMK Terkini...

Berikut adalah carta organisasi baharu JTMK bagi sesi Jun 2016. Semoga bermanfaat untuk semua.

Selamat Datang Puan Atijah...

Warga JTMK PMS ingin mengucapkan selamat datang kepada Puan Atijah Binti Marsithi, Ketua Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi yang baru. Puan Atijah telah memulakan tugas rasminya pada 14 Mac 2016. Untuk makluman, Puan Atijah adalah Pensyarah DH48 yang sebelum ini berkhidmat di Politeknik Merlimau Melaka. Semoga kedatangan Puan Atijah akan dapat membantu memacu kejayaan yang lebih gemilang untuk JTMK PMS. Diharapkan juga semua warga JTMK dapat memberi kerjasama dan komitmen yang baik untuk sama-sama memajukan lagi JTMK. Tidak dilupakan, ucapan jutaan terima kasih kepada Puan Harzulaili yang telah memangku tanggungjawab sebagai Ketua Jabatan selama hampir setahun ini. Segala khidmat Puan Harzulaili sangat-sangat dihargai. Terima kasih sekali lagi.

AKTIVITI : JTMK Juara SUKMAS 2016...

Ucara penutup Sukan PMS (SUKMAS) telah diadakan pada 8 Mac 2016 di Kompleks Sukan. Alhamdulillah, berkat kerjasama dan semangat yang telah ditunjukkan warga JTMK secara keseluruhannya, JTMK telah dinobatkan sebagai Juara SUKMAS 2016... Pelbagai acara telah dipertandingkan dan mendapat penyertaan dari pelajar dan kakitangan. JTMK telah berjaya memenangi beberapa acara utama dan mendapat kutipan mata tertinggi. Pihak pengurusan JTMK mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan SUKMAS kali ini. Tahniah kepada semua pelajar yang telah berjuang hingga membawa kejayaan gemilang ini. Terima kasih juga kepada kakitangan dari unit-unit lain yang bergabung dengan JTMK sepanjang acara kali ini. Unit-unit yang terlibat adalah Unit HEP, UIDM, Pengurusan dan pejabat TPA. Terima kasih sekali lagi kami ucapkan kepada semua. Untuk rekod, JTMK adalah naik juara bagi SUKMAS 2015, iaitu edisi pertama pertandingan. Tahun ini kita telah berjaya menjadi juara dan merupaka

AKTIVITI : JTMK Open Day...

JTMK telah menganjurkan Open Day untuk sesi Disember 2015 pada 17 Februari 2016 di Dataran JTMK. Pelbagai barangan telah diniagakan oleh pelajar yang mengikuti kursus FP601 Cyberpreneurship bagi sesi Disember 2016 ini. Beberapa hadiah juga disediakan kepada para pelajar yang terlibat. Berikut adalah antara gambar yang dirakam sekitar acara.

PENGUMUMAN : Taklimat Pembentangan Akhir FP621 & FN621...

Kepada semua pelajar JTMK yang mengambil kursus FP621 Programming Project dan FN621 Networking Project, satu sesi taklimat akan diadakan pada ; Tarikh : 10 Mac 2015 (Khamis) Masa : 3.00 petang Lokasi : Dewan Kuliah Utama (DKU) KEHADIRAN ADALAH WAJIB Sehubungan itu, mohon untuk dimaklumkan kepada semua pelajar JTMK yang terlibat untuk hadir ke sesi taklimat yang telah ditetapkan. Sebarang maklumat lanjut, sila rujuk Pn. Rabi'atul Adawiyyah dan En. Riki Riswandi.

PENGUMUMAN : Penyertaan Sukan PMS ...

Kejohanan Sukan Politeknik Muadzam Shah akan bermula tidak lama lagi. Pelbagai acara akan dipertandingkan. Sehubungan itu, pelajar yang berminat menyertai acara ini boleh mula mendaftar dan menyertai sesi pemilihan yang akan dijalankan. Berikut adalah senarai pegawai yang terlibat untuk pendaftaran dan pengurusan acara bagi peserta JTMK;

Gemilang 2015...

Tahun 2015 telah berlalu dengan meninggalkan beberapa catatan menarik untuk diingati. Berikut adalah antara aktiviti yang dianjurkan beserta dengan kejayaan yang dicapai. AKTIVITI Hari Terbuka JTMK Sesi Dialog Bersama UICT Bengkel Network Design & Persediaan Pertandingan CISCO Sesi Pemilihan Jawatankuasa Kelab IT Lawatan Sambil Belajar Ke Remote Sensing Malaysia JTMK Open Day Sesi Jun 2015 TechCreavery Innovation Challange