Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2015

PENGUMUMAN : Bantuan Khas Kepada Mangsa Banjir...

Pihak JTMK telah menyediakan sedikit sumbangan berupa pakaian untuk pelajar yang terjejas dengan banjir baru-baru ini. Pakaian seperti baju kurung dan baju kemeja ini telah diletakkan di JTMK. Sehubungan itu, para pelajar yang memerlukan dialu-alukan untuk mengambil pakaian yang disediakan ini. Bantuan ini tidak terhad kepada pelajar JTMK sahaja, tetapi kepada semua pelajar PMS yang menjadi mangsa banjir.










Pelajar juga dialu-alukan jika ingin menderma pakaian mereka kepada rakan-rakan yang menjadi mangsa banjir. Pelajar boleh meletakkan pakaian yang ingin diderma itu di bilik yang disediakan.

Sebarang makluman lanjut, boleh rujuk En. Abdullah Azraai.




PENGUMUMAN : Laporan Ringkas Pilihanraya MPP PMS...

Assalamualaikum & Salam Hormat..


Umum mengetahui tanggal 12/01/2015, Politeknik Muadzam Shah mengadakan pilihanraya kampus bagi memilih pucuk pimpinan baharu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Proses pembuangan undi telah berjalan dengan lancar di Dewan Utama, PMS. Pelajar di benarkan membuang undi bermula jam 9:00 pagi hingga 2:00 petang. Berikut adalah keputusan pilihanraya yang telah di umumkan kepada calon lewat petang tadi,

KERUSI UMUM

8 calon yang mendapat jumlah undi tertinggi akan layak dilantik sebagai Ahli Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar.
NO CALON JABATAN JUM UNDI 1 Muhammad Eekram Bin Saharuddin JRKV 1036 2 Khairul

PENGUMUMAN : Perjumpaan Semua Atlet Olahraga JTMK...

Berikut adalah senarai nama pelajaaar JTMK yang mendaftar untuk Kejohanan Olahraga yang akan bermula esok;

Atlet Lelaki
Atlet Perempuan
Sehubungan itu, satu perjumpaan dan sesi taklimat kepada semua atlet akan diadakan pada;
Tarikh : 12 Januari 2015 (Isnin)Masa : 10 malamTempat : Kafeteria Taklimat akan diberikan oleh Ketua Kontijen, En. Abdullah Azraai.

Mohon maklumkan kepada semua pelajar yang terlibat.

PENGUMUMAN : Tarikh Baharu Pilihanraya MPP PMS...

Assalamualaikum & Salam Hormat..

Berikutan kepada penanguhan Pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) pada bulan lepas, mesyuarat telah bersetuju menetapkan tarikh baharu pilihanraya, dan ketetapan adalah seperti berikut :

PEMBUANGAN UNDI
Tarikh :12/01/2015 (ISNIN)
Masa :8.00 Pagi - 1.00 Petang
Tempat :Dewan Utama, PMS

PEMBENTANGAN MANIFESTOR OLEH CALON
Tarikh :08/01/2015 (KHAMIS)
Masa :9.00 Malam - 11.00 Malam
Tempat :Kafetria Asrama
Pada pilihanraya MPP kali ini, kita akan mengunakan format undian mode manual dan mode online, mode manual akan digunakan oleh semua pelajar kecuali pelajar Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (JTMK). 900++ Pelajar JTMK akan mengunakan sepenuhnya mode online yang di bangunkan khas oleh pelajar semester akhir JTMK. Ia dilihat sebagai ujian awal sebelum mula digunakan sepenuhnya pada sesi pilihanraya akan datang. Meskipun ia dalam mode online, pelajar-pelajar JTMK juga akan mengundi di Dewan Utama, dengan mengunakan komputer riba yang di sediakan.

Pens…