Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2014

PENGUMUMAN : Network Security Seminar...

JTMK akan menganjurkan Network Security Seminar bagi sesi Disember 2014. Seminar ini melibatkan pelajar yang mengambil kursus FP611 Information System Security dan FN61 Network Security.
Sedikit berkenaan dengan Network Security Seminar, program ini di rancang bagi mewujudkan kesedaran kepada semua penguna internet tentang bahayanya penggunaan internet tanpa pengetahuan terhadap keselamatan internet, di samping bagi memenuhi tuntutan silibus dalam kerja tugas "Problem Based Task" pelajar. Oleh hal yang demikian, sedikit perkongsian ilmu ini di lihat memberi nilai tambah yang positif kepada pengguna internet khasnya dalam menggunakan internet secara selamat.

Kumpulan 3 kelas pelajar, kesemuanya 88 orang = 21 kumpulan, akan mempamerkan hasil kerja mini mereka berkenaan serangan-serangan yang biasanya menyerang penggunaan internet, demonstrasi ringkas bagaimana ia berlaku, dan cara atau kaedah mengatasi serangan ini.
Berikut adalah ketetapan program; Tarikh : 27/03/2014 (Khamis…

AKTIVITI : Taklimat Unisel...

Hari ini telah diadakan satu sesi taklimat oleh pihak Universiti Selangor (Unisel) kepada pelajar semester akhir JTMK.

Antara intipati taklimat adalah untuk memperkenalkan Unisel dengan lebih dekat kepada pelajar, terutamanya mengenai Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat di Unisel. Malah, wakil Unisel, En. Azhar turut memberi penerangan tentang kemudahan yang disediakan kepada pelajar, terutamanya pelajar IT politeknik yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di Unisel.

Berikut antara gambar yang sempat dirakamkan;






PENGUMUMAN : Temuduga Terbuka Syarikat Podoyo Plastics (M) Sdn. Bhd...

Syarikat Podoyo Plastics (M) Sdn. Bhd. akan menganjurkan sesi temuduga terbuka kepada pelajar semester akhir JTMK untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan di syarikat berkenaan. Berikut adalah maklumat sesi temuduga tersebut;
Tarikh : 25 Mac 2014Masa : 2.00 hingga 5.00 petang   Tempat : Bilik Seminar ULPL Sehubungan itu, pelajar yang berminat untuk cuba mengisi kekosongan jawatan ini bolehlah hadir pada sesi temuduga yang telah ditetapkan.

PENGUMUMAN : Lawatan & Taklimat Akademik UNISEL...

Universiti Selangor (UNISEL) akan mengadakan lawatan dan taklimat akademik kepada pelajar semester akhir JTMK. Berikut adalah ketetapan program;
Tarikh : 24 Mac 2014 (Isnin)Masa : 2.00 petangTempat : Dewan Kuliah Utama (DKU)Pelajar terlibat : DNS6 A, DIP5 A & DIP5 B Sehubungan itu, pelajar-pelajar yang terlibat WAJIB menghadiri sesi taklimat ini. Kehadiran pelajar akan diambil.

Sebarang masalah, sila hubungi PA masing-masing. Tolong hebahkan kepada pelajar terlibat.

PENGUMUMAN : Sesi Pembentangan Fasa Analysis & Design (FP521 & FN521)...

JTMK akan menganjurkan sesi pembentangan Fasa Analysis & Design bagi pembangunan projek akhir pelajar untuk kursus FP521 Project Analysis & Design dan FN521 Network Project Analysis & Design.

Berikut adalah ketetapan bagi program tersebut;

Tarikh : 20 Mac 2014 (Khamis)Masa : 2.10 - 5.00 petangTempat : Makmal JTMK Berikut adalah senarai nama kumpulan pelajar mengikut panel penilai;






Sila maklumkan pada pelajar yang terlibat. Pelajar semester lain juga dijemput untuk menyaksikan sesi pembentangan ini.

Sebarang persoalan, sila hubungi Pn. Rabi'atul Adawiyyah dan En. Riki Riswandi.




AKTIVITI : Sesi Pembentangan Akhir Projek Akhir Pelajar (FP621 & FN621)...

Sesi pembentangan akhir projek akhir pelajar bagi kursus FP621 Programming Project & FN621 Networking Project telah diadakan semalam, 18 Mac 2014, di Makmal JTMK...

Seramai 19 kumpulan pelajar bagi kursus FP621 dan 14 kumpulan bagi kursus FN621 terlibat dengan pembentangan. Bagi pelajar kursus FP621, pembentangan dilakukan di 4 makmal, iaitu MSKD1, MSKD2, MKR1, dan MKR2. Manakala pembentangan bagi FN621 diadakan di Makmal Hypermedia 2. Seramai 14 pensyarah terlibat menjadi panel penilai bagi pembentangan ini.

2 kumpulan dari kursus FP621 dan 2 kumpulan dari kursus FN621 akan dipilih untuk mewakili JTMK ke Pertandingan Inovasi PMS (IEDA) yang akan dilangsungkan pada minggu hadapan.

Berikut adalah antara gambar yang sempat dirakamkan sepanjang sesi pembentangan semalam;





PENGUMUMAN : Sesi Pembentangan Akhir Projek Akhir Pelajar (FP621 & FN621)...

JTMK akan menganjurkan sesi pembentangan akhir bagi projek akhir pelajar (FP621 Programming Project & FN621 Networking Project) seperti berikut;

Tarikh : 18 Mac 2014 (Selasa)Masa : 2.30 hingga 5.00 petangLokasi : Makmal JTMK Berikut adalah senarai kumpulan mengikut panel penilai yang terlibat;





Pelajar-pelajar lain turut diundang untuk menyaksikan sesi pembentangan akhir ini.

Pelajar yang terlibat diminta hadir awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan lain semasa pembentangan. Sebarang masalah, sila hubungi En. Riki Riswandi atau Pn. Rabi'atul Adawiyyah.



Semoga Berjaya DNS...

Akhirnya, masa yang ditunggu telah tiba. Esok, 12 Mac 2014, akan menjadi titik tolak kepada kejayaan DNS JTMK PMS. InsyaAllah...

Kami warga JTMK mengucapkan selamat berjaya kepada semua yang terlibat dengan Audit MQA yang akan berlangsung selama 2 hari bermula esok. Semoga kita mencapai akreditasi yang sempurna untuk program DNS.

Selamat datang panel MQA...

Selamat berjaya warga DNS JTMK PMS...