Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2015

AKTIVITI : Bengkel Network Design & Persediaan Pertandingan NetRiders...

Pada 12 hingga 15 Mac, satu bengkel telah diadakan melibatkan pelajar DNS JTMK PMS. Bengkel dipecahkan kepada dua bahagian, Network Design dan persediaan pertandingan NetRiders.

Pensyarah jemputan, En. Anuar telah diundang untuk memberi taklimat dan penerangan kepada pelajar. Pelbagai ilmu dan tunjuk ajar telah diberikan kepada semua yang terlibat sepanjang program belangsung.

Berikut antara gambar yang semnpat dirakam.




AKTIVITI : Sesi Dialog JTMK Bersama Pihak Unit ICT PMS...

Pada 6 Mac yang lalu,satu sesi dialog telah diadakan antara pelajar dan kakitangan JTMK bersama pihak Unit ICT PMS. Dialog ini merupakan satu sesiyang digunakan bagi menjelaskan beberapa perkara yang berlaku di  JTMK, terutamanya makmal JTMK.

Program dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Abdullah Azraai. Ketua Jabatan JTMK, Pn. Harzulaili menyampaikan ucapan aluan, beserta beberapa pengumuman yang telah ditetapkan. Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan dari Ketua Unit ICT, Pn. Azuen. Dan program diakhiri dengan sesi dialog pelajar bersama wakil JTMK dan UICT.

Berikut adalah antara hasil dialog dan juga gambar yang sempat dirakam sepanjang program.




AKTIVITI : Hari Terbuka JTMK...

Pada 3 Mac yang lalu, JTMK PMS telah menganjurkan Hari Terbuka JTMK bagi sesi Disember 2014. Sebanyak 27 gerai yang terlibat dengan aktiviti jualan. Mereka adalah pelajar DIP5A, DIP5B, DNS6 A, DNS6 B & DNS6 C yang mengikuti kursus FP601 Cyberpreneurship.

Pelbagai hadiah disediakan bagi memeriahkan lagi program. Antaranya adalah Gerai terbaik, Promosi Terhebat, Inovasi Produk dan juga cabutan bertuah.

Semoga sambutan baik terhadap program ini akan diteruskan lagi pada semester akan datang.

Berikut antara gambar yang sempat dirakam sepanjang program berlangsung.



PENGUMUMAN : Program Persediaan Pertandingan Cisco NetRiders & Techcreavery 2015...

JTMK PMS akan menyertai Program Techcreavery yang akan dianjurkan di PSP. Sehubungan itu, satu program persediaan akan diadakan bagi peserta yang akan terlibat dengan pertandingan Cisco NetRiders, Cisco Aspire, dan Cisco King Of The Hills.

Program berlangsung seperti berikut;
 Tarikh : 13 - 15Mac 2015Masa : 8.00 pagi - 5.00 petangLokasi : Makmal MKR 1
Berikut adalah senarai nama pelajar yang terlibat;


Kehadiran pelajar yang dipilih adalah WAJIB. Makan pagi dan tengahari untuk pelajar akan disediakan. Mohon maklumkan kepada semua pelajar yang terlibat.




PENGUMUMAN : Proses Permohonan Menduduki Kamsis Sesi Jun 2015...

Assalamualaikum w.b.t.... Untuk makluman semua warga PMS, berikut adalah proses permohonan menduduki kamsis dan persediaan bagi proses pendaftaran kamsis pelajar senior Sesi Jun 2015 : 1. PROSES PERMOHONAN MENDUDUKI KAMSIS MELALUI PORTALspmp.pms.edu.my: - 11 Mac 2015 : Buka Permohonan dalam sistem i-Kamsis (Pelajar boleh mula memohon) - 31 Mac 2015 : Tutup Permohonan dalam sistem i-Kamsis (Pelajar tidak boleh lagi memohon) - 1 - 5 April 2015 : Keputusan Permohonan samada Berjaya atau tidak Berjaya akan diumumkan didalam sistem i-Kamsis dan senarai tampal di Pejabat Kamsis (bagi yang Berjaya). 2.  6 - 17 April 2015 : Proses 'booking' bilik oleh pelajar secara manual di Pejabat Kamsis. Bagi pelajar LI dibenarkan booking melalui phone dan akan dibuka juga satu kaunter khas penempatan bilik untuk pelajar LI pada hari pendaftaran. 3.  Serahan kunci bilik kepada pelajar dan tandatangan terima kunci adalah pada hari pendaftaran kamsis pelajar senior Sekian untuk makluman semua dan seba…

PENGUMUMAN : Perubahan Tarikh Pembentangan Akhir Projek Pelajar...

Pada 5 Mac 2015, telah diadakan satu sesi taklimat khas oleh Pn. Rabi'atul Adawiyyah mengenai tarikh sesi pembentangan akhir FP621 Programming Project & FN621 Network Project.

Namun, disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, tarikh tersebut terpaksa ditukar. Berikut adalah maklumat baru sesi pembentangan akhir FP621 Programming Project & FN621 Network Project ;
Tarikh : 16 Mac 2015 (Isnin)Masa :8.30 pagi hingga 5.00 petangLokasi : Makmal JTMK.
Pn. Rabi'atul Adawiyyah akan menerangkan semula perubahan tarikh ini semasa sesi kelas pada Selasa, 10 Mac.

Mohon dimaklumkan kepada semua yang terlibat agar dapat membuat persiapan yang sewajarnya menjelang sesi pembentangan akhir ini.

PENGUMUMAN : Taklimat Projek Akhir Pelajar...

JTMK akan mengadakan satu sesi taklimat khas kepada pelajar yang terlibat dengan FP621 Programming Project & FN621 Network Projet.
Tarikh : 5 Mac 2015 (Khamis)Masa : 2.30 petangLokasi : Dewan Kuliah Utama Antara yang akan disampaikan adalah mengenai pembentangan akhir dan penyeediaan dokumen yang perlu dihantar. Sehubungan itu, semua pelajar yang terlibat WAJIB hadir. Sila maklumkan kepada mereka yang terlibat.


PENGUMUMAN : Hari Terbuka JTMK...

Seperti semester lepas, JTMK akan menganjurkan Hari Terbuka JTMK. Pelajar dari DIP5 A, DIP5 B, DNS6 A, DNS6 B, & DNS6 C yang mengambil kursus FP601 Cyberpreneurship akan terlibat dengan aktiviti jualan sepanjang program ini berlangsung.

Berikut adalah maklumat program;
Tarikh : 3 Mac 2015Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petangLokasi : Perkarangan JTMK 27 buah gerai akan menjalankan aktiviti jualan di sekitar JTMK. Beberapa hadiah juga disediakan, iaitu Gerai Terbaik, Promosi Terbaik, dan Inovasi Produk. Selain itu, cabutan bertuah juga akan diadakan bagi memeriahkan acara.

Semua pelajar dijemput untuk sama-sama hadir ke Hari Terbuka JTMK ini.