Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2014

PENGUMUMAN : Klinik Temuduga Dan Penulisan Resume Efektik Sesi Jun 2014...

Unit Psikologi & Kerjaya PMS akan menganjurkan Klinik Temuduga Dan Penulisan Resume Efektik Sesi Jun 2014 pada; Tarikh : 30 September 2014 (Selasa) Masa : 2.00 - 5.00 petang Tempat : DKU Sehubungan dengan itu, pelajar DIP5 A, DIP5 B, DNS6 A & BNS6 A diWAJIBkan hadir ke klinik ini. Kedatangan akan diambil. Mohon hebahkan kepada semua pelajar yang terlibat.

PENGUMUMAN : Taklimat FP621 Programming Project & FN621 Networking Project...

Perhatian kepada pelajar DIP5 A, DIP5 B, DNS6 A & BNS6 A. Bagi pelajar yang mengambil projek akhir FP621 Programming Project & FN621 Networking Project, satu taklimat khas akan diadakan pada : TARIKH : 25 September 2014 (Khamis) MASA     : 2.00 petang TEMPAT: Auditorium, JRKV Semua pelajar WAJIB hadir bagi mendengar taklimat dan penerangan terperinci mengenai sesi pembentangan akhir dan penyediaan dokumen berkaitan. Kegagalan pelajar untuk hadir akan menjejaskan pembentangan akhir anda. Sila maklumkan kepada semua pelajar yang terlibat.

AKTIVITI : Hari Terbuka JTMK...

Hari Terbuka JTMK telah dilaksanakan dengan jayanya pada; Tarikh : 23 September 2014 (Selasa) Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang Tempat : Perkarangan JTMK Seramai 32 kumpulan pelajar dari kelas DIP5 A, DIP5 B, DNS6 A & BNS6 A telah terlibat dengan gerai jualan. Mereka memenuhi tugasan FP601 Cyberpreneurship dan mereka juga dinilai bagi kursus ini. Pelbagai jenis gerai diniagakan seperti makanan, minuman, pakaian, dan barangan IT. Hati Terbuka pada semester ini adalah lebih meriahkan berbanding sebelum ini dengan jumlah penyertaan yang lebih ramai dan pengunjung yang turut sama memeriahkan acara. Secara umumnya, penganjuran Hari Terbuka kali ini mencapai objektif sebenar perlaksanaannya. Semoga penganjuran program seperti ini mendapat kerjasama yang lebih hebat di masa hadapan. Berikut antara gambar yang sempat dirakamkan sepanjang acara;

PENGUMUMAN : Hari Terbuka JTMK...

JTMK akan menganjurkan Hari Terbuka pada : Tarikh : 23 September 2014 (Selasa) Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petang Lokasi : Perkarangan JTMK Sebanyak 32 gerai terlibat bagi aktiviti jualan sempena Hari Terbuka ini. Mereka terdiri daripada pelajar yang mengambil kursus FP601 CYBERPRENEURSHIP. Pelbagai gerai seperti makanan, minuman, pakaian, dan perkhidmatan IT akan disediakan. Semua pelajar dijemput hadir ke program ini bagi sama-sama memeriahkan lagi acara.