Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2015

AKTIVITI : Techcreavery Innovation Challange 2015...

Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) dengan kerjasama Malaysia Development Corportion (MDeC) telah menganjurkan TechCreavery Innovation Challange 2015 pada 12 dan 13 Oktober 2015 yang lalu. Program yang menghimpunkan projek akhir pelajar dari seluruh politeknik yang terlibat ini telah diadakan di MDeC, Cyberjaya.


Pertandingan dimulakan dengan peringkat saringan yang telah diadakan melalui Youtube. Peserta dari seluruh politeknik perlu menyediakan video berkenaan projek mereka dan dimuat naik ke Youtube sebelum 3 Oktober 2015 untuk sesi penilaian.

JTMK PMS telah memilih 4 kumpulan terbaik untuk menyertai program ini. Keempat-empat kumpulan ini telah berjaya melepasi sesi kelayakan melalui Youtube, dan sekaligus layak ke peringkat separuh akhir yang diadakan pada 12 Oktober 2015.

 Senarai peserta separuh akhir mengikut kategori
Beberapa aktiviti telah disediakan sepanjang program seperti kursus dan bengkel. JTMK PMS diwakili oleh 4 kumpulan pelajar semester akhir yang membangunkan projek F…

AKTIVITI : JTMK Open Day...

Pada 7 Oktober lalu, JTMK dengan kerjasama Unit Keusahawanan telah menganjurkan JTMK Open Day bagi sesi Jun 2015. Beberapa aktiviti telah dijalankan sepanjang sehari program berlangsung.

Majlis dimulakan dengan sedikit ceramah ringkas mengenai keselamatan siber, sementara menunggu majlis perasmian pada jam 10.30 pagi. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah PMS. Majlis berlangsung di DKU.

Manakala di perkarangan JTMK, gerai-gerai jualan pelajar FP601 Cyberpreneyrship mula dipersiapkan dari awal pagi dan mula beroperai sekitar jam 9.00 pagi. Selain jualan, cabutan bertuah juga disediakan untuk pengunjung yang hadir.

Berikut dikongsikan beberapa gambar sepanjang program berlangsung;



AKTIVITI : Pembentangan Akhir FP621 & FN621 Sesi Jun 2015...

Pada 17 September 2015 yang lalu, telah diadakan sesi pembentangan akhir FP621 Programming Project & Fn621 Networking Project. Seramai 28 kumpulan pelajar DIP dan 18 kumpulan pelajar DNS terlibat dlam sesi pembentangan akhir ini.

Daripada kesemua kumpulan, 4 kumpulan terbaik telah dipilih bagi mewakili JTMK PMS ke pertandigan inovasi EIDA dan Techcreavery Innovation Challange. Masing-masing 2 kumpulan pelajar DIP dan 2 kumpulan pelajar DNS.

Berikut adalah antara gambar yang sempat dirakam sepanjang sesi pembentangan tersebut;