Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2012

Selamat Tinggal 2012...

Hari ni merupakan hari terakhir dalam tahun 2012 Masihi. Bagaimana dengan tahun 2012 anda semua? Adakah semua azam 2012 telah tercapai 2012 telah meninggalkan pelbagai cerita yang menarik untuk diingati. Berikut adalah antara rangkuman bagi 2012 untuk warga JTMK; AKTIVITI Sepanjang 2012, JTMK telah menganjurkan dan menjalankan pelbagai aktiviti, sama ada melibatkan pembelajaran atau tidak. Berikut antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang 2012; Kursus VB.net Pertandingan Simulasi Robot Soccer Pertandingan Projek Akhir Pelajar Makan Malam & Penutup Hari IT Gotong-royong Perdana Bagi tahun 2013,  JTMK akan teruskan tradisi menganjurkan program dan aktiviti yang terbaik untuk pelajar. Diharapkan agar pelajar dapat memberi komitmen dan kerjasama sepanjang penganjuran aktiviti berkenaan. TAHNIAH 2012 telah menyaksikan beberapa orang pensyarah JTMK melangsungkan perkahwinan dan menerima cahaya mata. Puan Nurul Faiza, Puan Siti Norhidayah & Puan Rosilawat

PENGUMUMAN : Jadual Waktu JTMK Sesi Disember 2012...

Berikut saya paparkan jadual waktu untuk JTMK bagi sesi Disember 2012. Jadual ini adalah yang paling baru, setelah berlaku perubahan sedikit. Mohon setiap pelajar tengok jadual kelas masing-masing. Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.

AKTIVITI : Gotong-Royong Perdana PMS Sesi Disember 2012...

Pada Jumat lepas, 14 Disember 2012, telah diadakan Gotong-royong Perdana PMS bagi sesi Disember 2012. Gotong-royong ini adalah untuk membersihkan seluruh kawasan di PMS, dan melibatkan semua kakitangan dan pelajar. Untuk JTMK, kawasan yang terlibat adalah di makmal komputer dan juga bilik kuliah. Berikut adalah antara gambar yang sempat dirakam semasa gotong-royong diadakan.

AKTIVITI : Majlis Bersama Jabatan Minggu Suai Kenal Sesi Disember 2012...

Hari ini telah diadakan Majlis Bersama jabatan Minggu Suai Kenal bagi sesi Disember 2012. Majlis ini diadakan di Dewan Kuliah Utama (DKU) bermula jam 11.30 pagi. Sepanjang sesi ini, pelajar yang baru mendaftar diperkenalkan dengan pensyarah JTMK. Pelajar juga diberikan taklimat ringkas mengenai Penasihatan Akademik, PTPTN, jadual waktu, disiplin dan banyak lagi. Berikut adalah antara gambar sepanjang majlis tersebut.

PENGUMUMAN : Jadual Waktu Sesi Disember 2012...

Assalamualaikum... Perhatian kepada semua pelajar JTMK PMS. Jadual waktu untuk kelas anda bagi sesi Disember 2012 telah siap ditampal pada Papan Kenyataan Jadual Waktu JTMK. Anda semua boleh merujuk kepada jadual tersebut untuk sesi kuliah minggu hadapan. Salinan softcopy jadual hanya akan diupload ke blog ini jika tidak ada lagi pertindihan jadual waktu. Oleh itu, pelajar perlu merujuk ke papan kenyataan terlebih dahulu kerana sesi kuliah sudah bermula minggu depan (17 Disember 2012). Harap maklum.

Selamat Datang Pelajar Baru JTMK Sesi Disember 2012...

JTMK menerima pelajar-pelajar baru untuk DIP dan DNS bagi sesi Disember 2012. Sesi pendaftaran pelajar baru telah diadakan pada 9 Disember (Pendaftaran Kamsis) & 10 Disember (Pendaftaran pengajian). Mereka akan terlibar dengan Minggu Suai Kenal sehingga 13 Disember nanti. Kami di JTMK mengucapkan selamat datang kepada para pelajar baru JTMK. Semoga anda dapat menjadi pelajar cemerlang nanti. Berikut saya kongsikan sedikit gambar sepanjang sesi pendaftaran berlangsung.