Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2012

AKTIVITI : Majlis Perpisahan Puan Nurul Faiza...

Hari ni merupakan hari terakhir Puan Nurul Faiza berkhidmat di JTMK, PMS. Bermula Isnin ini, beliau akan memulakan tugas baru di BPK, JPP. Sehubungan dengan itu, satu majlis ringkas telah diadakan bagi meraikan Puan Nurul Faiza untuk kali terakhir. Majlis diadakan di JTMK dan dihadiri oleh kakitangan JTMK. Buat Puan Nurul Faiza, kami di JTMK mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya di tempat baru. Diharapkan anda terus berjaya dalam kerjaya di tempat baru nanti. InsyaAllah...

PENGUMUMAN : My Campus Life Contest...

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi sedang menganjurkan  My Campus Life Contest  di facebook YB Datuk Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi dari 11 Jun – 1 Julai 2012. Melalui pertandingan ini, pelajar-pelajar boleh berkongsi kehidupan seharian mereka di kampus dengan YB Menteri Pengajian Tinggi dengan memuat naik rakaman gambar peribadi mereka di laman facebook beliau dan pelbagai hadiah menarik disediakan untuk pemenang bertuah. Untuk keterangan lanjut mengenai pertandingan, pihak tuan boleh melayari facebook YB Menteri Pengajian Tinggi di alamat: http://www.facebook.com/MohamedKhaledNordin. Kongsikan kehidupan seharian anda di kampus dengan YB Menteri Pengajian Tinggi melalui rakaman gambar peribadi dan anda bakal memenangi hadiah menarik. Untuk keterangan lanjut, sila layari  https://www.facebook.com/MohamedKhaledNordin/app_95936962634 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGAMBIL BAHAGIAN : a.       Penyertaan dibuka dari 11 Jun 2012 dan akan berakhir