Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2017

AKTIVITI : JTMK Open Day (Siri 1) 2017..

JTMK telah menganjurkan JTMK Open Day (Siri 1) 2017 pada 16/02/2017 di perkarangan JTMK. Seramai lebih 120 pelajar melalui 41 buah gerai telah menyediakan pelbagai jenis produk jualan sepanjang program berlangsung. Selain itu, cabutan bertuah serta hadiah juga disediakan kepada pelajar yang terlibat.

Pelbagai gerai jualan telah menarik minat warga PMS untuk sama-sama hadir memeriahkan program yang dianjurkan ini. Program turut dilawati oleh Ahli Mesyuarat Pengurusan (AMP) PMS, yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Akademik, Tn. Hj. Nor Rahim. Rata-rata pengunjung memberikan komen positif terhadap penganjura kali ini yang dilihat lebih meriah berbanding sebelum ini. Walaupun dalam suasana hujan sedikit, ini tidak menghalang para pelajar untuk meningkatkan kemahiran berniaga mereka melalui pelbagai bentuk promosi yang menarik.

Terima kasih kepada semua yang telah sama-sama menjayakan program ini. Semoga program ini akan terus dianjurkan pada masa akan datang.

Berikut adalah antara gamba…

PENGUMUMAN : JTMK Open Day (Siri 1) 2017...

JTMK akan menganjurkan Open Day (Siri 1) 2017 seperti berikut;
Tarikh : 16 Februari 2017 (Khamis)Masa : 9.00 pagi hingga 3.00 petangTempat : Foyer JTMK Seramai 120 orang pelajar yang mengikuti kursus Cyberpreneurship akan membuka gerai dan menjual pelbagai jenis barangan dan makanan. Sebanyak 41 buah gerai akan disediakan.

Semua pihak dijemput untuk hadir bagi sama-sama memeriahkan hari open Day (Siri 1) 2017 .

Berikut adalah antara poster promosi yang disediakan pelajar.