Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2016

AKTIVITI : Ideation & Innovation Workshop and iMSC 2016- IHL MSC Malaysian Startup Challenge...

JTMK PMS telah menghantar 14 orang pelajar untuk menyertai program Ideation & Innovation Workshop and iMSC 2016- IHL MSC Malaysian Startup Challenge yang dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Politeknik. Berikut adalah maklumat program; Tarikh : 29 Jun 2016 (Rabu) Tempat : Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC), Cyberjaya Peserta : 12 orang pelajar DIP semester 5 dan 2 orang pelajar DNS sem 5 Dalam program ini, pelajar diberi penerangan mengenai inovasi dan pelajar juga diberi tugasan dan perlu melalui proses pembentangan. Pembentangan ini dinilai dan diberikan hadiah. Peserta JTMK PMS telah berjaya mendapat tempat ke-2 dan ke-5 dari keseluruhan peserta yang terlibat. Tahniah dari kami warga JTMK atas kejayaan anda. Pemenang tempat ke-2 Pemenang tempat ke-5

PENGUMUMAN : Bantuan Makanan Percuma PMS...

Pihak PMS sekali lagi akan memberi bantuan makanan percuma kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan. Permohonan telah dibuka bermula 20 Jun 2016 sehingga 5 Julai 2016. Pelajar dimohon untuk mengisi borang tersebut di link berikut:   https://form.jotform.me/61668125742459  . Borang yang telah lengkap disi mestilah  dicetak dan wajib dihantar bersama pengesahan sokongan permohonan oleh Penasihat Akademik (PA) dan dokumen lampiran utama sebelum atau pada  5 Julai 2016 (Selasa), 3 petang  kepada Penyelaras Kebajikan jabatan (PN ROSUZAINI BT ISA) Pelajar boleh meneliti syarat permohonan yang ditetapkan. Sebarang maklumat lanjut, sila rujuk Penasihat Akademik masing-masing.

PENGUMUAN : NBOS TVET : Talent Development in Digital Technology Competition

 Politeknik Malaysia dengan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) akan menganjurkan pertandingan NBOS TVET : Talent Development in Digital Technology Competition. Pertandingan inii dibuka kepada semua pelajar politeknik. Peserta diminta menghasilkan video berdurasi 2 minit yang menceritakan tentang program baru JTMK, iaitu Diploma Digital Technology (DDT). Hadiah menarik menanti pemenang. Pelajar boleh melayari google drive berikut untuk menggunakan material sedia ada bagi pembangunan video tersebut. Photo dan video tambahan berkaitan program DDT boleh dilaksanakan. https://goo.gl/UHihxb Sebarang maklumat lanjut, boleh hubungi pihak JTMK.

PENGUMUMAN : Peta Lalu Lintas Hari Pendaftaran Pelajar Senior Sesi Jun 2016...

Pendaftaran Pelajar Senior JTMK Sesi Jun 2016 akan diadakan pada 16 Jun 2016. Pelajar akan mendaftar kamsis di Poly Biz Mall pada sebelah pagi dan daftar pengajian di jabatan pada sebelah petang. Sehubungan itu, bagi melancarkan perjalanan lalu lintas pada hari tersebut, mohon para pelajar senior yang terlibat untuk memaklumkan pada ibu bapa yang menghantar agar mematuhi arahan lalu lintas yang telah disediakan. Keseluruhan jalan di sekitar bangunan akademik dan kamsis akan diakses secara sehala sahaja. Ibu bapa boleh meletakkan kenderaan di kawasan yang telah ditetapkan. Berikut adalah peta perjalanan semasa hari pendaftaran berlangsung; Mohon untuk dimaklumkan kepada semua pelajar senior yang akan mendaftar agar dapat melancarkan perjalanan lalu lintas pada hari tersebut.

PENGUMUMAN : Carta Orgnisasi JTMK Terkini...

Berikut adalah carta organisasi baharu JTMK bagi sesi Jun 2016. Semoga bermanfaat untuk semua.