Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2015

PENGUMUMAN : SUKPMAS Ke-2 2016...

Bagi pelajar yang berminat, boleh berjumpa dengan En. Abdullah Azraai. Sebarang soalan juga boleh diajukan kepada En. Abdullah Azraai.

AKTIVITI : Techcreavery Innovation Challange 2015...

Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) dengan kerjasama Malaysia Development Corportion (MDeC) telah menganjurkan TechCreavery Innovation Challange 2015 pada 12 dan 13 Oktober 2015 yang lalu. Program yang menghimpunkan projek akhir pelajar dari seluruh politeknik yang terlibat ini telah diadakan di MDeC, Cyberjaya. Pertandingan dimulakan dengan peringkat saringan yang telah diadakan melalui Youtube. Peserta dari seluruh politeknik perlu menyediakan video berkenaan projek mereka dan dimuat naik ke Youtube sebelum 3 Oktober 2015 untuk sesi penilaian. JTMK PMS telah memilih 4 kumpulan terbaik untuk menyertai program ini. Keempat-empat kumpulan ini telah berjaya melepasi sesi kelayakan melalui Youtube, dan sekaligus layak ke peringkat separuh akhir yang diadakan pada 12 Oktober 2015.  Senarai peserta separuh akhir mengikut kategori Beberapa aktiviti telah disediakan sepanjang program seperti kursus dan bengkel. JTMK PMS diwakili oleh 4 kumpulan pelajar semester akhir yang membang

AKTIVITI : JTMK Open Day...

Pada 7 Oktober lalu, JTMK dengan kerjasama Unit Keusahawanan telah menganjurkan JTMK Open Day bagi sesi Jun 2015. Beberapa aktiviti telah dijalankan sepanjang sehari program berlangsung. Majlis dimulakan dengan sedikit ceramah ringkas mengenai keselamatan siber, sementara menunggu majlis perasmian pada jam 10.30 pagi. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah PMS. Majlis berlangsung di DKU. Manakala di perkarangan JTMK, gerai-gerai jualan pelajar FP601 Cyberpreneyrship mula dipersiapkan dari awal pagi dan mula beroperai sekitar jam 9.00 pagi. Selain jualan, cabutan bertuah juga disediakan untuk pengunjung yang hadir. Berikut dikongsikan beberapa gambar sepanjang program berlangsung;

AKTIVITI : Pembentangan Akhir FP621 & FN621 Sesi Jun 2015...

Pada 17 September 2015 yang lalu, telah diadakan sesi pembentangan akhir FP621 Programming Project & Fn621 Networking Project. Seramai 28 kumpulan pelajar DIP dan 18 kumpulan pelajar DNS terlibat dlam sesi pembentangan akhir ini. Daripada kesemua kumpulan, 4 kumpulan terbaik telah dipilih bagi mewakili JTMK PMS ke pertandigan inovasi EIDA dan Techcreavery Innovation Challange. Masing-masing 2 kumpulan pelajar DIP dan 2 kumpulan pelajar DNS. Berikut adalah antara gambar yang sempat dirakam sepanjang sesi pembentangan tersebut;

AKTIVITI : Lawatan Industri Ke Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM)...

Pada 27 Ogos yang lalu, satu lawatan industri telah diadakan ke Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM) di Kuala Lumpur. Seramai 27 orang pelajar dari DIP dan DNS telah terlibat dengan lawatan ini. Antara maklumat yang boleh digunakan oleh pelajar adalah mengenai fungsi ARSM itu sendiri, terutamanya dari segi penggunaan satelit terhadap kemajuan industri tertentu di Malaysia. Banyak input baru boleh digunakan oleh para pelajar, terutamanya bagi membantu pemahaman mereka dalam membangunkan projek akhir pelajar. Berikut antara gambar yang sempat dirakam sepanjang lawatan berlangsung;

AKTIVITI : Pembentangan Proposal Projek Akhir Pelajar...

Pada 20 Ogos yang lalu, telah diadakan sesi pembentangan proposal projek akhir pelajar bagi kursus FP521 Project Analysis & Design dan FN521 Network Project Analysis & Design. Kira-kira 54 kumpulan pelajar DIP dan DNS terlibat dengan pembentangan ini. Berikut adalah antara gambar yang sempat dirakamkan sepanjang sesi pembentangan berlangsung;

AKTIVITI : Jawatankuasa Kelab IT Sesi 2015/2016...

Pada 4 Ogos yang lalu, sesi pemilihan jawatankuasa Kelab IT yang baharu telah dijalankan. Pelajar DIP & DNS dari semster 1, 2, dan 3 terlibat dengan pemilihan ini. Proses pemilihan telah berjala dengan lancar. Semua jawatan yang dipertandingkan telah dipilah berdasarkan jumlah undian pelajar. Diharapkan jawatankuasa baharu Kelab IT ini akan kembali menggerakkan aktiviti bagi memastikan semua pelajar JTMK akan mendapat manfaat yang berguna. Berikut adalah senarai jawatankuasa Kelab IT bagi sesi 2015/2016...

PENGUMUMAN : Sesi Lantikan Jawatankuasa Baru Kelab IT...

Makluman kepada semua pelajar semester 1, 2, dan 3 JTMK. Satu sesi pemilihan dan lantikan jawatankuasa baru untuk Kelab IT akan diadakan pada; Tarikh : 04 Ogos 2015 Masa : 3.00 petang Tempat : Auditorium JRKV Kehadiran adalah WAJIB Sehubungan itu, mohon kerjasama pelajar semester 1, 2, dan 3hadir bagi memilih barisan jawatankuasa baru yang bakal menggerakkan kembali Kelab IT yang kurang aktif sebelum ini. Sebarang pertanyaan boleh rujuk Pn. Safiani, En. Riki, dan Penasihat Akademik masing-masing.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1436H/2015M...

Saya mewakili seluruh warga kerja JTMK ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pelajar JTMK PMS. Semoga Aidilfitri kali ini disambut dengan penuh kesyukuran. Selamat Hari Raya Aidilfitri... Maaf Zahir Batin...

PENGUMUMAN : Majlis Konvokesyen Ke-9 PMS...

PMS akan menganjurkan Majlis Konvokesyen Ke-9 pada 25 Mei 2015. Ini adalah konvokesyen terbesar pernah dianjurkan PMS kerana melibatkan pelajar sekitar 473 orang graduan dari 5 jabatan induk. Majlis akan bermula sekitar jam 8.30 pagi dan dijangka berakhir sekitar 1.30 tengahari. Beberapa pembaharuan telah dijalankan bagi memastikan kelancaran majlis nanti. Diharap para graduan dan ibu bapa dapat mengikuti arahan-arahan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Bersama kita menjayakan majlis kali ini. Tahniah pada graduan yang terlibat.

JAWATAN KOSONG : Just Mobile Sdn. Bhd....

Hi,   Good Day to you!   We are glad to inform you that Job Vacancy Available for your Graduating Students.   Position:   Customer Service Personnel   Below are the job details:   Responsibilities: ·            Encourage customers to sign-up to our free online service using iPad ·            Assist customers to sign-up by filling in the form ·            Working location is nearby Kuchai Lama, KL   Requirements ·            Degree or Diploma is not mandatory but must have some IT skills ·            Fresh graduate can also apply ·            Chinese female is preferred ·            Able to speak/write Chinese ·            Good communication skills – written and spoken ·            Good command of English offers a strong advantage but not mandatory   Benefits: ·            Basic salary (RM1,800 to RM3,000 depending on qualification) ·            You get RM50 COMMISSION for each customer that signed-up. Customers register for free so

PENGUMUMAN : Pembentangan FP21, FN521 & Pembentangan Semula Final Project...

JTMK akan mengadakan sesi pembentangan FP521 Project Analysis & Design, FN521 Network Project Analysis & Design, serta sesi pembentangan semula final project yang terlibat. Berikut adalah maklumat program; Tarikh : 02 April 2015 Masa : 2.30 hingga 5.00 petang Lokasi : Makmal JTMK Sehubungan itu, semua pelajar yang terlibat diharap dapat bersedia dan perlu berada di lokasi lebih awal bagi membolehkan sesi pembentangan berjalan dengan lancar. Berikut adalah senarai jadual pembentangan;

AKTIVITI : Bengkel Network Design & Persediaan Pertandingan NetRiders...

Pada 12 hingga 15 Mac, satu bengkel telah diadakan melibatkan pelajar DNS JTMK PMS. Bengkel dipecahkan kepada dua bahagian, Network Design dan persediaan pertandingan NetRiders. Pensyarah jemputan, En. Anuar telah diundang untuk memberi taklimat dan penerangan kepada pelajar. Pelbagai ilmu dan tunjuk ajar telah diberikan kepada semua yang terlibat sepanjang program belangsung. Berikut antara gambar yang semnpat dirakam.

AKTIVITI : Sesi Dialog JTMK Bersama Pihak Unit ICT PMS...

Pada 6 Mac yang lalu,satu sesi dialog telah diadakan antara pelajar dan kakitangan JTMK bersama pihak Unit ICT PMS. Dialog ini merupakan satu sesiyang digunakan bagi menjelaskan beberapa perkara yang berlaku di  JTMK, terutamanya makmal JTMK. Program dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Abdullah Azraai. Ketua Jabatan JTMK, Pn. Harzulaili menyampaikan ucapan aluan, beserta beberapa pengumuman yang telah ditetapkan. Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan dari Ketua Unit ICT, Pn. Azuen. Dan program diakhiri dengan sesi dialog pelajar bersama wakil JTMK dan UICT. Berikut adalah antara hasil dialog dan juga gambar yang sempat dirakam sepanjang program.

AKTIVITI : Hari Terbuka JTMK...

Pada 3 Mac yang lalu, JTMK PMS telah menganjurkan Hari Terbuka JTMK bagi sesi Disember 2014. Sebanyak 27 gerai yang terlibat dengan aktiviti jualan. Mereka adalah pelajar DIP5A, DIP5B, DNS6 A, DNS6 B & DNS6 C yang mengikuti kursus FP601 Cyberpreneurship. Pelbagai hadiah disediakan bagi memeriahkan lagi program. Antaranya adalah Gerai terbaik, Promosi Terhebat, Inovasi Produk dan juga cabutan bertuah. Semoga sambutan baik terhadap program ini akan diteruskan lagi pada semester akan datang. Berikut antara gambar yang sempat dirakam sepanjang program berlangsung.

PENGUMUMAN : Program Persediaan Pertandingan Cisco NetRiders & Techcreavery 2015...

JTMK PMS akan menyertai Program Techcreavery yang akan dianjurkan di PSP. Sehubungan itu, satu program persediaan akan diadakan bagi peserta yang akan terlibat dengan pertandingan Cisco NetRiders, Cisco Aspire, dan Cisco King Of The Hills. Program berlangsung seperti berikut;  Tarikh : 13 - 15Mac 2015 Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang Lokasi : Makmal MKR 1 Berikut adalah senarai nama pelajar yang terlibat; Kehadiran pelajar yang dipilih adalah WAJIB. Makan pagi dan tengahari untuk pelajar akan disediakan. Mohon maklumkan kepada semua pelajar yang terlibat.

PENGUMUMAN : Proses Permohonan Menduduki Kamsis Sesi Jun 2015...

Assalamualaikum w.b.t....   Untuk makluman semua warga PMS, berikut adalah proses permohonan menduduki kamsis dan persediaan bagi proses pendaftaran kamsis pelajar senior Sesi Jun 2015 :   1.    PROSES PERMOHONAN MENDUDUKI KAMSIS MELALUI PORTAL   spmp.pms.edu.my   :   - 11 Mac 2015 : Buka Permohonan dalam sistem i-Kamsis (Pelajar boleh mula memohon) - 31 Mac 2015 : Tutup Permohonan dalam sistem i-Kamsis (Pelajar tidak boleh lagi memohon) - 1 - 5 April 2015 : Keputusan Permohonan samada Berjaya atau tidak Berjaya akan diumumkan didalam sistem i-Kamsis dan senarai tampal di Pejabat Kamsis (bagi yang Berjaya).   2.   6 - 17 April 2015 : Proses 'booking' bilik oleh pelajar secara manual di Pejabat Kamsis. Bagi pelajar LI dibenarkan booking melalui phone dan akan dibuka juga satu kaunter khas penempatan bilik untuk pelajar LI pada hari pendaftaran.   3 .  Serahan kunci bilik kepada pelajar dan tandatangan terima kunci adalah pada hari pendaftaran kamsis pela

PENGUMUMAN : Perubahan Tarikh Pembentangan Akhir Projek Pelajar...

Pada 5 Mac 2015, telah diadakan satu sesi taklimat khas oleh Pn. Rabi'atul Adawiyyah mengenai tarikh sesi pembentangan akhir FP621 Programming Project & FN621 Network Project. Namun, disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, tarikh tersebut terpaksa ditukar. Berikut adalah maklumat baru sesi pembentangan akhir FP621 Programming Project & FN621 Network Project ; Tarikh : 16 Mac 2015 (Isnin) Masa :8.30 pagi hingga 5.00 petang Lokasi : Makmal JTMK. Pn. Rabi'atul Adawiyyah akan menerangkan semula perubahan tarikh ini semasa sesi kelas pada Selasa, 10 Mac. Mohon dimaklumkan kepada semua yang terlibat agar dapat membuat persiapan yang sewajarnya menjelang sesi pembentangan akhir ini.