Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2013

Selamat Datang Pelajar Baru JTMK PMS...

Kami di JTMK mengucapkan selamat datang kepada pelajar baru semester 1 DIP & DNS ke Politeknik Muadzam Shah.

Pelajar mula mendaftar hari ini dan akan terlibat dengan sesi minggu suaikenal sehingga Jumaat. Sesi kuliah akan bermula minggu hadapan.





PENGUMUMAN : Jadual Waktu Pelajar JTMK Sesi Disember 2013...

Berikut adalah senarai jadual waktu bagi pelajar JTMK untuk sesi Disember 2013. Untuk makluman, pelajar juga boleh muat turun jadual waktu ini di laman web PMS.


PENGUMUMAN : Tentatif Hari Bersama Jabatan Sesi Disember 2013...

Berikut adalah tentatif penuh bagi program Hari Bersama Jabatan...



Sekali lagi diingatkan bahawa semua pelajar JTMK adalah DIWAJIBKAN hadir pada program ini.



PENGUMUMAN : Logo Baru PMS...

Seiring dengan penggabungan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia yang menjadi Kementerian Pendidikan Malaysia, logo baru bagi Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga logo baru PMS telah dikeluarkan. Berikut adalah logo baru PMS.
Logo Kementerian Pendidikan Malaysia

 Logo PMS
Dengan ini, mohon semua warga JTMK PMS untuk menggunakan logo baru bagi setiap urusan rasmi.



Selamat Pengantin Baru En. Asyran & Pn. Safiani...

Seluruh warga JTMK mengucapkan selamat pengantin baru kepada dua orang pensyarah JTMK, En. Asyran Zarizi dan Pn. Safiani. Mereka selamat diijabkabulkan pada 16 November 2013, dan majlis persandingan pada 17 November 2013.

Semoga anda berdua berbahagia selamanya. 
Selamat pengantin baru...

PENGUMUMAN : Pendaftaran Bagi Pelajar Senior JTMK PMS Sesi Disember 2013...

Perhatian kepada semua pelajar senior (semester 2 hingga 6) DIP & DNS bagi sesi Disember 2013. JTMK PMS akan menggunakan kaedah baru bagi pendaftaran pelajar senior bagi sesi Disember 2013 ini.
Pelajar senior akan mula mendaftar kamsis pada 27 November 2013 (Rabu). Pada hari tersebut, pelajar hanya akan menguruskan pendaftaran bilik dan segala berkaitan dengan kamsis, manakala pendaftaran pengajian akan dilakukan pada 29 November 2013 (Jumaat), jam 3.00 hingg 5.00 petang. Namun, sesi pendaftaran pengajian ini bergantung kepada kehadiran pelajar pada program Hari Bersama Jabatan (28 November 2013) dan Gotong-royong Perdana (29 November 2013). Pelajar WAJIB hadir ke semua program ini.
Hari Bersama Jabatan akan diadakan pada 28 November 2013 (Khamis). Program dibahagikan kepada 2 sesi, iaitu sesi Taklimat Bersama Pelajar (8.00 pagi hingga 1.00 tengahari) dan sesi kedua ialah Konsultansi Bersama PA (2.30 hingga 4.00 petang). Selepas tamat sesi taklimat, setiap pelajar akan diberikan

Selamat Bercuti....

Setelah 2 minggu mengharungi peperiksaan akhir bagi sesi Jun 2013, akhirnya pelajar JTMK PMS mula bercuti bermula hari ni. Banyakkan berdoa agar anda semua mendapat keputusan terbaik untuk peperiksaan kali ni.

Gunakan cuti kali ini sebaik mungkin. Jaga keselamatan dan kesihatan diri. Jangan terlalu berseronok hingga memudaratkan diri. Banyakkan membantu keluarga.

Bagi pelajar yang akan mengharungi semester akhir semester depan, anda boleh mula persiapan untuk projek akhir anda. Jangan terlalu banyak membuang masa sehingga mengabaikan keperluan anda dalam pelajar.

Akhir sekali, bagi pelajar yang akan menamatkan pengajian mereka, kamii di JTMK PMS mengucapkan selamat maju jaya kepada semua. Gunakan ilmu yang anda dapat sebaik-baiknya. Jadilah insan yang berbakti pada ibu bapa, keluarga, dan masyarakat.

Selamat bercuti...