Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

Selamat Tinggal 2013...

Dalam kita mengharungi tugasan harian kita, tanpa kita sedar bahawa kita telah menjejakkan kaki ke hari terakhir bagi tahun 2013 Masihi. Bagaimana dengan tahun 2013 anda semua? Adakah semua azam tercapai? Adakah semua yang diinginkan tercapai? Bagi JTMK PMS, pelbagai aktiviti dan peristiwa telah berlaku sepanjang 2013. Berikut adalah antara yang berlaku sepanjang 2013.. AKTIVITI Seperti sebelumnya, pelbagai aktiviti telah dirancang dan diadakan sepanjang tahun 2013, sama ada aktiviti akademik ataupun sahsiah. Berikut adalah antara aktiviti yang diadakan sepanjang 2013; Majlis Bersama Jabatan Pertandingan ICT Game Tournament Pertandingan Futsal & Bola Jaring JTMK Perjumpaan Pelajar JTMK Bersama Pensyarah Program 1CiTiZEN JTMK Majlis Mega Tadarus JTMK Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri JTMK 2013 Network Security Seminar Hari Terbuka JTMK Hari Bersama Jabatan Sesi Disember 2013 Lawatan Pelajar DNS6 A ke UniKL Sepanjang aktiviti yang diadakan, sambutan pelajar ada

PENGUMUMAN : Bengkel Teknologi Rangkaian IPv4...

JTMK PMS akan menganjurkan Bengkel Teknologi Rangkaian IPv4, seperti ketetapan berikut; Tarikh : 04 Januari 2014 (Sabtu) Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang Lokasi : Makmal JTMK Pakaian : Formal Pelajar terlibat : Semua pelajar integrasi rangkaian (BNS3, BNS5 & BNS6) Bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan dan penumpuan kepada golongan pelajar integrasi, seiring kepada keperluan MQA. Sehubungan itu, semua pelajar integrasi rangkaian (BNS3, BNS5 & BNS6) adalah di WAJIB kan menghadiri bengkel ini. Mohon untuk dimaklumkan dan dihebahkan kepada pelajar yang terlibat. Berikut adalah senarai nama bagi Kelas A.   Berikut pula senarai nama untuk pelajar Kelas B. Sebarang masalah, sila rujruk En. Abd. Aziz, En. Tun Mohd Hatimazwan atau PA masing-masing.

AKTIVITI : Sedekad PMS...

Hari ini telah diadakan satu majlis khas bagi memperingati perjalanan dan sejarah penubuhan PMS yang genap sedekad pada tahun ini. Majlis ringkas ini diadakan di Dewan Besar PMS dan dihadiri oleh seluruh warga kerja PMS. Turut diundang adalah Pengetua Kolej Vokasional Muadzam Shah, wakil MARDI, wakil dari penduduk dan beberapa individu lain. Majlis dimulakan sekitar jam 9.30 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Pahang & Politeknik Malaysia, dan kemudiannya diikuti dengan bacaan doa oleh Ustad Taha. Kemudian, penceramah jemputan iaitu Ustad Mahmud menyampaikai ceramah bertajuk Menjadi Pekerja Cemerlang. Pelbagai input diberikan sepanjang 2 jam ceramah berlangsung. Selesai ceramah, cabutan bertuah menyerikan lagi majlis. Montaj sejarah PMS dari tahun 2003 hingga 2013 juga dipersembahkan. Pengarah PMS, En. Wan Afifi kemudian menyampaikan ucapan dan sekaligus melancarkan gimik Sedekad PMS. Pengarah juga menyampaikan penghargaan kepada 7 individu yang menjadi kakitangan pa

AKTIVITI : Lawatan Pelajar DNS6 A ke UniKL...

Pada 19 disember lalu, para pelajar DNS6 A yang mengambil kursus FN621 Network Project telah dibawa melawat UniKL sempena Hari Terbuka UniKL. Mereka berkesempatan melihat projek dan hasil tugasan para pelajar UniKL sepanjang lawatan tersebut. Pelajar juga didedahkan dengan persekitaran di UniKL. Pelajar turut diiringi oleh 4 orang kakitangan JTMK PMS iaitu En. Abdullah Azraai, En. Asyran Zarizi, Pn. Siti Norhidayah, dan Pn. Nor Ain. Dengan lawatan ini juga sebenarnya akan mengeratkan lagi hubungan di antara JTMK PMS dengan UniKL. Semoga kolaborasi ini dapat memberii manfaat kepada kedua-dua pihak.

PENGUMUMAN : Tawaran Beserta Tajaan UniMY...

Maklumat untuk semua pelajar dan bekas pelajar JTMK PMS. University Malaysia of Computer Science And Engineering (UniMY), Cyberjaya membuat tawaran beserta tajaan melanjutkan pelajaran ke program Ijazah Sarjana Muda Komputer Sains dan Kejuruteraan Perisian kepada pelajar lepasan Diploma Politeknik. Sesi pengajian adalah pada bulan Oktober dan Februari setiap tahun. Syarat kelayakan adalah seperti berikut : Lulus SPM / Setaraf Lulus Bahasa Malaysia (Kepujian) dan Matematik (Kepujian), dan CGPA 3.50 (STPM / Matriculation / Diploma) Tajaan / bantuan kewangan : MARA, FELDA dan dana UniMY. Klik SINI untuk memohon. Klik SINI untuk laman web UniMY.

PENGUMUMAN : Keputusan Pilihanraya MPP PMS...

Seperti sedia maklum, pada 18/12/13 telah diadakan Pilihanraya bagi memilih Majlis Pewakilan Pelajar (MPP) yang baharu, 7 kerusi umum dan 10 kerusi biro di rebut oleh 38 calon siswa & siswi, dan selepas saluran utama pengundian ditutup tepat jam 1:45ptg. Berikut adalah keputusan pilihanraya MPP PMS yang berlangsung hari ini. Tahniah kepada semua calon. Semoga berbakti kepada semua. Kerusi UMUM NO CALON JABATAN JUM UNDI 1 Tengku Ashraf Bin Tengku Abd Wasa JKM 1078 2 Namirah Binti Said JP 965 3 Mohd Syafiq Bin Zani@Zaini JP 926 4 Muhammad Hazim Bin Che Abdullah JTMK 837 5 Salmizan Binti Ahmad Muyat JP 827 6 Ahmad Aizat Bin A Karim JPH 766 7 Mohamad Firdaus Bin Mohd Rosli JP 752 *8 Wan Rafiahtul Adawiyah Binti Wan Mat Zailani JP 656 *9

AKTIVITI : Hari Pembuangan Undi Pilihanraya MPP PMS...

Hari ini telah berlangsung sesi pembuangan undi bagi pilihanraya JPP PMS untuk sesi 2014. Sesi pembuangan undi telah diadakan dari jam 8.30 pagi hingga jam 2.00 petang.

PENGUMUMAN : Pemilihan MPP Baru Sesi 2013/2014...

Sesi pemilihan bagi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar baru untuk sesi 2013/2014 akan diadakan seperti ketetapan berikut; Perkara :   Penamaan Calon Tarikh :   10 Disember 2013 (Selasa) Masa :   9:00pg - 1:30ptg Tempat :   Kafeteria 1   Perkara :   Minggu Berkempen / Pembentangan Manifestor   Tarikh :   10 Disember 2013 sehingga 17 Disember 2013   Masa :   Selepas selesai proses penamaan calon, sehingga 17 Disember, 11 malam. Tempat :   Seluruh kawasan Politeknik Muadzam Shah. Perkara :   Pembuangan Undi Tarikh :   18 Disember 2013 (Rabu) Masa :   8:00pg - 2:00ptg Tempat :   Dewan Besar, Politeknik Muadzam Shah Sehubungan itu,  pelajar yang layak bertanding bolehlah mendapatkan borang pencalonan dan bertanding mengikut jawatan-jawatan yang telah ditetapkan.

PENGUMUMAN : Perubahan Jadual Waktu JTMK 2013

Perhatian kepada semua pelajar JTMK. Terdapat beberapa perubahan pada jadual waktu yang melibatkan perubahan waktu dan lokasi. Namun, buka semua kelas yang berubah. Sila pastikan jadual yang diberi jika ada apa-apa perubahan. Jadual baru telah ditampal di papan kenyataan JTMK. Perubahan ini berkuatkuasa minggu depan.

PENGUMUMAN : Sukarelawan Diperlukan Bagi Membantu Mangsa Banjir

Adalah dimaklumkan kepada semua, satu kumpulan Sukarelawan Politeknik Muadzam Shah diperlukan untuk membantu mangsa banjir bagi negeri Pahang. Sukarelawan ini terletak di bawah kelolaan Majlis Belia Malaysia. Sehubungan dengan itu , pelajar  yang berminat bolehlah memberi nama di unit HEP .  Panggilan sukarelawan ini adalah untuk kumpulan  yang kedua memandangkan sukarelawan di bawah kelolaan MBM sebelum ini telah pun bergerak ke tempat bencana. Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi saya En . Mohd Isa Bin Abdul Rahim di Unit Hal Ehwal Pelajar.