Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2018

AKTIVITI : Taklimat KP DDT Bersama Pelajar Baru Sesi Disember 2018...

Pada 7 Disember 2018, satu taklimat khas telah diadakan oleh JTMK PMS kepada pelajar baru semester 1 sesi Disember 2018. Taklimat ini disampaikan oleh KP DDT (SAD), Tuan Haji Azrin Azli dan KP DDT (NS), Puan Fazilah. Taklimat ini lebih menerangkan mengenai program DDT dan juga track yang ada di JTMK PMS. Di akhir taklimat, borang diedarkan kepada pelajar bagi memilih track yang diminati pelajar. Ini bagi menentukan kelas yang akan diduduki oleh pelajar. Kami pihak JTMK PMS ingin mengucapkan selamat datang kepada pelajar-pelajar baru JTMK PMS...

PENGUMUMAN : Pendaftaran Pelajar Senior JTMK Bagi Sesi Disember 2018...

Pelajar senior JTMK akan mula mendaftar pada 6 Disember 2018 untuk sesi pengajian Disember 2018. Mohon kepada semua pelajar senior dapat mengikuti prosedur yang telah ditetapkan untuk sesi pendaftaran nanti. Sebarang pertanyaan, boleh rujuk PA masing-masing.

AKTIVITI : Lawatan Penanda Aras Oleh Kolej Vokasional Juaseh, Negeri Sembilan...

Pada 4 Disember 2018, 4 orang wakil daripada Kolej Vokasional Juaseh, Negeri Sembilan telah melakukan lawatan penanda aras ke jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi, PMS. Lawatan ini adalah bagi mendapatkan maklumat dan pandangan berkenaan dengan kurikulum program rangkaian komputer di Kolej Vokasional Juaseh. Mereka bakal diaudit oleh pihak MQA bagi program diploma rangkaian komputer. Sepanjang lawatan ini, sesi perbincangan dilakukan antara wakil mereka dengan wakil JTMK PMS. Antara wakil JTMK PMS adalah Puan Atijah (Ketua Jabatan), Puan Fazilah (Ketua Program DDT Track Networking System), Tuan Haji Azrin Azli (Ketua Progra DDT Track Software & Application Development), Puan Fatimah Zahra, Puan Nik Khairul Bariyyah, Cik Nor Wahida, En. Saiful Bahri, En. Tun Mohd Hatimazwan dan En. Riki Riswandi. Malah, dalam lawatan ini juga, Puan Fazilah telah dilantik sebagai Penasihat Akademik bagi program diploma rangkaian komputer di Kolej Vokasional Juaseh. Semoga perkongsian mak

AKTIVITI : Majlis Perasmian Bilik Gerakan Kelab Teknologi Maklumat...

Pada 13 November 2018, Tuan Pengarah telah dijemput untuk merasmikan Bilik Gerakan Kelab Teknologi Maklumat (KTM). Bilik ini akan menjadi pusat gerakan utama bagi KTM. Tuan Pengarah telah menyempurnakan gimik pelancaran pada majlis tersebut. Majlis turut dihadiri Ketua jabatan, Ketua Program dan para pensyarah.