Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2012

Selamat Pengantin Baru Buat Puan Nurul Faiza...

Kami mengucapkan selamat pengantin baru buat Nurul Faiza Mohd Zain, pensyarah JTMK. Majlis kenduri telah diadakan hari ni di Pine Tree Hotel, Batu Pahat.







Tahniah kami ucapkan. Semoga Puan Nurul Faiza & Encik Jefry bahagia hingga akhir hayat. InsyaAllah...

PENGUMUMAN : Pelajar F5228 Projek Akhir

Kepada Pelajar yang mengambil kursus F5228 Projek Akhir, sila dapatkan maklumat terbaru mengenai laporan akhir dan juga sesi perbentangan di papan kenyataan pelajar JTMK. Notis maklumat telah ditampal bermula petang ini. Segala maklumat tambahan dan juga format laporan boleh diperolehi dari penyelia masing-masing.

Pastikan projek akhir anda siap sebelum sesi perbentangan pada 12 April 2012 di Dewan Utama, PMS. Harap maklum.

AKTIVITI : Pertandingan Simulasi Robot Soccer...

Semalam telah diadakan pertandingan simulasi robot soccer. pertandingan ini dianjurkan oleh JTMK dan berlangsung di Dewan Utama, PMS.

Pertandingan ini disertai oleh para pelajar dari semester 4 hingga 6 yang melibatkan 13 kumpulan kesemuanya. Perlawanan menggunakan format liga satu pusingan untuk peringkat awal. Juara setiap kumpulan mara untuk saingan separuh akhir. Pemenang akan ke perlawanan akhir, manakala penetuan tempat ke 3 dan 4 turut diadakan.

Pertandingan ini dimenangi oleh kumpulan Ombak Rindu yang diwakili oleh Azri Rafiuddin, Khairul Nazrin dan Lim Kian Hong. Kemenangan mereka menepati ramalan kerana mereka memiliki pengalaman dalam pertandingan robot soccer sebelum ini.

Berikut adalah senarai penuh pemenang ;



Juara
(Kumpulan Ombak Rindu)
1. Muhammad Azri Rafiuddin (DIP6 S1)
2. Mohd Khairul Nazrin (DIP6 S1)
3. Lim Kian Hong (DIP6 S1)



Naib Juara
(Kumpulan RSA)
1. Mohamad Sahrizal (DIP6 S2)
2. Mohamad Adil Hakimi (DIP6 S2)
3. Muhammad Solihin (DIP6 S2)


Tempat Ke-3
(Kumpulan Gunbo…

Selamat Datang En. Johanas...

Kami warga JTMK mengalu-alukan kehadiran pensyarah baru ke JTMK.

En. Mohd Johanas Bin Rahim adalah pensyarah DH44 baru yang berpindah ke PMS daripada POLISAS. En. Johanas sudah berpengalaman mengajar selama 11 tahun di JMSK POLISAS. Semoga kehadiran En. Johanas menambahkan lagi warna-warni di JTMK.

Sehubungan dengan itu, pelajar F5228, F4444 & Fp521 yang sebelum ini diselia oleh En. Nirza Yusniezam akan diselia oleh En. Johanas berkuatkuasa serta merta. En. Johanas juga akan menjadi PA untuk pelajar TIP2.

Selamat datang En. Johanas...

PENGUMUMAN : Pertandingan Simulasi Robot Soccer

Kepada semua pelajar JTMK semester 3 hingga 6, anda diminta menghantar wakil bagi menyertai Pertandingan Simulasi Robot Soccer yang akan diadakan pada Jumaat ini. Hebahan awal mengenai pertandingan ini telah dimaklumkan sewaktu sesi dialog yang dianjurkan pada awal semester yang lalu.

Berikut adalah keterangan pertandingan ;

Tarikh : 16 Mac 2012 (Jumaat)
Masa : Bermula 8.00 pagi
Lokasi : Dewan Utama, PMS
Penyertaan :
- Semester 3, 4, 5 & 6 WAJIB menghantar wakil
- Pertandingan diadakan secara berkumpulan
- Setiap kumpulan mempunyai 3 orang ahli kumpulan
Format pertandingan :
- Perlawanan diadakan menggunakan format liga satu pusingan dan kalah mati
- Terdapat 4 kumpulan, setiap kumpulan mempunyai 4 wakil
- Juara seti…

AKTIVITI : Kursus VB.net

Tarikh : 10 & 11 Mac 2012 (Sabtu & Ahad)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi : Makmal Komunikasi & Rangkaian 2 (MKR2)
Penceramah : En. Tajuddin Bin Hj. Tappe (Programmer @ PDRM)


Kursus / Bengkel VB.net telah dianjurkan oleh JTMK kepada para pelajar semester 6 DIP. Program telah berlangsung dengan jayanya. Penceramah yang dijemput telah menyampaikan taklimat / syarahan yang merangkumi sukatan pelajaran yang ditetapkan.

Berikut antara gambar yang diambil sepanjang aktiviti ;








PENGUMUMAN : Kursus VB.net

JTMK akan menganjurkan Kursus VB.net kepada pelajar semester 6 DIP pada hari Sabtu (10 Mac 2012). Kursus ini dianjurkan sebagai salah satu program yang mampu meningkatkan kefahaman dan kemahiran para pelajar dalam membangunkan aplikasi menggunakan pengaturcaraan VB.net.

Berikut adalah maklumat kursus;

Tarikh : 10 & 11 Mac 2012
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang

Makan pagi dan minum petang disediakan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En. Sharifulanuar.

Rangkuman Aktiviti JTMK..

Untuk entry kali ni, saya kongsikan gambar aktiviti yang dianjurkan JTMK sepanjang awal tahun 2012. Aktiviti ini berlangsung sepanjang bulan Januari, Februari dan awal Mac.

07 Januari 2012 - Sesi Dialog JTMK.

Sesi dialog dan taklimat ini telah diadakan di Dewan Kuliah Utama. Program ini memberi maklumat dan informasi kepada para pelajar mengenai beberapa perkara utama yang perlu diketahui oleh pelajar. Antaranya ialah mengenai MQA, OBE, disiplin, hal ehwal pelajar, Penasihatan Akademik dan banyak lagi. Taklimat turut dihadiri hampir kesemua pensyarah JTMK.






13 Januari 2012 - Majlis Penyerahan Baucher Buku 1 Malaysia.

Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak pada Bajet 2012 yang lalu, satu majlis telah diadakan untuk menyampaikan baucher tersebut kepada wakil pelajar PMS. Majlis telah diadakan di Dewan Utama, PMS dan telah dirasmikan oleh Timbanaln Menteri Sumber Manusia, Senator Dato' Maznah Mazlan.





07 Februari 2012 - Pertandingan Nasyi…

Salam Pertama...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat datang ke blog Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (JTMK), Politeknik Muadzam Shah (PMS).

JTMK menggunakan blog ini sebagai wadah pemudahcara untuk pelajar dan pihak jabatan berinteraksi. Blog ini juga boleh menjadi medium tambahan kepada pihak jabatan untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar dan juga pihak luar.

Semoga blog ini dapat digunakan secara maksimum. InsyaAllah..

Sekian, terima kasih...