Pihak JTMK telah menyediakan sedikit sumbangan berupa pakaian untuk pelajar yang terjejas dengan banjir baru-baru ini. Pakaian seperti baju kurung dan baju kemeja ini telah diletakkan di JTMK. Sehubungan itu, para pelajar yang memerlukan dialu-alukan untuk mengambil pakaian yang disediakan ini. Bantuan ini tidak terhad kepada pelajar JTMK sahaja, tetapi kepada semua pelajar PMS yang menjadi mangsa banjir. Pelajar juga dialu-alukan jika ingin menderma pakaian mereka kepada rakan-rakan yang menjadi mangsa banjir. Pelajar boleh meletakkan pakaian yang ingin diderma itu di bilik yang disediakan. Sebarang makluman lanjut, boleh rujuk En. Abdullah Azraai.