PMS akan menganjurkan Majlis Konvokesyen Ke-9 pada 25 Mei 2015. Ini adalah konvokesyen terbesar pernah dianjurkan PMS kerana melibatkan pelajar sekitar 473 orang graduan dari 5 jabatan induk. Majlis akan bermula sekitar jam 8.30 pagi dan dijangka berakhir sekitar 1.30 tengahari. Beberapa pembaharuan telah dijalankan bagi memastikan kelancaran majlis nanti. Diharap para graduan dan ibu bapa dapat mengikuti arahan-arahan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Bersama kita menjayakan majlis kali ini. Tahniah pada graduan yang terlibat.