Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2016

PENGUMUMAN : Program Sukan Tradisional Politeknik Muadzam Shah (SUTRAMAS) & Karnival Semarak Warisan 1 Malaysia 2016...

Program Sukan Tradisional Politeknik Muadzam Shah (SUTRAMAS) & Karnival Semarak Warisan 1 Malaysia 2016 akan berlangsung bermula 1 Ogos hingga 24 Ogos 2016. Program ini akan melibatkan pelajar dan kakitangan PMS, sama seperti SUKMAS sebelum ini. Antara acara yang akan dipertandingkan adalah; Congkak Futsal Kain Pelekat Galah Panjang Dam Haji Konda Kondi Lagu Klasik Sehubungan itu, para pelajar yang berminat dan berkebolehan dialu-alukan untuk menyertai program ini. Pelajar boleh berhubungan dengan wakil jabatan yang telah dilantik untuk proses pendaftaran. Diharapkan kerjasama semua warga JTMK akan menobatkan JTMK selaku juara keseluruhan SUTRAMAS, mengulangi kejayaan gemilang SUKMAS pada semester lepas. Berikut senarai acara dan PIC yang terlibat;

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2016M/1437H...

Kami warga JTMK PMS ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2016M/1437H pada semua pelajar dan kakitangan PMS, khususnya JTMK. Semoga Aridilfitri kali ini meninggalkan sejuta kenangan terindah buat kita semua. Ada mata pandanglah keindahan, Ada mulut berbudilah pertuturan, Ada hati berilah kesayangan, Ada salah dan silap sudilah maafkan. Terlebih bisa tutur bicara, Disimpan jangan ampun dipinta, Syawal dinanti kan kunjung tiba, Ikhlas dari kami yang kacak & jelita. Selamat Hari Raya Aidilfitri... Maaf Zahir Batin...

PENGUMUMAN : Learn & Earn Program...

Pihak Politeknik Malaysia telah melaksanakan perbincangan kolaborasi dengan pihak   eRezeki (MDEC) untuk platform crowd sourcing serta pengendalian serta pelaksanaan di Politeknik Malaysia.    Untuk pelaksanaan pertama,   Program Learn & Earn Program   akan dilaksanakan pada bulan   Julai/ Ogos   terbuka kepada semua graduan Politeknik Malaysia   yang masih belum mendapat peluang bekerja. Pelajar akan mengikuti beberapa siri latihan kemahiran dan akan menjana pendapatan pada   platform crowd-sourcing .   Bagi yang berminat, bolehlah hubungi pegawai yang terlibat.