Pada 16 & 17 Mei yang lalu, JTMK PMS telah berjaya terpilih untuk ke peringkat akhir Cabaran Inovasi Inklusif 2017 Zon Pantai Timur bersempena Program Berimpak Tinggi 6 (HIP6) - Inovasi Inklusif Anjuran Yayasan Inovasi Malaysia di Kuala Terengganu. JTMK PMS menghantar 2 kumpulan projek iaitu Frinklec dan PH Meter Sensor bagi kategori IPTA/IPTS. Selepas selesai sesi penilaian, kumpulan Frinklec telah dinobatkan pemenang tempat ketiga bagi kategori IPTA/IPTS. Mereka membawa pulang trofi, sijil dan wang berjumlah RM1000. Ini adalah satu pencapai yang membanggakan, terutama selepas mereka juga berjaya membawa pulang hadiah minggu lalu di I-RIA UUM. Berikut adalah nama ahli kumpulan Frinklec yang berjaya mendapat tempat ketiga. Produk : FrinkleC Pelajar : 1) Nadia Syahira binti Zohari 2) Faiezah binti Marmin 3) Siti Norzinxie Binti Azman Penyelia : Pn. Nik Khair