Langkau ke kandungan utama

Catatan

PENGUMUMAN : Senarai Nama Wakil Ke Hari Inovasi & Pelajar Yang Perlu Bentang Semula Projek...

Perhatian kepada pelajar DIP6, QIP6, & DIP5. Pihak JTMK telah memilih kumpulan dari kursus F5228 Project & FP621 Programming Project untuk mewakili JTMK ke Pertandingan Projek Akhir Pelajar sempena Hari Inovasi PMS 2012. Pihak penganjur telah menetapkan hanya 5 wakil dari setiap jabatan yang akan bertanding. Berikut adalah senarai nama pelajar yang terpilih ; Sehubungan dengan itu, satu sesi taklimat ringkas akan diadakan kepada pelajar yang terpilih. Berikut adalah maklumat bagi sesi taklimat tersebut; Tarikh   :  05 / 11 / 2012 Masa    :  3.30 petang Tempat :  Pejabat JTMK Setiap pelajar yang terpilih WAJIB hadir ke sesi taklimat kerana pertandingan akan diadakan pada 7 November 2012. Selain itu, pihak JTMK juga telah membuat keputusan untuk memanggil semula 9 kumpulan untuk membuat pembentangan semula projek mereka. Sesi pembentangan semula juga akan diadakan pada 07 November 2012. Berikut adalah senarai nama kumpulan yang...

Selamat Hari Raya AidilAdha 1433H / 2012M...

Saya mewakili warga kerja JTMK ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aldiladha 1433H / 2012M kepada semua warga PMS, khususnya pelajar JTMK. Semoga Aldiladha kali ini mengajar kita semua erti pengorbanan yang sebenar. InsyaALLAH...

AKTIVITI : Sesi Pembentangan Projek Ahir Pelajar...

Semalam telah diadakan sesi pembentangan projek akhir pelajar. Sesi pembentangan ini adalah untuk menilai sistem dan persembahan pelajar bagi projek akhir mereka melalui kursus F5228 Project & FP621 Programming Project... Seramai 33 kumpulan dari FP621 Programming Project dan 56 kumpulan dari F5228 Project yang terlibat dengan pembentangan. Ini merupakan jumlah terbanyak bagi sesi pembentangan yang diadakan oleh JTMK PMS. Proses penilaian berjalan dengan lancar. Disebabkan jumlah kumpulan yang banyak, proses penilaian berakhir agak lambat dari sepatutnya. Apa pun, semuanya dapat disiapkan juga. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Berikut adalah antara gambar sepanjang sesi pembentangan semalam...

PENGUMUMAN : Sesi Pembentangan Projek Akhir Pelajar...

JTMK akan menganjurkan sesi pembentangan projek akhir pelajar bagi kursus F5228 Project & FP621 Programming Projek seperti berikut; Tarikh : 23 Oktober 2012 (Selasa) Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang Tempat  Dewan Utama, PMS. Semua pelajar dijemput hadir bagi memeriahkan sesi pembentangan projek akhir ini.

PENGUMUMAN : Jadual Waktu Peperiksaan Akhir Sesi Jun 2012...

Berikut adalah jadual waktu peperiksaan akhir untuk sesi Jun 2012. Pelajar boleh menyemak tarikh dan masa kursus masing-masing kerana terdapat perubahan untuk beberapa kursus yang terlibat. Pastikan pelajar tidak terkeliru bagi mengelak masalah pada hari peperiksaan. Harap maklum...

AKTIVITI : Taklmat Sesi Pembentangan Akhir Projek Akhir Pelajar...

Semalam, 25/09/2012, telah diadakan taklimat khas mengenai sesi pembentangan akhir untuk projek akhir pelajar. Taklimat yang diadakan di DKU itu disampaikan oleh Pn. Rabi'atul Adawiyyah. Antara maklumat yang disampaikan adalah mengenai sesi pembentangan akhir nanti. Pelajar diterangkan mengenai perjalanan program dan keperluan yang perlu disediakan oleh pelajar. Selain itu, pelajar juga diterangkan mengenai format dan cara penulisan laporan akhir projek mereka. Pelajar ditunjukkan contoh laporan dan juga dokumen yang berkaitan. Secara keseluruhan sesi taklimat ini berjalan lancar dan kehadiran pelajar adalah memuaskan.