Langkau ke kandungan utama

Catatan

PENGUMUMAN : Program Gotong-royong JTMK...

JTMK akan mengadakan Program Gotong-royong dan 5S Bagi Persediaan Audit MQA JTMK. Berikut adalah maklumat program; Tarikh : 19 Februari 2014 (Rabu) Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang Lokasi : Makmal & Bilik kuliah (Sila berkumpul di hadapan pejabat JTMK) Pakaian : Pakaian sukan Pesanan : Sila bawa gunting dan pisau. Sarapan pagi pelajar akan disediakan. Berikut adalah tentatif program ; MASA PERKARA 8.30 – 9.00 PAGI 1. PELAJAR BERKUMPUL DI DATARAN JTMK 2. PENDAFTARAN PELAJAR BERSAMA PA 3. SARAPAN PAGI 9.00 – 1.00 TENGAHARI 1. PELAJAR + PA KE MAKMAL/BILIK   KULIAH 2. AKTIVITI GOTONG ROYONG BERMULA 1.00 – 2.00 PETANG REHAT 2.15 – 4.45 PETANG GOTONG ROYONG DITERUSKAN SEHINGGA SELESAI Semua pelajar WAJIB hadir ke gotong-royong. Kehadiran akan diambil sepanjang gotong-royong. Pelajar yang tidak hadir akan dikenakan tindakan. Sebarang makluman lanjut, sila rujuk PA masing-masing.

PENGUMUMAN : Perjumpaan Pelajar DNS Bersama KP DNS...

Kehangatan audit MQA makin terasa. Tarikh 12 & 13 Mac 2014 makin menghampiri kita di JTMK PMS. Sehubungan dengan itu, satu taklimat khas akan diadakan oleh KP DNS, Pn. Fazilah Ismail bersama beberapa pelajar yang telah dipilih. Berikut adalah ketetapan taklimat; Tarikh : 11/02/2014 (Selasa) Masa : 2.45 petang Lokasi : Bilik Tayangan, UIDM Berikut adalah senarai nama pelajar yang terlibat dengan taklimat ini;

PENGUMUMAN : Lawatan Akademik Ke Mesiniaga...

JTMK PMS akan mengadakan lawatan akademik ke Mesiniaga Berhad, iaitu sebuah syarikat yang terlibat dengan industri rangkaian. Lawatan pertama akan diadakan seperti ketetapan berikut; Tarikh : 13 Februari 2014 (Khamis) Lokasi : Mesiniaga Berhad, Subang Jaya Pelajar terlibat : Pelajar DNS Berikut adalah senarai pelajar yang telah dipilih untuk ke lawatan pertama ini;

AKTIVITI : Sesi Bergambar Jabatan...

Berikut saya kongsikan lagi beberapa gambar kakitangan JTMK semasa sesi bergambar jabatan pada 16 Januari 2014 lalu.

AKTIVITI : Taklimat Khas MQA Bagi Pelajar DNS...

Semalam (10 Januari 2013) telah diadakan satu taklimat khas mengenai persediaan ke arah audit MQA. Taklimat diadakan jam 3.00 petang di DKU. Semua pelajar DNS terlibat dengan taklimat ini. Taklimat dimulakan dengan ucapan daripada Ketua Jabatan, Pn. Zamra Derahman. Kemudian, Ketua Program DNS, Pn. Fazilah mengambil giliran utnuk menerangkan dengan lebih terperinci mengenai lawatan audit MQA pada 12 & 13 Mac 2014 nanti. Taklimat terakhir adalah dari Cik Norwahida yang menceritakan pengalamannya sewaktu diaudit oleh MQA di Politeknik Kuching sebelum ini. Berikut antara gambar yang sempat dirakam;

AKTIVITI : Bengkel Teknologi Rangkaian IPv4...

Pada 4 Januari lalu, JTMK telah menganjurkan Bengkel Teknologi Rangkaian IPv4 kepada pelajar-pelajar integrasi rangkaian (BNS). Seramai lebih kurang 50 orang pelajar hadir dan telah diagihkan kepada 2 makmal (MKR1 & MKR2). Antara topik yang diterangkan adalah mengenai pengalamatan IPv4. Berikut antara suasana yang dirakam ketika bengkel berlangsung;