Langkau ke kandungan utama

Catatan

PENGUMUMAN : SUKPMAS Ke-2 2016...

Bagi pelajar yang berminat, boleh berjumpa dengan En. Abdullah Azraai. Sebarang soalan juga boleh diajukan kepada En. Abdullah Azraai.

AKTIVITI : Techcreavery Innovation Challange 2015...

Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) dengan kerjasama Malaysia Development Corportion (MDeC) telah menganjurkan TechCreavery Innovation Challange 2015 pada 12 dan 13 Oktober 2015 yang lalu. Program yang menghimpunkan projek akhir pelajar dari seluruh politeknik yang terlibat ini telah diadakan di MDeC, Cyberjaya. Pertandingan dimulakan dengan peringkat saringan yang telah diadakan melalui Youtube. Peserta dari seluruh politeknik perlu menyediakan video berkenaan projek mereka dan dimuat naik ke Youtube sebelum 3 Oktober 2015 untuk sesi penilaian. JTMK PMS telah memilih 4 kumpulan terbaik untuk menyertai program ini. Keempat-empat kumpulan ini telah berjaya melepasi sesi kelayakan melalui Youtube, dan sekaligus layak ke peringkat separuh akhir yang diadakan pada 12 Oktober 2015.  Senarai peserta separuh akhir mengikut kategori Beberapa aktiviti telah disediakan sepanjang program seperti kursus dan bengkel. JTMK PMS diwakili oleh 4 kumpulan pelajar semester akhir yang mem...

AKTIVITI : JTMK Open Day...

Pada 7 Oktober lalu, JTMK dengan kerjasama Unit Keusahawanan telah menganjurkan JTMK Open Day bagi sesi Jun 2015. Beberapa aktiviti telah dijalankan sepanjang sehari program berlangsung. Majlis dimulakan dengan sedikit ceramah ringkas mengenai keselamatan siber, sementara menunggu majlis perasmian pada jam 10.30 pagi. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah PMS. Majlis berlangsung di DKU. Manakala di perkarangan JTMK, gerai-gerai jualan pelajar FP601 Cyberpreneyrship mula dipersiapkan dari awal pagi dan mula beroperai sekitar jam 9.00 pagi. Selain jualan, cabutan bertuah juga disediakan untuk pengunjung yang hadir. Berikut dikongsikan beberapa gambar sepanjang program berlangsung;

AKTIVITI : Pembentangan Akhir FP621 & FN621 Sesi Jun 2015...

Pada 17 September 2015 yang lalu, telah diadakan sesi pembentangan akhir FP621 Programming Project & Fn621 Networking Project. Seramai 28 kumpulan pelajar DIP dan 18 kumpulan pelajar DNS terlibat dlam sesi pembentangan akhir ini. Daripada kesemua kumpulan, 4 kumpulan terbaik telah dipilih bagi mewakili JTMK PMS ke pertandigan inovasi EIDA dan Techcreavery Innovation Challange. Masing-masing 2 kumpulan pelajar DIP dan 2 kumpulan pelajar DNS. Berikut adalah antara gambar yang sempat dirakam sepanjang sesi pembentangan tersebut;

AKTIVITI : Lawatan Industri Ke Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM)...

Pada 27 Ogos yang lalu, satu lawatan industri telah diadakan ke Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM) di Kuala Lumpur. Seramai 27 orang pelajar dari DIP dan DNS telah terlibat dengan lawatan ini. Antara maklumat yang boleh digunakan oleh pelajar adalah mengenai fungsi ARSM itu sendiri, terutamanya dari segi penggunaan satelit terhadap kemajuan industri tertentu di Malaysia. Banyak input baru boleh digunakan oleh para pelajar, terutamanya bagi membantu pemahaman mereka dalam membangunkan projek akhir pelajar. Berikut antara gambar yang sempat dirakam sepanjang lawatan berlangsung;

AKTIVITI : Pembentangan Proposal Projek Akhir Pelajar...

Pada 20 Ogos yang lalu, telah diadakan sesi pembentangan proposal projek akhir pelajar bagi kursus FP521 Project Analysis & Design dan FN521 Network Project Analysis & Design. Kira-kira 54 kumpulan pelajar DIP dan DNS terlibat dengan pembentangan ini. Berikut adalah antara gambar yang sempat dirakamkan sepanjang sesi pembentangan berlangsung;

AKTIVITI : Jawatankuasa Kelab IT Sesi 2015/2016...

Pada 4 Ogos yang lalu, sesi pemilihan jawatankuasa Kelab IT yang baharu telah dijalankan. Pelajar DIP & DNS dari semster 1, 2, dan 3 terlibat dengan pemilihan ini. Proses pemilihan telah berjala dengan lancar. Semua jawatan yang dipertandingkan telah dipilah berdasarkan jumlah undian pelajar. Diharapkan jawatankuasa baharu Kelab IT ini akan kembali menggerakkan aktiviti bagi memastikan semua pelajar JTMK akan mendapat manfaat yang berguna. Berikut adalah senarai jawatankuasa Kelab IT bagi sesi 2015/2016...