Langkau ke kandungan utama

Selamat Tinggal 2012...

Hari ni merupakan hari terakhir dalam tahun 2012 Masihi. Bagaimana dengan tahun 2012 anda semua? Adakah semua azam 2012 telah tercapai

2012 telah meninggalkan pelbagai cerita yang menarik untuk diingati. Berikut adalah antara rangkuman bagi 2012 untuk warga JTMK;


AKTIVITI

Sepanjang 2012, JTMK telah menganjurkan dan menjalankan pelbagai aktiviti, sama ada melibatkan pembelajaran atau tidak. Berikut antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang 2012;



Bagi tahun 2013,  JTMK akan teruskan tradisi menganjurkan program dan aktiviti yang terbaik untuk pelajar. Diharapkan agar pelajar dapat memberi komitmen dan kerjasama sepanjang penganjuran aktiviti berkenaan.

TAHNIAH

2012 telah menyaksikan beberapa orang pensyarah JTMK melangsungkan perkahwinan dan menerima cahaya mata.

Puan Nurul Faiza, Puan Siti Norhidayah & Puan Rosilawati adalah pensyarah yang telah melangsungkan perkahwinan pada 2013. Puan Harzulaili dan Puan Nik Khairul Bariyyah pula menerima cahaya mata mereka.

Untuk tahun 2013, akan ada pensyarah JTMK yang melangsungkan perkahwinan dan menimang cahaya mata. Kami akan kongsikan makluman gembira itu nanti untuk diraikan bersama.

SELAMAT TINGGAL & SELAMAT DATANG

Datang dan pergi merupakan adat biasa dalam kehidupan. Setiap yang pergi akan ada penggantinya. Begitu juga dengan kakitangan JTMK.

Berikut adalah senarai kakitangan JTMK yang telah berpindah bagi tahun 2012;

  • Encik Nirza Yusniezam - Pensyarah (Berpindah ke Politeknik Mukah, Sarawak)
  • Puan Nurul Faiza - Pensyarah (Berpindah ke Jabatan Pengajian Politeknik, Putrajaya)
  • Encik Mohd Fitri - Juruteknik Komputer (Kembali ke Unit ICT PMS)

Kami di JTMK mengucapkan selamat berjaya di tempat baru. Semoga anda semua akan terus cemerlang.

Berikut pula adalah senarai kakitangan yang masuk ke JTMK bagi tahun 2012;

  • Encik Johanas - Pensyarah (Berpindah dari Politeknik Sultan Ahmad Shah - POLISAS)
  • Encik Abdullah Azraai - Pensyarah (Berpindah dari JRKV PMS)
  • Puan Norita - Pensyarah (Berpindah dari JMSK PMS)
  • Puan Rabi'atul Adawiyyah - Pensyarah (Berpindah dari Politeknik Kuching, Sarawak)
  • Cik Safiani  - Pensyarah (Berpindah dari JRKV PMS)
  • Puan Zamra - Pensyarah dan Ketua Jabatan JTMK (Berpindah dari Politeknik Sultan Ahmad Shah - POLISAS)

Kami di JTMK mengalu-alukan kedatangan semua kakitangan baru ini. Semoga kita akan sentiasa berganding bahu bagi memastikan JTMK terus cemerlang.


Bagi tahun 2013, kami berharap agar kita semua akan dapat melaksanakan semua tugasan dengan baik. Lebih-lebih lagi bagi menghadapi audit MQA yang bakal tiba. Kerjasama semua amat dihargai.

Semoga 2013 menjadi tahun terbaik buat kita semua...


Selamat tinggal 2012...

Selamat datang 2013...





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AKTIVITI : Pembentangan Akhir Projek Pelajar Sesi Jun 2017...

Pelajar-pelajar semester akhir JTMK yang mengikuti kursus DFT6124 Project telah terlibat dengan sesi pembentangan akhir projek pelajar pada 19 September 2017 yang lalu. Seramai 63 kumpulan pelajar dari program DIP & DNS telah membentangkan projek akhir mereka di Tingkat 1, Perpustakaan Siber PMS. Pelbagai bentuk projek telah dibangunkan dan dibentangkan bagi memenuhi kriteria pemarkahan bagi kursus DFT6124 Project. Pelajar dinilai oleh 2 orang pensyarah yang terlibat sebagai panel penilai. Kumpulan yang terbaik akan membentangkan kembali projek mereka di hadapan panel khas pada minggu berikutnya. Berikut antara gambar semasa sesi pembentangan diadakan.

PENGUMUMAN : Peta Lalu Lintas Hari Pendaftaran Pelajar Senior Sesi Jun 2016...

Pendaftaran Pelajar Senior JTMK Sesi Jun 2016 akan diadakan pada 16 Jun 2016. Pelajar akan mendaftar kamsis di Poly Biz Mall pada sebelah pagi dan daftar pengajian di jabatan pada sebelah petang. Sehubungan itu, bagi melancarkan perjalanan lalu lintas pada hari tersebut, mohon para pelajar senior yang terlibat untuk memaklumkan pada ibu bapa yang menghantar agar mematuhi arahan lalu lintas yang telah disediakan. Keseluruhan jalan di sekitar bangunan akademik dan kamsis akan diakses secara sehala sahaja. Ibu bapa boleh meletakkan kenderaan di kawasan yang telah ditetapkan. Berikut adalah peta perjalanan semasa hari pendaftaran berlangsung; Mohon untuk dimaklumkan kepada semua pelajar senior yang akan mendaftar agar dapat melancarkan perjalanan lalu lintas pada hari tersebut.

AKTIVITI : Techcreavery Innovation Challange 2015...

Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) dengan kerjasama Malaysia Development Corportion (MDeC) telah menganjurkan TechCreavery Innovation Challange 2015 pada 12 dan 13 Oktober 2015 yang lalu. Program yang menghimpunkan projek akhir pelajar dari seluruh politeknik yang terlibat ini telah diadakan di MDeC, Cyberjaya. Pertandingan dimulakan dengan peringkat saringan yang telah diadakan melalui Youtube. Peserta dari seluruh politeknik perlu menyediakan video berkenaan projek mereka dan dimuat naik ke Youtube sebelum 3 Oktober 2015 untuk sesi penilaian. JTMK PMS telah memilih 4 kumpulan terbaik untuk menyertai program ini. Keempat-empat kumpulan ini telah berjaya melepasi sesi kelayakan melalui Youtube, dan sekaligus layak ke peringkat separuh akhir yang diadakan pada 12 Oktober 2015.  Senarai peserta separuh akhir mengikut kategori Beberapa aktiviti telah disediakan sepanjang program seperti kursus dan bengkel. JTMK PMS diwakili oleh 4 kumpulan pelajar semester akhir yang membang