Langkau ke kandungan utama

PENGUMUMAN : My Campus Life Contest...


Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi sedang menganjurkan My Campus Life Contest di facebook YB Datuk Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi dari 11 Jun – 1 Julai 2012. Melalui pertandingan ini, pelajar-pelajar boleh berkongsi kehidupan seharian mereka di kampus dengan YB Menteri Pengajian Tinggi dengan memuat naik rakaman gambar peribadi mereka di laman facebook beliau dan pelbagai hadiah menarik disediakan untuk pemenang bertuah. Untuk keterangan lanjut mengenai pertandingan, pihak tuan boleh melayari facebook YB Menteri Pengajian Tinggi di alamat: http://www.facebook.com/MohamedKhaledNordin.

Kongsikan kehidupan seharian anda di kampus dengan YB Menteri Pengajian Tinggi melalui rakaman gambar peribadi dan anda bakal memenangi hadiah menarik. Untuk keterangan lanjut, sila layari https://www.facebook.com/MohamedKhaledNordin/app_95936962634

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGAMBIL BAHAGIAN :

a.       Penyertaan dibuka dari 11 Jun 2012 dan akan berakhir tepat jam 11.59 malam pada 1 Julai 2012.
b.      Sila layari http://www.facebook.com/MohamedKhaledNordin
c.       Klik tab facebook “Contest : My Campus Life”.
d.      Lengkap borang penyertaan dan muat naik gambar anda.
e.      Jemput rakan anda yang lain untuk menyertai sama.
f.        Seterusnya anda akan menerima pengesahan penerimaan penyertaan melalui emel.
g.       Jemput juga rakan anda untuk mengundi gambar yang anda muat naik dari 2 – 9 Julai 2012.

Hebahkan di kalangan rakan-rakan dengan berkongsi maklumat ini di wall anda.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AKTIVITI : Kejayaan JTMK PMS Di Pertandingan Inovasi...

JTMK PMS telah menyertai 2 pertandingan inovasi yang melibatkan projek akhir pelajar pada Mac dan Mei. Kedua-dua penyertaan ini telah menghasilkan keputusan yang cukup cemerlang. I-Compex 2017 Program  :  National Innovation and Invention Competition through Exhibition 2017 (I-COMPEX) Tarikh     :  22-23 Mac 2017 Tempat    :  Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah Peserta    : Produk : iCar Lock           Pelajar :                    1) Umi Amira Azhar (DIP)                    2) Nur Zafira Jamil (DIP)           Penyelia : Pn. Roziyaliney Muhammad Produk : iHomestay           Pelajar :      ...

AKTIVITI : Techcreavery Innovation Challange 2015...

Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) dengan kerjasama Malaysia Development Corportion (MDeC) telah menganjurkan TechCreavery Innovation Challange 2015 pada 12 dan 13 Oktober 2015 yang lalu. Program yang menghimpunkan projek akhir pelajar dari seluruh politeknik yang terlibat ini telah diadakan di MDeC, Cyberjaya. Pertandingan dimulakan dengan peringkat saringan yang telah diadakan melalui Youtube. Peserta dari seluruh politeknik perlu menyediakan video berkenaan projek mereka dan dimuat naik ke Youtube sebelum 3 Oktober 2015 untuk sesi penilaian. JTMK PMS telah memilih 4 kumpulan terbaik untuk menyertai program ini. Keempat-empat kumpulan ini telah berjaya melepasi sesi kelayakan melalui Youtube, dan sekaligus layak ke peringkat separuh akhir yang diadakan pada 12 Oktober 2015.  Senarai peserta separuh akhir mengikut kategori Beberapa aktiviti telah disediakan sepanjang program seperti kursus dan bengkel. JTMK PMS diwakili oleh 4 kumpulan pelajar semester akhir yang mem...

AKTIVITI : Digital Innovation & Creativity Exibition 2018 (DICE2018)...

JTMK telah menganjurkan Digital innovation & Creativity Exibition 2018 (DICE2018). DICE merupakan projek yang dianjurkan bagi membolehkan para pelajar kursus DFT6014 INTEGRATED PROJECT membentangkan produk bagi projek akhir mereka. DICE 2018 telah diadakan pada 27 September 2018 di Tingkat 1, Perpustakaan Siber PMS.DICE perupakan penjenamaan semula Program Pembentangan Projek Akhir Pelajar (sebelum ini dikenali sebagai ITEX). Setiap kumpulan pelajar akan dinilai oleh 2 orang panel. Panel pertama adalah pensyarah JTMK sendiri. Manakala panel kedua adalah panel yang dijemput khas daripada industri dan universiti. Panel yang dijemput adalah; Dr. Mohd Hazeli Bin Mohamed Zabil Pensyarah Kanan Kejuruteraan Perisian, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Wakil IEEE Malaysia Society, Computer Chapter En. Mutahir Bin Mohamed Ariff Pensyarah Jabatan Grafik & Multimedia, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Muhammad Shakirin Bin Samin Wakil syarikat Amtis Solution Sdn. ...