Langkau ke kandungan utama

AKTIVITI : Pendaftaran Pelajar Baru & Minggu MSK...

JTMK PMS telah menerima kemasukan pelajar baru sesi Jun 2012 untuk program Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) - DIP, dan Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian) - DNS. Sesi pendaftaran bermula pada 8 Julai lalu, iaitu untuk pendaftaran kamsis. Para pelajar akan diberikan nombor pendaftaran pelajar dan juga bilik masing-masing.











Pada 9 Julai pula, sesi pendaftaran pengajian pelajar telah diadakan di Dewan Utama PMS. sesi pendaftaran ini melibatkan setiap jabatan dan juga unit seperti unit kewangan, koperasi, perpustakaan dan banyak lagi.







Selesai sesi pendaftaran pada 8 & 9 Julai, maka bermula Minggu Suai Kenal (MSK) sesi Jun 2012. Para pelajar diberikan pelbagai informasi mengenai politeknik dan juga program mereka. Aktiviti dalam kumpulan juga diadakan sambil dibantu oleh fasilitator terlibat.

MSK berakhir pada 12 Julai. Sebelum upacara penutup, sesi Majlis Bersama Jabatan diadakan dan melibatkan pelajar baru dan juga pihak jabatan. Taklimat ringkas diberikan mengenai sesi pengajian mereka dan juga maklumat jabatan.















Kami di JTMK mengalu-alukan kedatangan pelajar baru ke JTMK dan diharapkan anda semua dapat memberikan kerjasama sebaiknya selepas ini.

Tahniah kami ucapkan kepada pelajar baru JTMK sesi Jun 2012...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AKTIVITI : Techcreavery Innovation Challange 2015...

Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) dengan kerjasama Malaysia Development Corportion (MDeC) telah menganjurkan TechCreavery Innovation Challange 2015 pada 12 dan 13 Oktober 2015 yang lalu. Program yang menghimpunkan projek akhir pelajar dari seluruh politeknik yang terlibat ini telah diadakan di MDeC, Cyberjaya. Pertandingan dimulakan dengan peringkat saringan yang telah diadakan melalui Youtube. Peserta dari seluruh politeknik perlu menyediakan video berkenaan projek mereka dan dimuat naik ke Youtube sebelum 3 Oktober 2015 untuk sesi penilaian. JTMK PMS telah memilih 4 kumpulan terbaik untuk menyertai program ini. Keempat-empat kumpulan ini telah berjaya melepasi sesi kelayakan melalui Youtube, dan sekaligus layak ke peringkat separuh akhir yang diadakan pada 12 Oktober 2015.  Senarai peserta separuh akhir mengikut kategori Beberapa aktiviti telah disediakan sepanjang program seperti kursus dan bengkel. JTMK PMS diwakili oleh 4 kumpulan pelajar semester akhir yang mem...

AKTIVITI : Majlis Perasmian Bilik Gerakan Kelab Teknologi Maklumat...

Pada 13 November 2018, Tuan Pengarah telah dijemput untuk merasmikan Bilik Gerakan Kelab Teknologi Maklumat (KTM). Bilik ini akan menjadi pusat gerakan utama bagi KTM. Tuan Pengarah telah menyempurnakan gimik pelancaran pada majlis tersebut. Majlis turut dihadiri Ketua jabatan, Ketua Program dan para pensyarah.

AKTIVITI : Kejayaan JTMK PMS Di Pertandingan Inovasi...

JTMK PMS telah menyertai 2 pertandingan inovasi yang melibatkan projek akhir pelajar pada Mac dan Mei. Kedua-dua penyertaan ini telah menghasilkan keputusan yang cukup cemerlang. I-Compex 2017 Program  :  National Innovation and Invention Competition through Exhibition 2017 (I-COMPEX) Tarikh     :  22-23 Mac 2017 Tempat    :  Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah Peserta    : Produk : iCar Lock           Pelajar :                    1) Umi Amira Azhar (DIP)                    2) Nur Zafira Jamil (DIP)           Penyelia : Pn. Roziyaliney Muhammad Produk : iHomestay           Pelajar :      ...